by Ani
Khabar gembira buat semua penjawat awam negeri Perak! Menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini, Kerajaan Negeri Perak tampil dengan satu pengumuman yang pasti membuat ramai tersenyum lega iaitu Bonus Raya Penjawat Awam 2025 sebanyak RM1,500 bakal diberikan kepada 13,582 penjawat awam di negeri tersebut!
Ini bukan sekadar berita biasa, tetapi satu bentuk penghargaan ikhlas kerajaan negeri kepada semua barisan hadapan, pegawai, dan pekerja yang telah bertungkus-lumus menjaga pentadbiran negeri.
Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, bonus ini tidak hanya untuk penjawat awam tetap, malah turut merangkumi:
Bayangkan, walaupun status pekerjaan berbeza, semua diberi perhatian. Satu langkah bijak yang pastinya menaikkan semangat kakitangan kerajaan untuk terus berkhidmat dengan cemerlang.
Baca Juga: Bonus Raya Penjawat Awam 2025: Ini Jumlah & Tarikh Bayaran!
Mark the date: 24 Mac 2025! Itulah tarikh rasmi Bantuan Khas Kewangan Raya (BKK Raya) 2025 akan mula disalurkan.
Dengan peruntukan keseluruhan mencecah RM10 juta, ini menunjukkan komitmen serius Kerajaan Negeri Perak dalam menjaga kebajikan kakitangannya. Bayaran ini dijangka meringankan beban kos persiapan Aidilfitri yang kita tahu makin mencabar dengan situasi ekonomi sekarang.
Nak tahu apa yang lebih menarik? Jumlah Bonus Raya Penjawat Awam 2025 ini sebenarnya meningkat berbanding tahun lepas!
Untuk Aidilfitri 2024, penjawat awam hanya menerima RM1,000, jadi peningkatan sebanyak RM500 tahun ini bukan angka kecil. Ia pasti memberi kelegaan, terutama bila kita fikirkan kos kehidupan yang semakin naik dari barang dapur sampai baju raya anak-anak.
Baca Juga: Penjawat Awam Pahang Dapat RM1,000 Duit Raya, Biar Betul!
Mungkin ada yang tertanya, “Macam mana kerajaan negeri boleh bagi banyak tu?” Jawapannya?
Datuk Seri Saarani Mohamad dengan jujur berkongsi bahawa hasil negeri yang makin bertambah, amalan berjimat, dan kestabilan politik negeri adalah antara faktor utama.
Tambahan pula, pendapatan negeri turut dipacu oleh perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE), hasil bumi yang lumayan kalau diurus dengan baik.
Lebih menarik lagi, katanya, Perak kini semakin menjadi perhatian pelabur, dan pelaburan ini membuka lebih banyak peluang yang akhirnya kembali kepada rakyat.
“Ini adalah rahmat dan rezeki daripada Allah SWT. Kita bersyukur kerana dianugerahkan sumber mineral yang berharga dan kestabilan politik yang menarik minat pelabur ke Perak,” kata beliau dalam Majlis Berbuka Puasa bersama penjawat awam baru-baru ini.
Baca Juga: Bonus Raya Penjawat Awam 2025 - Pulau Pinang Umum Bonus Raya Minimum RM1,000
Sebagai majikan, khususnya sektor kerajaan, langkah ini sebenarnya mesej yang jelas untuk penghargaan dan insentif mampu memotivasikan pekerja. Bila pekerja rasa dihargai, mereka akan lebih setia, rajin, dan fokus dalam tugasan.
Bagi rakyat biasa pula, bila penjawat awam terjaga kebajikan mereka, perkhidmatan awam juga akan jadi lebih cekap dan mesra rakyat. Win-win untuk semua!
Secara keseluruhan, Bonus Raya Penjawat Awam 2025 ini lebih daripada sekadar duit raya. Ia lambang penghargaan, keprihatinan, dan harapan kerajaan negeri kepada penjawat awam.
Buat para penjawat awam di Perak, semoga bonus ini dapat membantu persiapan raya tahun ini dari kuih raya, baju baru, hingga persediaan balik kampung. Dan untuk majikan di luar sana, mungkin ini jadi inspirasi bagaimana menghargai pekerja dalam apa jua keadaan. Kalau korang nak cari kerja boleh la cari kerja di portal Maukerja!
Struggle cari kerja? Chill, kami ada jalan penyelesaian! Join je group-group ni untuk update kerja kosong terkini. Jom, join laju-laju sebelum terlepas kerja kosong!