Reference ni kalau korang perhatikan mesti ada di bahagian bawah dalam resume kan? Ada juga yang memilih untuk tidak meletak reference dan hanya sekadar memberi info "CITED UPON REQUEST". Sebenarnya cara sebegitu makin tidak diterima pakai lagi kerana menyusahkan kerja penemuduga sebab kena pula email atau call korang semata nak meminta references. 40% penyebab mengapa calon sukar untuk mendapatkan kerja adalah disebabkan oleh refrences yang lemah dan tidak menyokong permohonan korang.




