Bila pekerja mula kerja baharu, ramai yang lupa satu perkara penting berkaitan cukai, serahkan Borang TP3 kepada majikan baharu. Borang ni penting sebab ia bantu pastikan segala pendapatan dan potongan dari kerja lama dibawa ke depan dengan betul. Kalau tak isi, kiraan Potongan Cukai Bulanan (PCB) boleh jadi salah. Sebab itu, sebagai majikan, anda perlu tahu apa fungsi Borang TP1, TP2 dan TP3. Ini kunci untuk urus cukai dengan lancar dan elak masalah dengan LHDN.