by Ani
Sekarang ni, nak cari kerja memang senang je. Lagi-lagi dengan semua peluang yang ada dalam dunia digital. Tapi, dengan banyaknya peluang kerja, ada juga yang ambil kesempatan buat penipuan kerja! Scammer ni makin pandai guna platform macam media sosial dan laman web untuk perdaya orang, terutama yang baru grad atau yang kurang pengalaman.
So, macam mana nak elak diri daripada terkena job scam? Jangan risau, dalam artikel ni kita akan share tanda-tanda penipuan kerja, cara semak iklan yang betul, dan apa yang perlu buat kalau dah terkena dengan job scam.
Pengetahuan tentang tanda-tanda penipuan kerja adalah langkah pertama untuk melindungi diri awak tau. Berikut ada beberapa "red flags" yang perlu awak perhatikan. Bila dah tahu, senang nak elak:
1. Tawaran Gaji Terlalu Lumayan
Kalau tawaran gaji jauh lebih tinggi daripada gaji pasaran tanpa memerlukan kelayakan tertentu, ini adalah tanda besar bahawa ia mungkin scam.
Nak tahu purata gaji pasaran? Klik sini untuk semak purata gaji pasaran yang sepatutnya awak terima.
2. Tiada Maklumat Syarikat
Syarikat yang betul biasanya ada website rasmi, alamat, dan nombor telefon yang boleh dihubungi. Kalau tak ada, hati-hati tau.
3. Diminta Bayaran untuk Proses Permohonan
Jika awak diminta untuk membayar apa-apa yuran seperti yuran pemprosesan, kursus, atau bahan latihan, berhati-hatilah! Ini salah satu tactic mereka.
4. Tengok Komen atau Review
Sebelum apply kerja, check dulu dekat Google atau media sosial. Tengok ada tak orang yang komen negatif pasal syarikat tu.
5. Penggunaan Email Tidak Profesional
Syarikat sah biasanya guna domain sendiri dalam email mereka bukannya mereka guna yang percuma macam Gmail atau Yahoo.
Baca Juga: Dah Tau Kerja Tu SCAM kenapa APPLY Lagi? Guna cara ini untuk elak di SCAM
Ada beberapa langkah yang boleh kita ambil untuk elak daripada jadi mangsa job scam:
1. Gunakan Portal Kerja yang Dipercayai
Sentiasa gunakan portal pekerjaan yang sah seperti Maukerja untuk mencari peluang pekerjaan. Kalau awak nak mohon kerja di syarikat-syarikat yang sah dan betul, awak boleh klik disini untuk mohon kerja kosong.
2. Semak Latar Belakang Syarikat
Cari maklumat tentang syarikat tu dulu sebelum mohon. Boleh check website mereka atau contact syarikat tu terus.
3. Berhati-hati dengan Tawaran yang Terlalu Menarik
Jangan mudah percaya dengan tawaran kerja yang menjanjikan gaji tinggi tanpa kelayakan yang setimpal. Nampak sangat tak logik. Betul tak?
4. Jangan Kongsi Maklumat Peribadi
Jangan bagi maklumat seperti nombor IC dan akaun bank sebelum mendapat kepastian sahih.
5. Hadiri Temuduga Secara Fizikal Jika Boleh
Temuduga bersemuka boleh membantu awak menilai kesahihan syarikat.
Baca Juga: Jangan Tertipu! Ini Senarai 490 Syarikat Scam Yang Disahkan Oleh Bank Negara Malaysia
Sebelum nak hantar resume awak tu, pastikan iklan kerja tersebut adalah sah tau. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh awak lakukan:
1. Periksa Website Rasmi Syarikat
Check kalau iklan tu ada di website rasmi syarikat atau pun tidak. Kalau tak ada, ada sesuatu yang tak kena.
2. Hubungi Syarikat Secara Langsung
Gunakan nombor telefon yang terdapat di laman rasmi dan confirmkan jawatan yang ditawarkan.
3. Carian di Internet dan Media Sosial
Google je nama syarikat atau tawaran kerja tu, tengok ada tak review yang negatif.
4. Gunakan Kebijaksanaan
Kalau tawaran kerja tu rasa terlalu bagus untuk jadi kenyataan, selalunya memang scam.
Kalau awak terkena dalam job scam, jangan diam je. Laporan boleh dibuat ke saluran berikut:
1. Laporkan kepada PDRM
Buat laporan polis secara dalam talian melalui portal rasmi PDRM.
2. Aduan Kepada Kementerian Sumber Manusia
Sampaikan aduan melalui portal rasmi JTKSM atau hotline mereka.
3. Laporkan kepada Platform Iklan Kerja
Kalau iklan tu ada di portal kerja, jangan lupa untuk report kepada platform kerja tersebut supaya orang lain tidak terkena.
4. Sebarkan Maklumat di Media Sosial
Dengan berkongsi pengalaman awak, awak boleh membantu orang lain mengelak dari ditipu.
Penipuan kerja adalah satu ancaman yang semakin membimbangkan di era digital ini. Dengan mengetahui tanda-tanda awal, menyemak kesahihan iklan kerja, dan mengetahui cara untuk melaporkan scam, awak boleh melindungi diri daripada menjadi mangsa.
Sekiranya awak sedang mencari pekerjaan yang sah dan selamat, gunakan platform yang dipercayai seperti Maukerja untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang terbaik.
1. Bagaimana cara mengenali iklan kerja palsu?
Perhatikan tanda-tanda seperti tawaran gaji yang terlalu tinggi, tiada maklumat syarikat yang jelas, dan permintaan bayaran.
2. Apa yang perlu dilakukan jika saya terjebak dalam job scam?
Segera buat laporan kepada PDRM, JTKSM, dan platform kerja yang menyiarkan iklan tersebut.
3. Adakah semua tawaran kerja melalui WhatsApp adalah scam?
Tidak semua, tetapi awak perlu berhati-hati dengan mesej yang mencurigakan.
4. Bolehkah scammer mencuri identiti saya melalui job scam?
Ya, mereka boleh menggunakan maklumat peribadi awak untuk tujuan penipuan lain.
5. Adakah Maukerja selamat digunakan untuk mencari kerja?
Ya, Maukerja menapis majikan dan menawarkan iklan kerja yang sah dan dipercayai.