Bila dah bekerja ni perkara yang paling merisaukan adalah kalau kena diberhentikan. Tak ada sesiapa yang suka kalau kena berhenti oleh majikan melainkan pekerja sendiri yang bagi surat berhenti, kan? Ramai yang menganggap diberhentikan kerja ini adalah sesatu titik tamat dalam hidup kerana ianya sungguh teruk dan akan meninggalkan kesan sampai bila-bila. Diberhentikan kerja ini bukan lah teruk mana kerana ianya sudah menjadi biasa dalam alam bekerja ni.





