

by Ani
Hutang PTPTN mungkin jadi beban kewangan tapi awak tahu tak yang awak boleh guna Akaun KWSP untuk membayar balik pinjaman PTPTN? Proses ini bukan sahaja mudah tetapi juga boleh membantu awak melangsaikan hutang dengan lebih cepat. Dalam artikel ini, kita akan kupas cara bayar PTPTN guna KWSP dan juga kelebihan bayar PTPTN guna KWSP, serta beberapa perkara penting yang perlu awak tahu.

Kenapa perlu gunakan KWSP untuk bayar PTPTN? Berikut beberapa kelebihan yang awak boleh dapat:
1. Tiada Had Pengeluaran
Awak boleh keluarkan jumlah KWSP mengikut keperluan, sama ada untuk melangsaikan tunggakan, membayar sebahagian hutang atau melangsaikan keseluruhan baki pinjaman PTPTN.
2. Tiada Caj Pemprosesan
Berbeza dengan beberapa kaedah pembayaran lain, KWSP tidak mengenakan caj pemprosesan untuk pengeluaran ini.
3. Penjimatan Kos Ujrah
Dengan membayar lebih awal atau secara sekaligus, awak boleh menjimatkan kos ujrah (faedah) dan memendekkan tempoh pembayaran balik.
4. Boleh Gunakan Akaun Keluarga
Selain Akaun 2 KWSP awak sendiri, awak juga boleh gunakan Akaun 2 pasangan, ibu bapa, atau anak-anak, selagi memenuhi syarat yang ditetapkan.
5. Fleksibel dan Berulang
Pengeluaran KWSP boleh dilakukan lebih daripada sekali, selagi baki Akaun 2 masih mencukupi.
Baca Juga: 17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Anda Perlu Tahu

Berikut panduan lengkap untuk membantu awak memulakan proses cara bayar PTPTN guna KWSP:
1. Kesan kepada Simpanan Persaraan
Menggunakan Akaun 2 KWSP untuk membayar PTPTN akan mengurangkan simpanan persaraan awak. Pastikan awak mempertimbangkan perkara ini sebelum membuat keputusan.
2. Alternatif Bayaran
Jika simpanan Akaun 2 KWSP tidak mencukupi, awak boleh pertimbangkan kaedah lain seperti potongan gaji atau bayaran minimum bulanan.
3. Bayaran Balik Berterusan
Walaupun awak sudah membuat pembayaran melalui KWSP, bayaran tetap seperti potongan gaji masih perlu diteruskan sehingga baki hutang disahkan selesai.
1. Mengurangkan Dana Kecemasan
Wang di Akaun 2 KWSP juga boleh digunakan untuk tujuan lain seperti membeli rumah atau kos rawatan perubatan.
2. Tiada Pulangan Pelaburan
Dengan mengeluarkan wang dari KWSP, awak mungkin kehilangan potensi pulangan pelaburan dari dividen tahunan.
Menggunakan KWSP untuk membayar balik hutang PTPTN adalah cara yang bijak jika awak mahu mengurangkan beban kewangan dengan cepat. Namun, pastikan awak mempertimbangkan semua faktor seperti kesan kepada simpanan persaraan sebelum membuat keputusan.
Kalau awak sedang mencari peluang pekerjaan untuk meningkatkan kewangan, jangan lupa untuk drop resume di Maukerja. Pastikan resume awak sudah ATS-friendly ya untuk tingkatkan peluang dipanggil temuduga. Klik sini untuk semak kualiti resume awak. Masa depan kewangan bermula dengan langkah pertama hari ini!
Sumber: PTPTN