by Ani
Pernah tak awak terfikir, kalau tiba-tiba terlibat dalam kemalangan semasa bekerja, siapa yang akan tanggung? Atau kalau jatuh sakit sampai tak boleh bekerja, dari mana nak dapat duit untuk sara hidup? Di sinilah PERKESO memainkan peranan penting dalam kehidupan kita sebagai pekerja.
Ramai yang ambil ringan hal ini. Tapi realitinya, PERKESO ibarat 'payung' yang melindungi awak bila hujan turun tak dijangka. Dalam dunia kerja yang makin mencabar sekarang, kita tak boleh harap pada nasib sahaja tapi kita perlukan perlindungan.
Jadi dalam artikel ini, kita akan bincang dengan santai tapi padat tentang apa itu PERKESO, apa fungsinya, jenis skim yang ditawarkan, dan kenapa ia penting untuk setiap pekerja di Malaysia.
PERKESO atau nama penuhnya Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO), merupakan agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia. Ditubuhkan pada tahun 1971, misi utamanya adalah untuk melindungi kebajikan pekerja melalui skim keselamatan sosial.
Kalau nak senang faham, PERKESO ni macam insurans sosial. Majikan dan pekerja sama-sama mencarum, dan bila berlaku sesuatu yang tak dijangka, macam kemalangan atau hilang upaya, PERKESO akan bantu.
Baca Juga: Cara Claim PERKESO Kemalangan Yang Semua Wajib Tahu
Jika awak alami kemalangan semasa atau dalam perjalanan ke tempat kerja, PERKESO akan tanggung kos rawatan dan beri pampasan kewangan.
Kalau awak tak boleh bekerja untuk tempoh yang lama kerana sakit, PERKESO akan salurkan bantuan bulanan untuk ringankan beban kewangan.
Kos rawatan akibat kecederaan kerja akan ditanggung sepenuhnya, termasuk rawatan hospital dan ubat-ubatan.
Jika pekerja meninggal dunia akibat kerja, keluarga terdekat akan terima bantuan bulanan sebagai ganti pendapatan yang hilang.
PERKESO ada program khas bantu pekerja pulih dan kembali bekerja selepas kecederaan atau penyakit serius.
Untuk mereka yang kehilangan kerja, EIS beri bantuan kewangan sementara dan juga latihan semula supaya senang cari kerja baru.
> Nak Cari Kerja? Meh, mohon & cari kerja disini sebab ada ribuan kerja kosong boleh apply <
Nota: Semua skim ini tertakluk kepada kadar caruman yang disesuaikan mengikut gaji terkini.
Baca Juga: Cara Claim SOCSO Dan Jenis-Jenis Tuntutan PERKESO
Caruman bulanan mungkin kecil, tapi faedah yang awak dapat sangat besar. Jangan ambil ringan ya!
Sekarang awak dah tahu kenapa PERKESO penting dalam hidup seorang pekerja. Sama ada awak kerja pejabat, kilang, rider, atau freelancer, PERKESO boleh jadi pelindung bila musibah datang tanpa amaran.
Jangan tunggu sampai terlambat. Semak caruman awak, tahu hak awak, dan kalau rasa tak dihargai di tempat kerja sekarang, mungkin ini masa terbaik untuk awak cari peluang baru.
Masih terperangkap dalam kerja yang stres dan tiada faedah seperti PERKESO? Awak tahu tak, dekat Maukerja ada ribuan kerja kosong yang lebih baik siap dengan gaji lumayan, waktu kerja fleksibel dan majikan yang prihatin. Tak perlu susah-susah apply satu-satu. Awak boleh Drop Resume je, dan biarkan majikan yang cari awak! Klik sini sekarang Drop Resume Maukerja dan jadi antara yang terawal direkrut. Jangan tunggu sampai peluang tu jadi milik orang lain!
Pekerjaan Terkenal Boleh Mohon:
Jawatan Kosong Mengikut Lokasi:
Panduan Kerjaya:
Template Resume|Template Cover Letter| Soalan & Jawapan Interview|Perkembangan Kerjaya |Gaji & Info Pekerjaan
Ya, semua pekerja bergaji tetap dan kontrak wajib dicarum oleh majikan.
Awak boleh login ke portal ASSIST atau MySOCSO, atau terus ke pejabat PERKESO berhampiran.
Ya, sejak 2025, PERKESO telah bekerjasama dengan syarikat penghantaran untuk lindungi pekerja gig secara sukarela.
PERKESO beri perlindungan keselamatan sosial masa bekerja, manakala KWSP fokus kepada simpanan persaraan.
Majikan perlu laporkan dalam 48 jam, dan borang boleh dihantar secara online melalui sistem PERKESO.