by Ani
Pada pembentangan Belanjawan 2025, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) bagi menghargai sumbangan penjawat awam dan pesara kerajaan.
Bantuan ini bertujuan membantu mengurangkan beban kos sara hidup serta memberi penghargaan kepada mereka yang berkhidmat untuk negara.
Kerajaan telah menetapkan jumlah bayaran seperti berikut:
Tarikh bantuan Kewangan Penjawat Awam dan Pesara ini akan dibayar pada 25 Februari 2025. Bayaran ini akan disalurkan bersama-sama dengan gaji pada bulan Februari.
Jadi, pastikan anda menyemak akaun bank anda pada tarikh tersebut!
Berikut adalah tarikh gaji penjawat awam 2025 untuk rujukan anda semua:
Bantuan khas ini bukan sekadar insentif kewangan, tetapi juga sebagai tanda penghargaan atas peranan besar penjawat awam dan pesara dalam pembangunan negara.
Dengan keadaan ekonomi yang mencabar, bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban perbelanjaan harian penerima.
Bagi memastikan bantuan ini digunakan dengan baik, berikut beberapa cadangan pengurusan kewangan:
Baca Juga: Pelarasan Gaji Penjawat Awam, Apa Yang Penjawat Awam Perlu Tahu
Selain bantuan khas ini, kerajaan turut memperkenalkan beberapa inisiatif lain bagi meningkatkan kesejahteraan penjawat awam dan pesara:
Bantuan Khas Kewangan 2025 ini adalah satu inisiatif positif daripada kerajaan bagi membantu penjawat awam dan pesara menghadapi cabaran kewangan. Dengan pengurusan yang baik, bantuan ini dapat memberi manfaat lebih besar kepada penerima dan keluarga mereka.
Untuk pelbagai peluang pekerjaan menarik, anda boleh drop sahaja resume di portal Maukerja. Nanti anda tinggal tunggu majikan hubungi anda untuk sesi temuduga.
Jangan lupa kongsi maklumat ini dengan rakan dan keluarga!
1. Siapa yang layak terima bantuan khas kewangan?
Penjawat awam gred 56 ke bawah (termasuk lantikan kontrak) dan semua pesara kerajaan, termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen.
2. Berapa jumlah bantuan yang diberikan?
RM500 untuk penjawat awam dan RM250 untuk pesara.
3. Bilakah bantuan ini akan dibayar?
Bantuan Kewangan Penjawat Awam dan Pesara akan dibayar pada 25 Februari 2025.
4. Apakah inisiatif lain yang disediakan untuk penjawat awam dan pesara?
Selain bantuan tunai, kerajaan memperuntukkan RM1.8 bilion untuk kuarters penjawat awam, memperluaskan Skim Ex-Gratia Bencana Kerja, dan menaikkan Bantuan Sara Hidup untuk veteran ATM tidak berpencen.