by Ani
Pernah tak awak sign surat tawaran kerja, tapi tak faham langsung apa maksud sebenar "contract of service" tu? Atau awak pernah dengar term ni masa baca Akta Kerja, tapi terus blur sebab ayat dia terlalu formal? Jangan risau, sebab awak bukan sorang je yang keliru.
Ramai pekerja di Malaysia sebenarnya masih belum faham apa itu contract of service, apa hak yang datang dengan kontrak tu, dan apa beza dia dengan kontrak lain. So dalam artikel ni, jom kita bongkar tentang contract of service dalam bahasa paling santai tapi padat. Sebab sebagai pekerja, awak berhak tahu dan faham benda ni. Lagi-lagi dalam dunia kerja yang makin mencabar sekarang.
Kalau ikut definisi dalam Akta Kerja 1955, contract of service ni sebenarnya adalah perjanjian antara majikan dan pekerja, sama ada secara bertulis atau lisan, yang mengikat dua-dua pihak dalam hubungan pekerjaan.
Senang cerita, kalau awak bekerja tetap, kontrak, sambilan, atau probation sekalipun itu semua boleh jadi contract of service asalkan ada elemen asas ni:
Dalam erti kata lain, awak bekerja untuk majikan dan majikan bertanggungjawab bayar gaji serta jaga kebajikan awak.
Ini antara kekeliruan paling common. Ramai ingat dua-dua sama, padahal beza dia besar.
Contract of Service | Contract for Service |
---|---|
Pekerja tetap/sambilan di bawah majikan | Freelance / kontraktor luar |
Ada hak seperti cuti, EPF, SOCSO | Tak ada hak pekerja seperti dalam Akta Kerja |
Diarah oleh majikan secara langsung | Bebas urus masa dan kerja sendiri |
Majikan wajib bayar gaji tetap | Dibayar ikut projek/kerja siap |
So kalau awak freelancer, tukang rumah, atau buat kerja ikut projek tu biasanya contract for service. Tapi kalau awak ada boss, punch card, dan gaji tetap tiap bulan, itu confirm contract of service.
Baca Juga: Maksud Contract for Service, Baca Ni Kalau Nak Senang Faham
Contoh paling mudah ialah surat tawaran kerja (offer letter). Dalam surat ni biasanya ada info macam:
Kalau awak pernah sign benda ni, yes itu ialah contract of service. Walaupun kadang nampak simple, tapi surat tu sangat penting sebab jadi bukti hubungan kerja sah antara awak dan majikan.
Jangan main tandatangan je, tahu dulu jenis kontrak tu:
Setiap jenis kontrak ada hak dan tanggungjawab tersendiri, tapi selagi awak ada contract of service, awak tetap dilindungi.
Sebagai pekerja, ini hak yang patut awak dapat:
Dan ni pula tanggungjawab awak:
Kalau dua-dua pihak ikut perjanjian, hubungan kerja akan lebih sihat dan profesional.
Kadang-kadang, walaupun awak dah ada contract of service, masih ada isu:
Kalau benda ni jadi, awak boleh buat aduan dekat Jabatan Tenaga Kerja (JTK). Simpan semua bukti macam offer letter, payslip, WhatsApp semua ni penting untuk lindungi hak awak.
Sebelum sign, ambil masa baca. Tanya kalau ada ayat yang awak tak faham. Ingat, sekali tandatangan, awak terikat.
Sebagai pekerja, jangan anggap contract of service tu sekadar kertas biasa. Ia adalah pelindung awak dalam dunia kerja. Bila awak faham apa isi dalam kontrak, barulah awak boleh berdiri teguh dan tuntut hak yang sepatutnya.
Masih cari kerja tapi makin hari makin stress sebab tak dapat-dapat? Ramai calon kerja yang dah drop resume dekat Maukerja dan sekarang tengah attend interview! Awak pun boleh jadi macam mereka. Tak perlu scroll berjam-jam drop resume sekali je, HR akan contact awak kalau awak calon yang mereka cari. Jangan tunggu peluang tu lesap. Klik link ni dan drop resume sekarang sebelum peluang kerja impian awak kena sapu orang lain!
1. Kalau kontrak secara lisan je, sah ke?
Ya, kontrak lisan masih sah asalkan ada bukti hubungan kerja (contoh: bayaran gaji, arahan kerja).
2. Wajib ke ada offer letter bertulis?
Tak wajib, tapi sangat digalakkan. Sebab bertulis lebih jelas dan senang jadi bukti.
3. Apa beza EPF & SOCSO?
EPF untuk simpanan masa depan. SOCSO untuk perlindungan bila sakit atau kemalangan kerja.
4. Kalau majikan langgar kontrak, aku boleh saman?
Boleh buat aduan dekat JTK dulu. Kalau tak selesai, baru ambil tindakan undang-undang.
5. Boleh tak berhenti kerja tanpa notis?
Boleh, tapi biasanya kena bayar ganti notis. Baca kontrak dulu ya.