

by Ani
Kalau anda salah seorang penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, mesti anda tertanya-tanya bila bayaran seterusnya akan masuk, kan? Jangan risau dalam artikel ni, kita akan kupas semua yang anda perlu tahu tentang jadual bayaran dan cara nak dapatkan bantuan ni. Penting untuk anda buat perancangan perbelanjaan supaya setiap sen dimanfaatkan sebaik mungkin.
STR 2025 adalah inisiatif kerajaan dalam Belanjawan 2025 yang bertujuan meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah. Dengan peruntukan sebanyak RM2.3 bilion, seramai 8.3 juta penerima layak akan menerima bantuan ini secara berperingkat sepanjang tahun.
Berita baik! Bayaran Fasa 2 Sumbangan Tunai Rahmah akan mula disalurkan pada 24 Mac 2025 (Isnin). Kalau anda penerima bantuan ni, bolehlah mula rancang perbelanjaan atau selesaikan komitmen yang tertangguh.
Bila dah tahu tarikh bayaran, tak adalah anda tertanya-tanya bila duit nak masuk. Boleh buat bajet lebih awal, betul tak?

Bayaran STR 2025 dibuat melalui dua kaedah utama:
1. Pengkreditan ke Akaun Bank:
2. Tunai di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN):
Jangan lupa semak status kelayakan STR anda di laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (https://bantuantunai.hasil.gov.my) sebelum ke kaunter BSN. Ini penting supaya anda tak buang masa beratur panjang.
Baca Juga: Semakan STR Bagi STR Bujang
Nak tahu bila lagi bayaran akan masuk? Ini jadual penuh untuk tahun 2025:
| Fasa | Tarikh Bayaran | Catatan |
|---|---|---|
| Fasa 1 | 22 Januari 2025 | Selesai |
| Fasa 2 | 24 Mac 2025 | Sedang Berlangsung |
| Fasa 3 | Ogos 2025 | Akan Datang |
| Fasa 4 | November 2025 | Akan Datang |
Dengan jadual ni, anda boleh rancang perbelanjaan lebih awal. Contohnya, kalau ada bil tertunggak atau perbelanjaan sekolah anak-anak, bolehlah selesaikan ikut keutamaan.
> Nak Cari Kerja? Meh, mohon & cari kerja disini sebab ada ribuan kerja kosong boleh apply <
Berapa jumlah yang anda akan terima? Ini kadar bayaran mengikut kategori kelayakan:

Setiap sen yang anda terima penting, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi sekarang. Dengan jumlah yang anda dapat, pastikan anda buat bajet yang bijak supaya cukup hingga bayaran seterusnya.
Baca Juga: SARA 2025: Layak Ke? Ini Cara Mohon Bantuan MyKasih 2025!
Bila duit dah masuk, memang seronok. Tapi jangan lupa, kalau tak rancang betul-betul, duit boleh habis sekelip mata. Berikut adalah beberapa tips untuk anda:
1. Utamakan Keperluan Asas:
2. Simpan Sedikit Sebagai Dana Kecemasan:
3. Elak Berbelanja Ikut Nafsu:
Bayaran STR 2025 memang boleh bantu ringankan beban kewangan, tapi cara anda uruskan duit tu yang paling penting. Rancang dengan bijak, utamakan keperluan, dan jangan lupa sediakan sedikit untuk kecemasan.
Kalau anda sedang hadapi masalah gaji yang tak cukup dengan kerja sekarang, mungkin dah tiba masa untuk cari peluang baru. Jangan tunggu sampai peluang terbaik terlepas begitu saja! Layari Maukerja hari ini dan lihat ribuan jawatan kosong yang mungkin sesuai untuk anda mohon.
Jangan tunggu lama-lama! Persaingan kerja makin sengit. Siapa cepat, dia dapat. Klik disini sekarang kalau nak cari kerja kosong dan pastikan anda tak ketinggalan peluang keemasan ni.
Serius, banyak peluang kerja menarik tengah open sekarang ni! Kalau korang nak kerja cepat, grab je peluang ni.