

by Ani
Mencari kerja bukan sekadar kelayakan akademik semata-mata tau. Resume awak sebenarnya adalah tiket utama untuk awak tonjolkan diri dan salah satu aspek paling penting adalah kemahiran dalam resume yang awak senaraikan tu. Majikan hari ini semakin menilai kebolehan teknikal dan interpersonal calon sebelum mereka membuat keputusan.
Tapi, macam mana nak pastikan kemahiran dalam resume awak cukup menarik? Jangan risau, artikel ini akan bantu awak memahami jenis kemahiran yang sesuai, memberikan contoh, dan tips untuk menyerlahkan resume awak.
Kemahiran dalam resume bermaksud kebolehan teknikal dan interpersonal yang awak miliki, yang boleh memberi manfaat kepada syarikat. Ia adalah cara terbaik untuk menunjukkan apa yang awak boleh lakukan dan bagaimana awak mampu memberi impak positif kepada tempat kerja.
Baca Juga: Contoh Resume Fresh Grad dan Lepasan SPM (Berserta Template)
Kemahiran boleh dibahagikan kepada dua kategori utama:
Kemahiran teknikal adalah kebolehan spesifik yang memerlukan latihan atau pengalaman tertentu.
Contoh:
Kemahiran interpersonal pula lebih kepada cara awak berkomunikasi dan bekerja dengan orang lain.
Contoh:
Baca Juga: Perbezaan Hard Skills dan Soft Skills dalam Resume
Majikan nak pastikan calon bukan sahaja memenuhi syarat asas, tapi juga boleh menyelesaikan masalah dan membawa nilai tambah. Dengan menyenaraikan kemahiran yang betul:
Baca Juga: Take Note! Korang Wajib Kuasai 5 Skill Ni Supaya Cepat Dapat Kerja
Berikut adalah beberapa contoh kemahiran yang boleh awak masukkan mengikut bidang:
Pastikan kemahiran awak relevan dengan deskripsi kerja. Gunakan istilah yang sama seperti dalam iklan kerja.
Elakkan menyenaraikan terlalu banyak kemahiran yang tidak berkaitan.
Contoh: Daripada hanya menulis “kemahiran komunikasi”, cuba tulis “membuat dan menyampaikan laporan bulanan kepada pasukan eksekutif”.
Kalau ada kemahiran yang jarang dimiliki orang lain, pastikan awak tonjolkan.
ATS (Applicant Tracking System) adalah sistem yang digunakan majikan untuk menapis resume. Gunakan format bersih dan kata kunci yang spesifik supaya resume awak mudah dibaca oleh ATS. Klik sini untuk semak sama ada resime awak ATS friendly atau pun tidak.
Resume yang baik bukan sekadar senarai pengalaman kerja. Ia adalah refleksi kebolehan dan potensi awak. Pastikan kemahiran yang disenaraikan relevan dan mampu menarik perhatian majikan. Dan yang paling penting, jangan lupa untuk memastikan resume awak ATS-friendly!
Kalau awak sedang mencari peluang kerja, boleh la klik link mohon kerja di portal Maukerja ini. Kami sedia membantu awak mencari pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran dan minat awak. Ingat, resume yang lengkap dan menarik adalah langkah pertama ke arah kerjaya impian!
1. Apakah jenis kemahiran yang perlu ada dalam resume?
Awak perlu senaraikan kemahiran teknikal dan interpersonal yang relevan dengan pekerjaan yang dipohon.
2. Perlukah saya menyenaraikan semua kemahiran saya?
Tidak, hanya masukkan kemahiran yang berkaitan dengan pekerjaan tersebut.
3. Bagaimana nak tahu kemahiran saya sesuai dengan pekerjaan?
Rujuk deskripsi kerja dan padankan kemahiran awak dengan keperluan yang dinyatakan.
4. Boleh ke saya letak kemahiran soft skills dalam resume?
Boleh, tetapi pastikan ia dinyatakan dalam konteks yang jelas dan relevan.
5. Kenapa penting untuk resume ATS-friendly?
Resume ATS-friendly memastikan ia boleh melepasi sistem penapisan automatik dan sampai ke tangan majikan. Klik sini untuk semak sama ada resime awak ATS friendly atau pun tidak.