10 Contoh Surat Tunjuk Sebab, Boss Confirm Terima!
# Pengetahuan Pekerja

10 Contoh Surat Tunjuk Sebab, Boss Confirm Terima!

post by Ani

by Ani

Jul 10, 2025
pada 3:00 PM

10 Contoh Surat Tunjuk Sebab, Boss Confirm Terima!

Apa Itu Surat Tunjuk Sebab & Kenapa Ia Penting?

Bayangkan situasi ini: Anda terlambat ke tempat kerja kerana kesesakan lalu lintas atau terlepas punch card. Esoknya, HR hantar surat tunjuk sebab kepada anda. Apa yang perlu dilakukan?

Surat tunjuk sebab adalah dokumen rasmi yang digunakan untuk menjelaskan kesalahan atau ketidakhadiran kepada majikan. Ia penting kerana ia boleh menentukan sama ada tindakan disiplin dikenakan atau tidak. Menulis surat tunjuk sebab yang baik boleh menyelamatkan anda daripada amaran atau pemotongan gaji.

Bila Perlu Tulis Surat Tunjuk Sebab?

Anda mungkin perlu menulis surat tunjuk sebab jika menghadapi situasi berikut:

  • Tidak hadir kerja tanpa makluman
  • Lewat masuk kerja
  • Tidak menghantar laporan atau tugasan mengikut tarikh akhir
  • Keluar lebih awal tanpa kebenaran
  • Kesilapan dalam kerja yang memberi kesan kepada syarikat

Antara kesalahan yang sering memerlukan surat tunjuk sebab termasuk:

  • Tidak hadir tanpa MC – Jika anda tidak datang bekerja tanpa sijil sakit.
  • Lewat datang – Jika anda sering punch-in selepas waktu sepatutnya.
  • Kesilapan dalam tugasan – Contoh: Salah kira dalam laporan kewangan.
  • Sikap tidak profesional – Contoh: Bergaduh dengan rakan sekerja atau bercakap kasar kepada pelanggan.

Baca Juga: Doktor Dedah 4 Trick Dapatkan MC

Macam Mana Format Surat Tunjuk Sebab Yang Betul?

Untuk memastikan surat anda diterima, gunakan format ini:

  1. Tarikh surat
  2. Nama dan jawatan penerima (HR/Manager)
  3. Salam pembuka
  4. Penjelasan kesalahan yang berlaku
  5. Sebab munasabah dan bukti (jika ada)
  6. Janji untuk tidak mengulangi kesalahan
  7. Ucapan terima kasih dan tandatangan

Contoh Surat Tunjuk Sebab

Surat Tunjuk Sebab Tidak Hadir Kerja Tanpa Notis

Surat Tunjuk Sebab Tidak Hadir Kerja Tanpa Notis

Surat Tunjuk Sebab Datang Lewat ke Tempat Kerja

Surat Tunjuk Sebab Datang Lewat ke Tempat Kerja

Surat Tunjuk Sebab Tidak Hadir Mesyuarat

Surat Tunjuk Sebab Tidak Hadir Mesyuarat

Surat Tunjuk Sebab Tidak Menghantar Tugasan / Laporan Mengikut Tarikh Akhir

Surat Tunjuk Sebab Tidak Menghantar Tugasan / Laporan Mengikut Tarikh Akhir

Surat Tunjuk Sebab Tidak Memakai Uniform Lengkap

Surat Tunjuk Sebab Tidak Memakai Uniform Lengkap

Surat Tunjuk Sebab Gagal Menjalankan Tugas Seperti yang Ditetapkan

Surat Tunjuk Sebab Gagal Menjalankan Tugas Seperti yang Ditetapkan

Surat Tunjuk Sebab Kehilangan Barangan Syarikat

Surat Tunjuk Sebab Kehilangan Barangan Syarikat

Surat Tunjuk Sebab Meninggalkan Tempat Kerja Tanpa Kebenaran

Surat Tunjuk Sebab Meninggalkan Tempat Kerja Tanpa Kebenaran

Surat Tunjuk Sebab Menggunakan Harta Syarikat Tanpa Kebenaran

Surat Tunjuk Sebab Menggunakan Harta Syarikat Tanpa Kebenaran

Surat Tunjuk Sebab Bertindak Kurang Sopan Terhadap Pelanggan

Surat Tunjuk Sebab Bertindak Kurang Sopan Terhadap Pelanggan

Apa Tips Tulis Surat Tunjuk Sebab Yang Meyakinkan?

  • Gunakan bahasa yang profesional – Elak penggunaan ayat santai atau terlalu emosi.
  • Terus kepada isi utama – Tidak perlu cerita panjang lebar, cukup jelas dan padat.
  • Jujur dan bertanggungjawab – Jangan cuba berdolak-dalik.
  • Tunjukkan kesungguhan untuk berubah – Majikan mahu lihat inisiatif untuk memperbaiki diri.

Apa Yang Perlu & Tidak Perlu Disebut Dalam Surat Ini?

Perlu Disebut:

  • Punca sebenar kesalahan anda
  • Langkah yang akan diambil untuk perbaiki kesilapan
  • Nada yang rendah diri dan profesional

Tidak Perlu Disebut:

  • Menyalahkan orang lain atau faktor luar
  • Memasukkan terlalu banyak alasan yang tidak relevan
  • Mempertikaikan keputusan syarikat

Apa Berlaku Jika Anda Tidak Menjawab Surat Tunjuk Sebab?

Jangan ambil ringan! Jika anda tidak membalas surat tunjuk sebab, anda mungkin akan:

  • Diberi surat amaran rasmi
  • Dipotong gaji atau elaun
  • Digantung kerja sementara
  • Dipecat sekiranya kesalahan berulang

Tindakan ini bergantung kepada dasar syarikat. Oleh itu, balas surat tunjuk sebab dengan segera untuk elak sebarang kesan negatif terhadap pekerjaan anda.

Kesimpulan

Menulis surat tunjuk sebab yang betul adalah satu kemahiran penting yang boleh menyelamatkan anda dari tindakan disiplin. Pastikan anda jujur, jelas, dan profesional dalam penulisan surat ini.

Jika anda mengalami masalah pekerjaan seperti gaji tidak dibayar atau suasana kerja toksik, mungkin sudah tiba masanya mencari peluang yang lebih baik. Jom, klik je sini untuk drop je resume di Maukerja sebab dah ramai jobseeker guna drop resume untuk bantu mereka cari kerja dengan cepat!

Drop resume

Cuba Tools Kerjaya Dibawah Untuk Bantu Anda Dapat Kerja:

Penat Cari Kerja Tak Jumpa? Jom, Mohon Di Bawah:

Pekerjaan Terkenal:

Lokasi:

Panduan Kerjaya: