

by Ani
Setiap tahun, 8 Mac diraikan sebagai International Women’s Day (Hari Wanita Sedunia) bagi menghargai sumbangan, kejayaan, dan kekuatan wanita di seluruh dunia. Dalam dunia pekerjaan, wanita memainkan peranan yang besar sebagai pemimpin, pekerja berdedikasi, dan sumber inspirasi.
Sebagai tanda penghargaan, mengapa tidak kita kirimkan ucapan bermakna kepada mereka? Berikut adalah 50 ucapan International Women’s Day yang sesuai dihantar melalui WhatsApp kepada rakan sekerja, bos, atau sesiapa sahaja yang ingin kita raikan pada hari istimewa ini!

Baca Juga: Diskriminasi Jantina di Tempat Kerja Yang Semua Pekerja Patut Tahu

Baca Juga: 100 Ucapan Hari Raya Aidilfitri 2025 untuk Pekerja (Email & WhatsApp)
Wanita berperanan besar dalam dunia pekerjaan, dari jawatan eksekutif hingga pekerja barisan hadapan. Setiap daripada mereka berhak menerima penghargaan, sokongan, dan peluang untuk terus maju.
Jadi, jangan lupa untuk menghantar ucapan International Women’s Day kepada bos, rakan sekerja, klien, atau pekerja anda hari ini! Biar mereka tahu bahawa mereka dihargai.
Psst! Jika anda mencari peluang baharu, jom semak jawatan kosong terbaru di Maukerja dan bina masa depan yang lebih baik!
1. Kenapa kita menyambut International Women’s Day?
Hari ini diraikan untuk menghargai pencapaian wanita dalam pelbagai bidang serta memperjuangkan hak kesamarataan.
2. Siapa yang boleh menyambut Hari Wanita Sedunia?
Semua orang! Hari Wanita bukan hanya untuk wanita, tetapi juga untuk semua yang menyokong hak dan kepentingan mereka.
3. Bagaimana cara terbaik untuk menghargai wanita di tempat kerja?
Selain ucapan, beri mereka penghormatan, peluang yang adil, dan sokongan dalam kerjaya mereka.
4. Adakah International Women’s Day cuti umum?
Di Malaysia, ia bukan cuti umum, tetapi ia diraikan di peringkat organisasi dan komuniti.
5. Apakah tema International Women’s Day tahun ini?
Tema rasmi berubah setiap tahun. Anda boleh menyemak laman web rasmi International Women’s Day untuk info terkini!