by Ani
Pernah tak awak rasa teraniaya di tempat kerja? Gaji lambat, kena marah tanpa sebab, kena kerja lebih masa tapi tak dapat bayaran? Kalau awak pernah lalui situasi ni, jangan simpan sorang-sorang. Ramai pekerja sebenarnya tak tahu hak mereka dan lebih sedih, tak tahu cara buat aduan pejabat buruh.
Jom kita selami satu-satu cara buat aduan di Pejabat Buruh.
Pejabat Buruh atau nama rasminya Jabatan Tenaga Kerja (JTK) ni adalah tempat khas untuk lindungi kebajikan dan hak pekerja. Kalau awak rasa dizalimi oleh majikan, inilah tempat pertama yang patut awak pergi.
Fungsi utama Pejabat Buruh:
Dalam erti kata lain, JTK ni adalah "guardian angel" untuk pekerja macam awak.
Baca Juga: Gangguan Seksual Di Tempat Kerja Yang Wajib Pekerja Tahu
Tak semua masalah kerja kena lapor. Tapi kalau awak hadapi situasi macam ni, itu tanda dah kena bertindak:
Sebelum awak melangkah masuk ke pejabat buruh atau buat aduan online, pastikan awak dah sediakan:
Tip: Lagi banyak bukti, lagi kuat kes awak. Jangan risau kalau dokumen tak lengkap, pegawai akan bantu.
Okay, ni part paling penting. Jom tengok step mudah yang ramai sebenarnya tak tahu.
1. Lengkapkan Dokumen Berkaitan
Pastikan semua dokumen penting seperti kontrak kerja, surat lantikan, slip gaji, notis penamatan kontrak dan dokumen sokongan lain telah dikumpul dan disediakan terlebih dahulu.
2. Tulis Aduan ke Pejabat Buruh
Menurut Seksyen 70 Akta Kerja, aduan perlu dibuat secara bertulis dan dihantar ke Pejabat Buruh yang terdekat.
3. Saman Dikeluarkan & Tarikh Sebutan Ditentukan
Selepas aduan diterima, pihak Pejabat Buruh akan mengeluarkan saman dan menetapkan tarikh untuk sebutan kes.
4. Sebutan Kes & Rundingan
Jika tiada kata sepakat dicapai semasa sebutan kes, maka kes akan dibawa ke peringkat perbicaraan. Tarikh baru akan ditetapkan.
5. Perbicaraan Bermula
Pada fasa ini, kedua-dua pihak boleh melantik peguam. Namun, jika tiada, pihak terlibat juga boleh mewakili diri sendiri semasa perbicaraan.
6. Penyediaan Hujahan Bertulis
Selepas perbicaraan selesai, pihak Pejabat Buruh akan meminta kedua-dua pihak (atau peguam masing-masing) untuk menyediakan hujahan bertulis.
7. Keputusan Kes Diumumkan
Setelah segala penilaian dibuat, Pejabat Buruh akan menetapkan tarikh untuk pengumuman keputusan rasmi kes tersebut.
Biasanya, selepas aduan dibuat:
So sabar ya. Proses ni bukan serta-merta, tapi mereka akan bantu sampai selesai.
Lepas buat aduan, ni yang boleh berlaku:
Point penting: Jangan takut buat aduan. Undang-undang ada untuk lindungi pekerja.
Jawapan pendek: YA! Awak boleh minta agar aduan awak dirahsiakan. Pegawai akan ambil tindakan secara berhati-hati supaya identiti awak tidak didedahkan melulu. Kalau awak takut dibuang kerja atau diugut, make sure awak nyatakan dalam aduan.
Kalau sekarang awak tengah struggle dengan kerja dan rasa nak cari tempat baru yang lebih baik, jangan bazir masa apply satu-satu. Drop je resume dekat Maukerja, dan biar peluang kerja datang ke awak!
Ingat, kerja bukan sekadar cari gaji. Tapi tempat yang hargai awak sebagai manusia.
1. Kalau saya kerja tanpa kontrak bertulis, boleh ke buat aduan?
Ya, boleh! Selagi ada bukti hubungan majikan-pekerja (mesej, bayaran gaji, dsb.)
2. Saya takut majikan buang saya kalau saya report. Patut ke saya teruskan?
Ya, sebab undang-undang lindungi pekerja yang buat aduan sah. Awak ada hak.
3. Berapa kos untuk buat aduan?
Percuma. Tiada bayaran dikenakan untuk buat aduan di pejabat buruh.
4. Aduan saya lambat diproses, apa perlu saya buat?
Follow up dengan pejabat buruh melalui telefon atau e-mel. Simpan nombor rujukan kes.
5. Saya dah berhenti kerja. Masih boleh buat aduan?
Boleh, selagi kes berlaku dalam tempoh 60 hari selepas berhenti.
Ramai tak sedar, profil kerja kosong boleh kurangkan peluang dapat kerja. Maukerja ada solusi iaitu AI-Generated Work Experience! Klik je “Generate”, dan nanti AI bantu isi job description ikut pengalaman korang. Senang gila! Try sekarang di profile Maukerja!