by Ani
Pernah tak awak rasa buntu bila fikir tentang kerja apa yang nak dipilih? Dalam dunia serba moden ni, ada macam-macam peluang kerja yang boleh diterokai. Tapi, mana satu yang betul-betul sesuai dengan diri awak? Mungkin awak tertanya-tanya sama ada nak masuk dalam bidang IT, kesihatan, atau kewangan? Atau awak baru je habis belajar dan tengah cari kerja pertama? Jangan risau! Jom kita tengok jenis pekerjaan yang diperlukan di Malaysia 2025 atau paling laku sekarang.
Setiap tahun, ada je pekerjaan tertentu yang makin berkembang dan sentiasa perlukan pekerja. Kalau awak nak kerja yang stabil dan ada masa depan cerah, ini antara bidang kerja yang boleh awak pertimbangkan:
1. IT & Teknologi
Dunia teknologi berkembang dengan laju! Syarikat-syarikat sekarang tengah cari orang yang mahir dalam pengaturcaraan, keselamatan siber, dan analisis data. Kalau awak minat benda-benda ni, sekaranglah masa terbaik untuk awak terjun ke bidang IT.
2. Kesihatan
Bidang kesihatan memang tak pernah surut permintaan. Doktor, jururawat, ahli farmasi, dan pakar kesihatan mental sentiasa diperlukan. Sekarang ni, teknologi kesihatan seperti teleperubatan pun tengah naik, jadi peluang kerja makin banyak.
3. Kewangan
Bidang kewangan seperti perbankan, insurans, dan perancangan kewangan sentiasa perlukan tenaga kerja baru. Jika awak ada minat dalam urus duit dan pelaburan, kerja dalam sektor ini memang berbaloi.
Kalau awak berminat nak kerja dalam kewangan, awak boleh lah mohon kerja kosong dengan klik disini.
Baru habis belajar dan tak tahu nak kerja apa? Jangan risau, banyak syarikat di Malaysia suka ambil fresh graduate yang bersemangat dan sanggup belajar. Antara kerja yang sesuai untuk awak ialah:
Kalau awak suka urus kerja-kerja pejabat dan berinteraksi dengan orang ramai, bidang ni memang sesuai untuk awak.
Zaman sekarang semua benda online, jadi syarikat banyak cari orang yang mahir dalam media sosial, SEO, dan pemasaran digital.
Bidang kejuruteraan seperti awam, elektrik, dan mekanikal masih ada banyak peluang kerja, terutama dengan projek besar yang tengah berjalan di Malaysia.
Sebelum tu, pastikan awak buat resume tau. Kalau tak tahu cara nak buat resume, awak boleh la tengok contoh atau template resume fresh graduate terlebih dahulu sebelum nak apply kerja tu ye.
Kalau awak minat teknologi dan nak kerja yang ada masa depan cerah, bidang IT memang pilihan terbaik. Antara kerja yang popular dalam IT ialah:
Tugas awak adalah menulis dan membaiki kod untuk aplikasi atau sistem. Kalau awak suka coding, ini kerja yang sesuai.
Kerja ni melibatkan analisis data untuk bantu syarikat buat keputusan yang lebih bijak.
Awak akan menguruskan projek IT dari awal sampai habis. Sesuai untuk awak yang suka merancang dan berkerjasama dengan pasukan.
Kenapa Pilih Kerjaya Dalam IT?
Selain gaji yang lumayan, bidang IT juga membolehkan awak bekerja di mana-mana, malah dari rumah pun boleh tau!
Jangan ingat kalau tak ada ijazah awak tak boleh dapat kerja bagus. Banyak je kerja yang tak perlukan kelulusan tinggi tapi tetap beri gaji yang baik, seperti:
Bidang seperti mekanikal, elektrik, dan pembaikan alat memang selalu ada permintaan.
Dari pemandu lori hingga pengurus gudang, peluang kerja dalam industri logistik memang banyak.
Kalau awak suka bercakap dengan orang, kerja dalam bidang ni sangat sesuai.
Kalau awak nak kerja yang boleh beri pendapatan besar, ini antara pilihan terbaik:
Jawatan tertinggi dalam syarikat yang datang dengan tanggungjawab besar dan gaji yang sangat lumayan.
Bidang guaman terutama undang-undang korporat memang menawarkan gaji yang sangat menarik.
Kalau awak pandai urus kewangan syarikat atau individu, peluang untuk dapat gaji tinggi memang cerah.
Apa pun kerja yang awak pilih, pastikan ia sesuai dengan minat dan kemahiran awak. Sama ada awak fresh graduate, atau nak ubah kerjaya, peluang sentiasa ada.
Masih tak pasti? Cuba cari peluang di Maukerja, platform pencarian kerja terbaik di Malaysia yang menawarkan pelbagai pilihan untuk awak.
1. Sektor pekerjaan mana yang paling dicari di Malaysia?
Sektor IT, kesihatan, dan kewangan sentiasa ada permintaan tinggi.
2. Perlukah saya ada ijazah untuk dapat gaji tinggi?
Tak semestinya. Banyak kerja bergaji tinggi yang tak perlukan ijazah.
3. Bagaimana nak dapat kerja lepas habis belajar?
Gunakan platform seperti Maukerja untuk cari kerja yang sesuai dengan kelayakan awak.
4. Apa peluang dalam bidang IT?
Bidang IT menawarkan kerja seperti pengaturcara, data scientist, dan pengurus projek yang gajinya menarik.
5. Ada tak kerja yang tak perlukan ijazah?
Ya, kerja dalam bidang teknikal, logistik, dan peruncitan masih ada peluang besar.