Kemahiran Dalam Resume Yang Buat HR Nak Terus Call Awak!
# Pengetahuan Pekerja

Kemahiran Dalam Resume Yang Buat HR Nak Terus Call Awak!

post by Ani

by Ani

May 19, 2025
pada 2:25 PM

Kemahiran Dalam Resume Yang Buat HR Nak Terus Call Awak!

Bayangkan ni, awak baru je hantar resume, tak sampai sehari HR dah call ajak interview. Sounds like a dream? Tapi sebenarnya, benda ni boleh jadi realiti kalau resume awak tu power dan ada kemahiran yang tepat.

Masalahnya sekarang, ramai calon kerja (terutamanya fresh grad) letak kemahiran dalam resume macam tangkap muat je. Padahal inilah part yang paling penting untuk tarik perhatian recruiter. Jadi, dalam artikel ni kita akan bongkar habis-habisan tentang contoh kemahiran dalam resume yang buat HR terus tertarik. Kita akan sembang pasal jenis-jenis kemahiran, cara nak pilih skill yang sesuai, dan tips macam mana nak buat resume awak stand out dari ratusan orang lain.

Apa Itu Kemahiran Dalam Resume?

Kemahiran dalam resume merujuk kepada kebolehan dan kelebihan yang awak ada sama ada dari segi teknikal, interpersonal atau pengalaman kerja. Benda ni boleh jadi sesuatu yang awak belajar dari universiti, short course, tempat kerja lama, atau pun dari pengalaman hidup.

Bila HR tengok kemahiran dalam resume, dia akan terus dapat gambaran sama ada awak sesuai atau tak untuk posisi yang ditawarkan. Simple je, tapi sangat impactful.

> Cari kerja kosong ikut kelayakan dan kemahiran awak <

Kenapa Kemahiran Dalam Resume Penting Sangat?

  • Majikan boleh tapis calon dengan cepat
  • Kemahiran tunjuk nilai tambah awak
  • Jadi point kuat masa temuduga nanti

Katakan ada 2 calon. Kedua-dua fresh grad. Tapi seorang tahu guna Microsoft Excel sampai level advance, sorang lagi tak tahu pun apa beza Word dan Excel. Confirm HR pilih siapa?

So jangan pandang rendah benda ni. Letak kemahiran yang betul boleh jadi game changer.

> Perbezaan Hard Skills dan Soft Skills dalam Resume <

Contoh Kemahiran Soft Skills Dalam Resume

Soft skills ni ialah kemahiran yang melibatkan interaksi dengan orang lain. Kadang-kadang orang anggap soft skill ni tak penting sebab tak nampak atas kertas. Tapi sebenarnya, ini antara benda yang majikan paling nilai.

Contoh soft skill yang awak boleh letak:

  • Komunikasi efektif
  • Boleh kerja dalam pasukan
  • Kepimpinan
  • Pengurusan masa
  • Pemikiran kritikal
  • Etika kerja tinggi
  • Adaptasi & fleksibel dengan perubahan

Tip: Jangan sekadar tulis "pandai berkomunikasi" kalau boleh, kaitkan dengan pengalaman: "Berpengalaman urus pelanggan semasa internship di XYZ".

Hard skills ni pula jenis kemahiran yang lebih teknikal dan boleh diukur. Selalunya ni yang kena ada kalau nak apply kerja dalam bidang-bidang tertentu.

Contoh hard skill yang high demand sekarang:

  • Microsoft Office (Word, Excel, PowerPoint)
  • Adobe Photoshop, Illustrator
  • Bahasa pengaturcaraan (HTML, CSS, Java, Python)
  • Software accounting (SQL, UBS, Xero)
  • Google Analytics, SEO, digital marketing tools
  • Bahasa asing (Mandarin, Jepun, Jerman)

Tip: Letak tahap penguasaan, contoh: "Microsoft Excel (Advanced: Pivot Table, VLOOKUP)"

Cara Pilih Kemahiran Yang Sesuai Dengan Jawatan Dipohon

Satu kesilapan ramai orang buat ialah letak semua kemahiran yang mereka tahu, tanpa tapis. Tapi cara paling berkesan ialah:

  1. Baca betul-betul iklan jawatan, tengok apa yang majikan cari
  2. Match dengan skill yang awak ada. Kalau tak ada, ambil kursus pendek
  3. Fokus pada yang relevan saja. Jangan penuhkan resume dengan benda tak berkaitan

Contoh: Kalau mohon jawatan Graphic Designer, highlight kemahiran design & software yang berkaitan. Jangan bazir ruang dengan tulis "Pandai memasak" 

Contoh Resume Dengan Kemahiran Yang Menarik

Kalau awak nak HR impress dari awal, susun resume kemas dan mudah scan. Contoh:

Nama: Ali Bin Abu
Jawatan Dipohon: Digital Marketing Executive
Kemahiran:

  • SEO & SEM (3 tahun pengalaman)
  • Google Ads & Facebook Ads
  • Analisis data (Google Analytics, Data Studio)
  • Copywriting untuk iklan & blog
  • Komunikasi & kerja berpasukan

Senang HR nak baca, dan terus boleh nampak potensi awak.

Kesilapan Biasa Bila Tulis Kemahiran Dalam Resume

  • Tulis kemahiran umum sangat (contoh: "Rajin")
  • Letak skill yang tak berkaitan langsung
  • Overclaim. Contohnya tulis "Pakar Excel" tapi bila tanya tak tahu guna formula asas
  • Guna ayat bombastik tapi kosong

Keep it real. Tapi tetap kena tunjuk yang awak memang ada nilai untuk diberi pada syarikat.

Jangan Biarkan Skill Awak Terbiar Dalam Draf Resume!

Ramai orang sebenarnya ada kemahiran hebat tapi sebab tak tahu cara nak letak dalam resume, peluang kerja terlepas begitu saja. Jangan tunggu sampai terlambat baru gelabah. Resume yang menarik boleh ubah masa depan awak.

Kalau awak sendiri tak pasti kerja apa yang sesuai dengan kemahiran awak, jangan risau. Try je Job Matcher dekat Maukerja. Awak cumaupload resume dan nanti sistem akan carikan kerja yang paling ngam untuk awak.

Mudah, cepat & paling penting boleh bantu awak grab peluang sebelum orang lain!

1. Berapa banyak kemahiran patut letak dalam resume?
Sekurang-kurangnya 5–7 kemahiran yang relevan dengan jawatan.

2. Perlu ke asingkan soft skill dan hard skill?
Ya, supaya lebih jelas dan mudah untuk HR nilaikan kebolehan awak.

3. Macam mana nak tahu skill apa yang sesuai letak?
Rujuk iklan jawatan, tengok syarat & keperluan kerja, kemudian match dengan skill awak.

4. Kalau tak ada pengalaman kerja, masih boleh letak kemahiran?
Boleh! Guna pengalaman dari belajar, intern, kerja part-time atau projek kolej.

5. Resume kena reject, adakah sebab salah tulis kemahiran?
Kemungkinan besar ya. Skill yang tak relevan atau terlalu umum boleh buat HR tak tertarik.


Penat Cari Kerja Tak Jumpa? Jom, Mohon Di Bawah:

Pekerjaan Terkenal:

Lokasi: