Apa Itu Hari Wesak & Berapa Hari Cuti Kita Dapat? Jom Semak!
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Apa Itu Hari Wesak & Berapa Hari Cuti Kita Dapat? Jom Semak!

post by Ani

by Ani

May 6, 2025
pada 9:40 AM

Apa Itu Hari Wesak & Berapa Hari Cuti Kita Dapat? Jom Semak!

Setiap kali bulan Mei menjelma, ramai yang mula tertanya-tanya "Eh, bila Hari Wesak tahun ni? Cuti ke tak?" Kalau awak pun antara yang tengah cari info ni, nah sini jawapannya.

Tapi sebelum kita sembang pasal cuti, jom kita faham dulu, apa sebenarnya Hari Wesak ni? Bukan sekadar public holiday biasa di Malaysia tau. Hari Wesak ada makna yang sangat mendalam, especially untuk penganut agama Buddha.

Apa Itu Hari Wesak? Ini Maksud & Sejarahnya

Hari Wesak, atau juga dikenali sebagai Vesak Day, adalah hari yang sangat penting dalam kalendar penganut agama Buddha. Ia memperingati tiga peristiwa besar dalam kehidupan Siddhartha Gautama (Buddha) iaitu:

  1. Hari kelahiran Buddha
  2. Hari beliau mencapai pencerahan (enlightenment)
  3. Hari kematian beliau dan mencapai nirvana

Semua peristiwa ni berlaku pada bulan penuh pertama dalam bulan Vaisakha (ikut kalendar lunar), sebab tu ia dikenali sebagai Wesak.

Di Malaysia, walaupun tak semua orang sambut Hari Wesak, tapi kita hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Jadi, penting untuk kita faham dan hormat maksud sebenar di sebalik hari ni. Ini bukan sekadar hari rehat dari kerja, tapi hari refleksi spiritual, kasih sayang, dan kemanusiaan.

Untuk tahun 2025, Hari Wesak jatuh pada hari Isnin, 12 Mei 2025. Berita baiknya? Ya, cuti panjang weekend!

Jadi, kalau awak rancang nak balik kampung, bercuti, atau nak rehat puas-puas lepas kerja penat, inilah masa terbaik. Tapi kalau kerja shift atau kerja yang tak ikut cuti umum, kena semak dengan HR ya sebab mestu ramai juga tertanya kan sama ada, "boleh ke majikan suruh kerja masa cuti umum". 

Negeri Cuti Wesak

Semua negeri akan dapat Cuti Wesak. Tak kira la kalau awak kerja di Kelantan ke, Sabah atau Sarawak sekalipun.

Berikut adalah jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan 2025:

Cuti Hari Wesak 2025

 

Berapa Hari Cuti Kita Dapat Untuk Hari Wesak?

Okay ini bahagian yang ramai orang excited nak tahu "berapa hari cuti kita boleh dapat"? Disebabkan Hari Wesak 2025 jatuh pada Isnin, awak akan dapat:

  • Cuti tiga hari berturut-turut (Sabtu - Ahad - Isnin)

Kalau bijak merancang, awak boleh plan short vacation atau at least, rehat cukup-cukup kat rumah. Kesihatan mental pun penting okay setelah penat bekerja.

Penutup: Cuti Bukan Sekadar Berehat Tapi Peluang Hargai Kepelbagaian

Hari Wesak ni sebenarnya lebih dari sekadar "cuti umum". Ia moment penting untuk kita refleksi, hargai budaya & agama lain, dan paling penting untuk recharge diri sendiri.

Kalau awak masih menganggur lepas berbulan, job market sekarang tengah panas tau, banyak peluang kerja best tapi siapa cepat, dia dapat. Bayangkan awak dapat kerja baru dan gaji stabil, kan best. Klik sekarang & drop resume kat Maukerja. Tak perlu fikir panjang. Satu klik boleh ubah hidup awak. Serius.

 

 

Soalan Lazim Tentang Hari Wesak

1. Hari Wesak ni untuk agama apa?

Hari Wesak adalah hari keagamaan penting untuk penganut agama Buddha.

2. Adakah semua negeri cuti Hari Wesak?

Tak semua. Hanya beberapa negeri termasuk KL, Selangor, Penang dan Johor yang cuti.

3. Apa beza Hari Wesak & Hari Raya Buddha?

Kedua-duanya merujuk kepada sambutan yang sama cuma istilah berbeza.

4. Adakah Hari Wesak selalu jatuh bulan Mei?

Kebiasaannya ya, sebab ia ikut kalendar lunar, tapi boleh berubah setiap tahun.

5. Boleh tak kita mohon cuti panjang kalau negeri tak cuti?

Boleh, asalkan dapat approval dari majikan. Rancang awal-awal, jangan last minute!

Penat Cari Kerja Tak Jumpa? Jom, Mohon Di Bawah:

Pekerjaan Terkenal:

Lokasi: