by Ani
"Eh, kalau ambil kejuruteraan awam, nanti kerja apa?" soalan ni dah jadi standard bagi ramai student, mak ayah, dan fresh grad yang tengah fikir hala tuju hidup. Tak pelik pun, sebab kejuruteraan awam ni bunyinya general, tapi skop dia luas gila!
Kalau awak tengah struggle nak faham dunia kerjaya ni, jom kita sembang santai pasal apa sebenarnya yang boleh awak buat lepas grad dalam bidang ni. Sebab jujur cakap, ramai tak tahu yang peluang kerja dalam kejuruteraan awam sebenarnya besar dan boleh bawa gaji lumayan kalau awak tahu jalan dia.
Kejuruteraan awam (civil engineering) ialah satu cabang kejuruteraan yang fokus pada pembinaan, reka bentuk, dan penyelenggaraan struktur seperti bangunan, jambatan, jalan raya, empangan, dan saliran.
Kerja mereka ni senyap-senyap je tapi menyumbang besar dalam pembangunan negara. Bila awak lalu highway yang smooth, lepak dalam bangunan yang kukuh, atau tengok sistem saliran waktu hujan semua tu hasil kerja jurutera awam. Power kan?
Sebelum awak terjun dalam bidang kejuruteraan awam ni, penting untuk tahu subjek dan skills yang akan bantu awak survive:
Kalau awak memang suka kira-kira, enjoy design, dan suka tengok hasil kerja fizikal, bidang ni memang untuk awak.
Baca Juga: Perbezaan Hard Skills dan Soft Skills dalam Resume
Inilah soalan paling hot: lepas belajar kejuruteraan awam, kerja apa yang sesuai?
Orang kuat kat tapak bina. Kena pastikan projek ikut plan, selamat dan ikut bajet. Kerja ni memang hands-on dan sesuai untuk yang suka kerja luar pejabat.
Awak akan design struktur bangunan/jambatan supaya kukuh & tahan lama. Banyak guna software macam STAAD, ETABS, AutoCAD.
Banyak kerja di sektor kerajaan (contoh: JKR). Kerja lebih kepada penyeliaan dan pentadbiran projek.
Walaupun QS ada bidang sendiri, jurutera awam pun boleh ceburi. Fokus pada pengiraan kos dan bajet projek.
Awak akan handle keseluruhan projek dari A to Z. Position ni banyak demand dalam sektor swasta.
Bidang baru yang guna teknologi untuk modelkan bangunan secara 3D. Highly technical, tapi peluang gaji besar.
> Apply kerja BIM Engineer di sini
Awak boleh apply jadi Pegawai J41 atau kerja kontrak dengan agensi kerajaan. Stabil dan banyak benefit.
Ni soalan common juga. Jawapannya bergantung pada apa awak nak:
Kalau awak jenis suka cabaran dan tak kisah kerja lebih masa, swasta boleh jadi pilihan. Tapi kalau awak nak security dan benefit jangka panjang, kerajaan adalah laluan selamat.
Gaji permulaan untuk fresh grad dalam bidang kejuruteraan awam biasanya bermula dari RM2,500 hingga RM3,200. Tapi kalau awak kerja offshore, dalam oil & gas, atau ada pengalaman sikit gaji boleh cecah RM5,000 ke atas.
Gaji juga bergantung pada:
Nak tahu sama ada gaji korang underpaid atau tak? Klik disini untuk check
Nak dapat kerja sekarang ni memang mencabar. Tapi jangan risau, ni antara tips berguna:
Kejuruteraan awam bukan sekadar kerja bina bangunan tetapi ia adalah tulang belakang pembangunan negara. Kalau awak jenis suka cabaran, suka tengok hasil kerja depan mata, dan nak bina kerjaya yang kuku, bidang ni sangat sesuai untuk awak.
Tak kisah awak minat kerja kerajaan, swasta, atau nak jadi project manager besar satu hari nanti, yang penting awak kena mula langkah pertama sekarang. Kalau awak berminat nak kerja sebagai kejuruteraan awam boleh la mohon di sini.
1. Kejuruteraan awam susah tak nak dapat kerja?
Kalau awak ada skill yang relevan dan internship yang bagus, peluang tu ada. Tapi kompetitif, so kena sentiasa up-to-date.
2. Perlu ambil lesen Ir. (Professional Engineer)?
Tak wajib, tapi sangat membantu untuk naik pangkat dan kerja besar.
3. Apa beza civil engineer dengan architect?
Civil engineer lebih kepada struktur dan teknikal. Arkitek lebih pada design & konsep seni bina.
4. Boleh kerja overseas ke dengan degree kejuruteraan awam?
Ya, banyak negara especially Middle East, Australia, Singapore ambil jurutera Malaysia. Tapi pastikan awak ambil cert yang diiktiraf antarabangsa.
5. Lelaki je ke sesuai jadi jurutera awam?
Tak! Ramai je wanita yang berjaya dalam bidang ni. Yang penting minat & usaha, bukan jantina.