Tarikh Raya Haji 2025: Cuti Panjang Ke Tak? Check Sini!
# Pengetahuan Pekerja # Others

Tarikh Raya Haji 2025: Cuti Panjang Ke Tak? Check Sini!

post by Ani

by Ani

May 18, 2025
pada 1:53 PM

Tarikh Raya Haji 2025: Cuti Panjang Ke Tak? Check Sini!

Bila dah makin dekat dengan bulan Zulhijjah, mesti ramai dah mula tanya "Eh, bila tarikh Raya Haji tahun ni?" Jangan risau, kalau korang tengah plan cuti balik kampung, buat korban atau travel masa cuti panjang nanti, artikel ni memang untuk korang.

Selain nak sambut Hari Raya Aidiladha dengan keluarga tercinta, ramai juga yang nak manfaatkan cuti untuk rehat, tenangkan jiwa atau kejar peluang kerja baru. So, penting untuk tahu tarikh sebenar Raya Haji 2025 supaya semua plan berjalan lancar.

Tarikh Raya Haji 2025: Bila Sambut Hari Raya Aidiladha Tahun Ni?

Untuk tahun 2025, tarikh Hari Raya Haji dijangka jatuh pada Sabtu, 7 Jun 2025. Tapi, seperti biasa, tarikh sebenar akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia selepas cerapan anak bulan Zulhijjah.

Raya Haji, atau Hari Raya Aidiladha, adalah hari penting bagi umat Islam di seluruh dunia. Ia bukan sekadar hari raya biasa tetapi ia lambang pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang antara manusia dan Tuhannya.

Klik sini kalau nak mohon kerja kosong < 

Berapa Hari Cuti Raya Haji 2025? 

Cuti umum Hari Raya Haji tahun 2025 jatuh pada 7 Jun (Sabtu) dan diberikan kepada semua negeri di Malaysia. Namun begitu, negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu menikmati tambahan cuti pada 8 Jun (Ahad) dan 9 Jun (Isnin) sebagai cuti kedua dan ketiga sempena sambutan Hari Raya Haji.

Job Matcher

Bila Tarikh Ibadah Korban 2025 Bermula & Bagaimana Nak Sertai?

Ibadah korban biasanya dilakukan pada 10 hingga 13 Zulhijjah, iaitu bermula pada Hari Raya Haji dan tiga hari seterusnya (Hari Tasyrik).

Untuk tahun 2025, ibadah korban dijangka bermula pada 7 Jun hingga 10 Jun 2025

Nak join korban? Korang boleh:

  • Join masjid atau surau tempatan
  • Tempah slot korban online (banyak servis buat korban secara ejen)
  • Share korban dengan kawan atau keluarga

Harga lembu atau kambing mungkin berbeza ikut tempat, so better start kumpul duit gaji dari sekarang. Boleh buat simpanan sikit-sikit, nanti tak terasa berat sangat.

Baca Juga: Raya Haji 2025: Tarikh Raya Haji Yang Pekerja Kena Tahu!

Ucapan Raya Haji 2025 Yang Paling Menyentuh Hati (Copy Paste Je!)

Nak wish kawan-kawan, bos atau family tapi buntu nak tulis apa? Nah, kami bantu:

  • "Salam Aidiladha 2025. Semoga pengorbanan kita tahun ini diterima oleh Allah dan diberi keberkatan dalam setiap langkah hidup."
  • "Raya bukan hanya tentang daging korban, tapi juga tentang hati yang rela berkorban. Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua yang dirindui."
  • "Moga semangat pengorbanan dalam diri tak terhenti di Aidiladha sahaja. Salam raya dari saya sekeluarga."

Masih tak ada kerja tetap menjelang Raya Haji 2025? Bayangkan orang lain tengah plan balik kampung, tapi korang masih struggle nak bayar sewa. Maukerja boleh bantu ubah hidup korang. Tak payah apply satu-satu, drop resume je dan tunggu majikan cari korang balik.

Rebut peluang sebelum ramai yang sapu kerja best! Jangan tunggu lagi. Klik sini & Drop Resume Sekarang!

Drop resume


Soalan Lazim Tentang Tarikh Raya Haji 2025

1. Tarikh sebenar Raya Haji 2025 bila?

Dijangka jatuh pada Sabtu, 7 Jun 2025, tapi tertakluk pada pengumuman rasmi cerapan anak bulan.

2. Berapa hari cuti sempena Raya Haji 2025?

Cuti umum Hari Raya Haji tahun 2025 jatuh pada 7 Jun (Sabtu) dan diberikan kepada semua negeri di Malaysia. Namun begitu, negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu menikmati tambahan cuti pada 8 Jun (Ahad) dan 9 Jun (Isnin) sebagai cuti kedua dan ketiga sempena sambutan Hari Raya Haji.

3. Ada cara buat korban online ke?

Ya, sekarang banyak servis korban online yang uruskan segalanya dari A-Z.


Dah check tugas harian korang dekat Maukerja Wallet? Jangan sampai korang terlepas peluang untuk dapat Voucher RM10 Zus Coffee. Jom claim voucher sambil cantikkan profile korang! Lagi senang la nak cari kerja lepas ni.

Kempen MK Wallet