Cara Dapatkan Train Delay Slip RapidKL Kalau Awak Lambat Masuk Kerja!
# Pengetahuan Pekerja

Cara Dapatkan Train Delay Slip RapidKL Kalau Awak Lambat Masuk Kerja!

post by Ani

by Ani

Jun 9, 2025
pada 1:52 PM

Cara Dapatkan Train Delay Slip RapidKL Kalau Awak Lambat Masuk Kerja!

Awak pernah tak, tengah semangat keluar awal pagi nak ke tempat kerja… tapi tiba-tiba tren buat hal? Tersangkut dekat platform, announcement tak jelas, dan makin lama makin lewat. Rasa cemas, peluh pun dah keluar sebab dalam kepala cuma fikir satu benda “Macam mana nak explain kat bos ni?”

Kalau awak jenis bergantung sepenuhnya pada MRT, LRT atau Monorail setiap hari, mesti pernah alami situasi macam ni kan? Tapi jangan risau, sekarang ada satu penyelamat yang boleh bantu awak iaitu Train Delay Slip RapidKL!

Ya, slip rasmi yang boleh jadi bukti sah bila tren yang awak naik tu mengalami gangguan atau kelewatan lebih dari 15 minit.

Apa Itu Train Delay Slip RapidKL?

Slip ni adalah dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh RapidKL bila berlaku gangguan perkhidmatan tren. Ia boleh jadi penyelamat bila awak lambat sampai tempat kerja disebabkan tren rosak, signal problem, atau kelewatan teknikal lain yang tak dijangka.

Baru-baru ini, seorang pengguna di X (dulu Twitter) kongsikan gambar slip kelewatan yang beliau terima selepas tren tergendala. Ramai yang tak tahu sebenarnya slip ni boleh diminta dan ia memang sah dijadikan bukti kepada majikan.

Train Delay Slip

Cari kerja paling ngam dengan korang di sini <

Laluan Tren Yang Ada Train Delay Slip

Tapi tak semua laluan ada servis ni ya. Slip kelewatan hanya diberikan untuk laluan berikut:

  • LRT Laluan Ampang / Sri Petaling
  • LRT Laluan Kelana Jaya
  • Laluan KL Monorail
  • MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang

Kalau awak guna salah satu laluan ni dan alami kelewatan lebih daripada 15 minit, awak layak untuk mohon slip kelewatan tersebut.

Baca Juga: Contoh Surat Tunjuk Sebab Lewat Datang Kerja

Cara Dapatkan Train Delay Slip RapidKL

Mudah je sebenarnya! Ikut langkah-langkah ni:

1. Jumpa Kakitangan RapidKL

Lepas tren delay dan awak sampai ke stesen, cari pegawai RapidKL yang bertugas dan maklumkan yang awak perlukan slip kelewatan tren.

2. Sediakan Maklumat Diperlukan

Pegawai akan minta butiran ringkas seperti:

  • Masa tren yang tergendala
  • Stesen mula dan stesen akhir awak
  • Tempoh kelewatan

Pastikan awak ingat info asas tu atau ambil gambar sebagai rujukan.

3. Terima Slip & Simpan Baik-Baik

Lepas pengesahan dibuat, awak akan terima slip kelewatan. Simpan dokumen tu dan boleh bagi terus pada HR, team leader atau bos sebagai bukti rasmi.

Kalau awak nak tulis surat tunjuk sebab lewat datang kerja pun boleh.

Kenapa Slip Kelewatan Ni Penting Sangat Untuk Pekerja?

Sebagai pekerja, kadang-kadang kelewatan macam ni tak dapat dielak. Tapi awak tetap perlu explain kenapa lewat, kan? Daripada sekadar bagi alasan mulut, lebih meyakinkan kalau ada bukti fizikal.

Bukan saja boleh lindungi awak dari disalah faham, malah ia tunjukkan yang awak bertanggungjawab dan profesional. Awak ambil inisiatif untuk maklumkan kelewatan disebabkan faktor luar kawalan dan itu sesuatu yang majikan hargai.

Jadi tak usah la tipu dengan bagi alasan masuk lambat kerja sebab-sebab yang tak sepatutnya yakni tak jujur. Sebaiknya jujur sahaja bagitahu train rosak dan sebagainya.

Tips Bila Dapat Train Delay Slip RapidKL!

Lepas dapat slip, apa patut awak buat?

  • Ambil gambar slip – just in case hilang
  • Hantar gambar tu dekat HR atau bos (guna WhatsApp pun okay!)
  • Simpan dalam fail kerja, untuk rujukan masa depan

Kalau awak kumpul beberapa slip dalam bulan yang sama, itu juga boleh dijadikan bahan untuk buat aduan kepada RapidKL especially kalau gangguan dah jadi terlalu kerap.

Nak Kerja Yang Lebih Dekat & Mudah? Kami Boleh Bantu!

Kalau awak dah penat hadap perjalanan jauh dan nak kerja yang lebih fleksibel serta dekat dengan rumah, inilah masa terbaik untuk explore peluang baru!

Jom cari kerja yang sesuai dengan gaya hidup awak kat Maukerja mudah, cepat dan banyak pilihan. Upload je resume, dan biar kami bantu awak jumpa kerja yang serasi. Klik sekarang dan mula langkah baru dalam kerjaya awak!

Drop resume

Nak Cari Kerja? Jom Guna Tools Kerjaya Ni:


Penat Cari Kerja Tak Jumpa? Jom, Mohon Di Bawah:

Pekerjaan Terkenal:

Lokasi: