

by Ani
Setiap kali musim perayaan, satu perkara yang pasti menjadi topik hangat dalam kalangan penjawat awam adalah Bonus Raya. Tahun ini, berita baik datang daripada Kerajaan Kelantan yang mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM500 untuk 9,000 penjawat awam di negeri itu. Best ke best? Jom kita kupas lanjut!

Menurut Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, bantuan ini akan mula diberikan 27/3/2025. Kalau korang kerja di bawah kerajaan negeri Kelantan, bersiap sedialah nak tersenyum lebar! Bayangkan, kos keseluruhan bantuan ini mencecah RM5 juta. Jumlah yang besar untuk menghargai usaha para penjawat awam.
"Hasil mesyuarat hari ini, kita bersetuju memberi bantuan khas Aidilfitri kepada semua penjawat awam sebanyak RM500 seorang membabitkan kos RM5 juta," katanya.
Ini bukan sekadar duit tetapi ia adalah tanda penghargaan. Dan siapa tak suka dihargai, kan?
Baca Juga: Bonus Raya Penjawat Awam 2025: Ini Jumlah & Tarikh Bayaran!

Yang bestnya, bukan hanya penjawat awam yang dapat merasai nikmat bonus raya ini. Kerajaan Kelantan juga tak lupa kepada pegawai lantikan politik, ahli majlis, penghulu, penyelaras pembangunan armalah, guru pondok, guru al-Quran dan guru jahitan. Walaupun jumlahnya sedikit berbeza, iaitu sebanyak RM250, tapi still, it’s the thought that counts!
Ini membuktikan bahawa kerajaan negeri menghargai peranan setiap individu dalam komuniti. Bayangkan senyuman di wajah mereka yang menerima bantuan ini. Nak beli kuih raya lebih sikit tahun ni? Why not!
> Dah penat cari kerja? Jom, drop resume di Maukerja & biar kerja cari korang! <
Bila sebut pasal Bonus Raya, ramai orang fikir ia sekadar wang tambahan. Tapi sebenarnya, ia lebih daripada itu. Dalam suasana ekonomi yang mencabar, setiap ringgit sangat bermakna. RM500 mungkin nampak kecil bagi sesetengah orang, tapi bagi yang memerlukan, ia boleh jadi penyelamat.
Lagipun, musim perayaan adalah masa untuk memberi dan berkongsi. Dengan adanya bantuan ini, lebih ramai yang dapat merasai kegembiraan Aidilfitri tanpa perlu terlalu risau tentang belanja.
Baca Juga: 50 Lagu Raya Paling Onz Boleh Play Di Office Tahun Ni!
Bantuan khas seperti ini bukan sahaja menggembirakan hati penerima, tetapi juga menunjukkan betapa pentingnya empati dalam kepimpinan. Bayangkan jika lebih banyak organisasi dan majikan mengambil pendekatan yang sama? Dunia pekerjaan pasti lebih membahagiakan.
Untuk anda yang bekerja keras sepanjang tahun, ini adalah masa untuk menikmati hasil usaha anda. Selamat menyambut Aidilfitri dengan senyuman lebar dan hati yang tenang. Kalau anda masih mencari peluang pekerjaan yang lebih baik, jom explore peluang di Maukerja. Mungkin rezeki anda ada di sana!
Selamat Hari Raya dan semoga bantuan ini membawa 1001 kegembiraan buat semua.
Pekerjaan Terkenal:
Lokasi: