Maksud Integriti Dalam Pekerjaan: Lebih Dari Sekadar Jujur
# Pengetahuan Pekerja # Others

Maksud Integriti Dalam Pekerjaan: Lebih Dari Sekadar Jujur

post by Ani

by Ani

Jun 4, 2025
pada 10:24 AM

Maksud Integriti Dalam Pekerjaan: Bukan Sekadar Jujur, Tapi…

Dalam dunia pekerjaan yang serba mencabar hari ini, satu nilai yang sering disebut tapi jarang difahami secara mendalam adalah integriti. Ramai yang anggap integriti tu cuma "jujur", tapi realitinya ia jauh lebih luas dan mendalam. Ia adalah asas kepada kepercayaan, profesionalisme, dan reputasi dalam kerjaya.

Kalau awak rasa integriti tu cuma penting untuk bos besar atau pemimpin negara, nope, awak silap. Integriti bermula daripada kita sendiri. Sama ada awak kerja cashier, intern, engineer, cikgu, atau CEO, integriti adalah sesuatu yang tak boleh dinego.

Drop resume

Maksud Integriti Dalam Pekerjaan Sebenarnya & Kenapa Ia Penting?

Integriti dalam pekerjaan bermaksud memegang prinsip jujur, amanah, dan beretika dalam setiap tindakan semasa bekerja walaupun tiada siapa yang sedang memerhati.

Ia tentang buat perkara betul, walaupun benda tu susah. Walaupun kita boleh ambil shortcut. Walaupun orang lain tak kisah.

Contoh paling mudah? Awak tak tiru kerja orang lain. Kau tak ubah-ubah data semata nak bagi nampak cantik depan bos. Awak tak ponteng meeting walaupun bos tak perasan.

Integriti adalah bila kita mampu buat keputusan yang betul, bukan keputusan yang mudah.

Cari kerja kosong ikut kelayakan dan kemahiran awak <

Contoh Integriti Dalam Dunia Pekerjaan Seharian

Nak tahu kalau seseorang tu ada integriti? Tengok cara dia bekerja.

Contoh-contoh integriti yang kita boleh amalkan ialah:

  • Datang kerja ikut masa walaupun bos tak ada.
  • Tak guna harta pejabat untuk urusan peribadi.
  • Jujur dalam laporan dan hasil kerja.
  • Bertanggungjawab bila buat silap, bukan salahkan orang lain.
  • Tak terlibat dalam politik tempat kerja.

Integriti bukan tentang buat baik bila dilihat. Tapi tentang pegang prinsip walaupun tiada siapa yang tahu.

Baca Juga: Ayat Email Untuk Hantar Dokumen Yang Profesional & Berkesan

Kepentingan Integriti Dalam Pekerjaan

Sebab integriti ni adalah foundation kepada trust dan bila tiada kepercayaan, semua akan runtuh.

5 Sebab Kenapa Integriti Penting Dalam Pekerjaan:

Kepentingan Integriti Dalam Pekerjaan

 

Orang yang ada integriti tak payah melobi. Mereka dihormati sebab tindakan, bukan kata-kata.

Ciri-Ciri Pekerja Yang Ada Integriti

Nak tahu awak ni jenis yang ada integriti ke tak? Check list ni sama ada awak ada atau tak:

  • Konsisten buat kerja ikut standard
  • Tak suka tikam belakang
  • Boleh diharap bila diberi tugasan
  • Tak ambil kesempatan walaupun ada peluang
  • Pegang pada janji dan deadline

Kalau awak rasa ada yang masih belum kena, it’s okay. Yang penting, usaha untuk jadi lebih baik hari ke hari.

Cara Nak Kekalkan Integriti Di Tempat Kerja Walaupun Diuji

Kadang-kadang kita diuji. Kena pilih antara "buat benda betul" atau "ikut arus". Susah? Confirm. Tapi bukan mustahil.

Tips utuk kekalkan integriti di tempat kerja:

  • Tetapkan sempadan jelas antara kerja & peribadi
  • Jangan terikut budaya kerja toksik
  • Ada prinsip dan jangan goyah walau tertekan
  • Practice self awareness, selalu semak niat
  • Pilih kawan kerja yang positif

Awak mungkin nampak pelik sebab tak "masuk air" macam orang lain tapi percayalah, jangka panjang nanti, awaklah yang orang akan hormat.

Baca Juga: Cara Buat Aduan Pejabat Buruh: Step Mudah Ramai Tak Tahu!

Faktor Kemerosotan Integriti

Zaman sekarang, tekanan kerja dan budaya toksik memang boleh rosakkan integriti kalau kita tak kuat prinsip.

Antara faktor biasa yang jadi punca integriti merosot:

Faktor Kemerosotan Integriti

Nak jaga integriti? Awak kena tahu punca-punca ni, dan jangan biar ia kawal cara kerja kau.

Kepentingan Integriti Dalam Organisasi

Integriti bukan sekadar tanggungjawab individu tapi DNA penting dalam mana-mana organisasi.

Bila satu organisasi amalkan integriti:

  • Kepercayaan antara team makin kuat
  • Produktiviti meningkat sebab semua buat kerja dengan betul
  • Reputasi syarikat jadi lebih baik di mata klien & masyarakat
  • Kurang isu dalaman seperti sabotaj, tikam belakang, atau salah guna kuasa
  • Talent retention lebih tinggi sebab pekerja rasa dihargai dan selamat

Organisasi yang berintegriti bukan je bertahan lama, tapi lebih senang berkembang.

Apa Jadi Kalau Tak Ada Integriti Dalam Kerja?

Bila integriti hilang, kerja boleh nampak okay luar je tapi dalam, reputasi kita slowly hancur.

Kesan buruk kalau tak ada integriti:

  • Hilang kepercayaan rakan sekerja & majikan
  • Susah nak dapat peluang kenaikan pangkat
  • Boleh dikenakan tindakan disiplin atau dibuang kerja
  • Nama buruk tersebar, susah dapat kerja baru

Dan yang paling menakutkan, awak sendiri hilang respect pada diri sendiri.

Integriti Majikan Pun Sama Penting

Yes, pekerja kena ada integriti tapi jangan lupa, bos pun manusia. Majikan pun perlu tunjuk contoh.

Majikan yang berintegriti:

  • Tak pilih kasih
  • Jujur dan telus dalam keputusan
  • Jaga kebajikan pekerja secara adil
  • Tak gunakan kuasa untuk kepentingan sendiri

Bila bos sendiri jadi contoh, team pun akan rasa semangat dan termotivasi.

Pilih Untuk Jadi Pekerja Yang Dihormati, Bukan Ditakuti

Kita semua ada pilihan. Sama ada nak jadi pekerja yang disukai sebab skill semata, atau dihormati sebab karakter dan integriti. Ingat, dunia kerja boleh berubah. Tapi integriti itu yang akan kekalkan nama kita dalam memori orang.

Dan kalau awak tengah cari kerja yang sesuai dengan nilai dan prinsip diri, jangan risau. Biar AI bantu awak cari kerja yang betul-betul match dengan awak.

Guna AI Job Matcher dari Maukerja sekarang! Senang, cepat, dan yang paling penting…tak payah scroll sampai lebam. Jangan tunggu sampai peluang yang sesuai tu diambil orang lain. Ramai lagi tengah scroll tapi yang guna AI Job Matcher, dah selangkah ke depan.

Job Matcher

Nak Cari Kerja? Jom Guna Tools Kerjaya Ni:


Soalan Lazim (FAQ) Berkaitan Integriti Dalam Pekerjaan

1. Apa beza antara jujur dan integriti?

Jujur adalah sebahagian daripada integriti. Tapi integriti lebih menyeluruh ia melibatkan nilai moral, tanggungjawab, dan etika kerja.

2. Macam mana nak tunjuk integriti masa interview?

Kongsi pengalaman sebenar yang tunjuk kau bertindak secara jujur walaupun sukar. Elakkan cerita yang terlalu "ideal" atau nampak macam lakonan.

3. Kalau tempat kerja toksik, macam mana nak kekalkan integriti?

Pegang pada prinsip sendiri, cari support system, dan kalau perlu consider move on ke tempat yang lebih sihat.

4. Adakah integriti boleh dilatih?

Ya. Integriti boleh dibina melalui pengalaman, kesedaran diri, dan refleksi terhadap tindakan sendiri.

5. Kenapa majikan suka pekerja yang ada integriti?

Sebab mereka boleh dipercayai, tak perlukan pemantauan berterusan, dan membantu membina budaya kerja yang positif.

Penat Cari Kerja Tak Jumpa? Jom, Mohon Di Bawah:

Pekerjaan Terkenal:

Lokasi: