

by Ani
SOCSO (Pertubuhan Keselamatan Sosial) ditubuhkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 untuk membantu pekerja yang mungkin terjejas akibat kecederaan, penyakit, atau hilang upaya semasa bekerja. Dengan memahami bagaimana SOCSO berfungsi, awak boleh merancang kewangan dengan lebih baik dan tahu hak awak sebagai pekerja.
Potongan SOCSO dari gaji bergantung pada dua pihak: syer pekerja dan syer majikan. Berikut adalah kadar carumannya:

Jika gaji awak RM1,600 sebulan, ini cara kiraannya:
Jadi, untuk bulan itu, majikan akan mencarum RM28.00, manakala awak hanya kena potong RM8.00 sahaja.
Nak tahu something tak? Potongan ini sebenarnya kecil, tetapi manfaatnya sangat besar tau!

SOCSO menyediakan dua skim utama iaitu:
2. Skim Keilatan
Bayangkan jika sesuatu yang tak dijangka berlaku di tempat kerja. Dengan SOCSO, awak ada perlindungan kewangan untuk menghadapi situasi itu.
Baca Juga: Cara Claim SOCSO Dan Jenis-Jenis Tuntutan PERKESO
Awak mesti tertanya-tanya, lepas semua potongan, berapa gaji bersih yang akan masuk akaun? Awak guna sahaja formula ini:
Maka:
Nampak tak? Walaupun ada potongan, manfaat yang awak dapat jauh lebih bernilai.
Pengiraan caruman secara manual boleh memakan masa dan mudah berlaku kesilapan. Kalkulator ini membantu HR mengira SOCSO, EPF dan EIS dengan tepat, pantas dan tanpa kerumitan.
Kalau awak perasan SOCSO tidak ditolak dari gaji, ini langkah yang awak boleh ambil:
SOCSO bukan sekadar potongan kecil dalam slip gaji awak. Ia adalah perlindungan penting untuk memastikan awak selamat jika berlaku perkara yang tak dijangka. Jadi, pastikan awak tahu hak, semak caruman, dan manfaatkan perlindungan ini sebaik mungkin!
Oh ya, kalau awak sedang mencari kerja baru atau nak tambah pendapatan, awak boleh sahaja drop resume di portal Maukerja. Nanti kami akan auto hantar resume awak ke beribu-ribu majikan yang sedang mencari pekerja! Klik sini untuk drop resume.