Selalunya Gossip ini dipandang negatif kerana menyebarkan maklumat salah, membuka aib serta menjatuihkan orang kan demi kepentingan sendiri kan. Ia selalu di lakukan oleh pekerja-pekerja bagi menghilangkan rasa bosan di tempat kerja.


by Izuan
Selalunya Gossip ini dipandang negatif kerana menyebarkan maklumat salah, membuka aib serta menjatuihkan orang kan demi kepentingan sendiri kan. Ia selalu di lakukan oleh pekerja-pekerja bagi menghilangkan rasa bosan di tempat kerja.
Tempat kerja boileh dikatakan satu 'port' paling ngam untuk gossip, disitu tempat dimana sentiasa wujudnya skandal setiap masa dari pelbagai aspek, pasangan bercinta, bergaduh, bermasalah, tugasan kerja dan lebih-lebih lagi mengenai bos. Walaupun dianggap sebagai tabiat negatif yang perlu dielakkan di tempat kerja, sebenarnya ada juga kebaikkannya sendiri tau, ia boleh meningkatkan produktiviti organisasi. Tak percaya?

Ya! memang la gossip tu perkara yang buruk tapi itu adalah salah satu cara yang membuatkan hubungan antara pekerja makin rapat. Tak semestinya gossip itu memburukkan rakan sekerja lain atau boss sahaja, ia boleh juga bahawa korang mempunyai minat yang sama dalam sesuatu perkara untuk dibualkan. Contohnya kalau lelaki berbual mengenai pasukan bola sepak, kaum wanita mengenai cerita-cerita rumah tangga atau produk kecantikan. Dari situ keakraban mungkin terjalin.

Cara ini sesuai untuk dilakukan oleh pihak atasan, mungkin di hadapan pengurus seseorang itu nampak baik tapi kita tak tahu apa yang berlaku disebaliknya. Kadang-kadang cara formal tidak membantu kita untuk mengenali pekerja mereka, cuba masuk berbual seperti rakan biasa, sedikit demi sedikit pengurus mula mengenali siapa pekerja mereka dan mengetahui apa yang berlaku dbelakangnya.
Tapi, sebagai pengurus jangan lah percaya bulat-bulat cuba buat siasatan andai benar, lakukan apa yang patut tapi rseandainya tidak pengurus sudha mula mengenali siapa diri pekerja tersebut.

Mungkin terlalu banyak terima tekanan di tempat kerja, sering dimarahi boss sampai nak buat kerja semua tak kena. Kalau hempas-hempas barang apa pula kata orang lain, jadi itu sahaja cara mereka lepas geram supaya stress pekerja makin reda selain dapat menghilangkan rasa bosan/mengantuk pekerja lain. Sekurnag-kurangnya dapat juga lah pekerja tu sambung semula kerja mereka dengan tenang.

Bergossip juga boleh mambantu perubahan polisi syarikat. Mungkin polisi lama memberikan sedikit halangan terhadap pekerja, tapi pekerja tak berani menyuarakan kepada pihak pengurus. Jadi, jika pengurus terdengar pekerja bergossip mengenai segala kelemahan syarikat, jangan terlalu mudah melatah sebaliknya ambil sebagai review pekerja untuk membaik pulihkan agar tidak menjejaskan reputasi syarikat.
Namun, ia perlulah di kaji selidik dahulu sebelum melakukan sebarang perubahan agar pekerja tak 'pijak kepala' majikan. Perkongsian kami bukanlah nak menggalakkan lagi untuk anda bergossip ataupun menegaskan bahawa gossip itu baik, masih banyak lagi keburukkan bergossip ini. Tapi sebagai majikan pula, tak perlu terlalu tegas kerana gossip juga boleh menjadi petunjuk terhadap kelemahan kepimpinan.
Jadi, kalau nak bergossip tu, tak perlu lah sampai menyebabkan politik dalam organisasi, cukup hanya sekadar penghilang rasa bosan dan berbincang mengenai perkara-perkara yang positif sahaja. Ok dah sambung kerja!