by Ani
Kalau korang penjawat awam, atau ada pasangan, mak ayah, atau keluarga yang kerja kerajaan this one’s for you. Gaji naik, siapa tak happy kan? Tapi bukan sekadar naik suka-suka, ada kisah di sebalik pelarasan ni, dan penting untuk kita faham apa yang tengah berlaku.
So, chill, duduk kejap dan baca sampai habis. Kami akan explain semua benda pasal Kenaikan Gaji Penjawat Awam Fasa 2! siap dengan siapa yang layak, bila dapat, dan apa kesannya kat pencen pun kita sentuh sekali.
> Cari kerja paling ngam dengan korang di sini <
Pada 16 Ogos 2024, Perdana Menteri kita, Datuk Seri Anwar Ibrahim, umumkan berita besar iaitu penjawat awam akan terima pelarasan gaji bermula Disember 2024. Bukan setakat satu kali je, tapi dua fasa:
Dan bukan main-main tau, sebab ini adalah antara kenaikan paling besar dalam sejarah perkhidmatan awam negara. Rata-rata yang terlibat akan rasa impak positif. Tapi apa cerita sebalik semua ni?
Nak cari kerja kerajaan? Jom, mohon disini
First thing first, sistem lama iaitu Sistem Saraan Malaysia (SSM) akan diganti dengan sistem baru yang dinamakan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Kenapa tukar? Sebab kerajaan nak upgrade sistem supaya lebih berfokus pada:
SSPA ni bukan sekadar ubah nama je. Sistem baru ni lebih dinamik dan berasaskan prestasi. Kalau korang rajin, cemerlang, dan ada disiplin kerja tinggi, sistem ni sangat menyebelahi korang.
Dan ya, kenaikan gaji pun selari dengan gred, dan bukan lagi ikut fixed 3% macam dulu (rujuk Pekeliling Perkhidmatan 2/2015). Maksudnya, korang akan dapat apa yang korang layak, bukan semua disapu rata.
Baca Juga: Beza SSM dan SSPA: Ini Jawapan Paling Senang Faham!
Masa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-19 (MAPPA 19) kat Putrajaya, PM umumkan kenaikan gaji yang kita tunggu-tunggu ni. Lepas 12 tahun tanpa semakan skim gaji (last semak 2013!), akhirnya kerajaan buka buku baru dengan pelarasan yang betul-betul padu.
Antara yang diumumkan:
Kenaikan gaji penjawat awam fasa 2 akan bermula 1 Januari 2026 dan kadar kenaikan gaji akan ikut kumpulan perkhidmatan:
Bagi korang yang tengah tunggu-tunggu nak kira berapa kenaikan gaji nanti, don’t worry! Korang boleh guna kalkulator rasmi dari JPA yang dah disediakan untuk kira sendiri dengan tepat.
(Psst! Link kalkulator tu boleh dapat terus dari portal rasmi JPA tau.)
Let’s be honest, benda bab kelayakan ni memang wajib tahu. Sebab kita tak nak la syok sendiri mengharap, tapi rupa-rupanya tak layak.
Ini kriteria untuk layak terima kenaikan gaji Fasa 2:
Siapa yang tak layak?
So make sure korang semak status perkhidmatan dan opsyen SSPA masing-masing, okay?
Baca Juga: Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA): Apa Itu SSPA dan Kelebihan SSPA
Okay, ni part yang selalu orang overlook iaitu pesara. Good news, guys! Penyelarasan Pencen Fasa 2 akan dilaksanakan serentak pada 1 Januari 2026, sama dengan kenaikan gaji penjawat awam aktif. Kadar penyelarasan:
Tapi! Korang kena tahu, kenaikan 2% tahunan untuk pesara sejak 2013 tu dah tak ada lagi bermula Januari 2025. Sebab sekarang dah tukar kepada kaedah baru iaitu penyelarasan pencen ikut pelarasan gaji semasa.
So, bila ada kenaikan gaji aktif, baru pencen naik sama. Fair jugak la kan?
Kalau korang pernah rasa macam tak dihargai dengan beban kerja yang makin bertambah tapi gaji statik je, pelarasan kali ni memang satu angin segar. Sistem baru, semangat baru. Dengan Kenaikan Gaji Penjawat Awam Fasa 2! yang bakal berlangsung pada 2026, ramai yang boleh tarik nafas lega. Bukan sekadar untuk bantu kos sara hidup yang makin mencabar, tapi juga sebagai penghargaan kepada usaha penjawat awam seluruh negara.
So guys, pastikan korang ambil tahu status kelayakan dan info terkini supaya tak terlepas rezeki. Kalau korang rasa artikel ni membantu, share lah dengan kawan-kawan yang mungkin tak tahu lagi pasal ni.
Nak kerja yang lebih matching dengan gaji impian dan kerja stabil macam penjawat awam? Drop je resume kat Maukerja nanti kami bantu match-kan dengan peluang kerja terbaik untuk korang. Rezeki tak datang bergolek, tapi kita boleh usaha sama-sama.
1. Bila Kenaikan Gaji Penjawat Awam Fasa 2?
Bermula 1 Januari 2026.
2. Siapa yang layak terima pelarasan gaji ni?
Pegawai yang dilantik sebelum 1 Januari 2026 dan masih berkhidmat pada tarikh tersebut.
3. Kalau saya pencen sebelum 2026, saya dapat tak?
Tidak, hanya yang masih dalam perkhidmatan atau meninggal dalam perkhidmatan layak.
4. Bagaimana dengan pesara? Dapat kenaikan juga ke?
Ya, pesara akan terima penyelarasan pencen berdasarkan kadar kenaikan kumpulan masing-masing.
5. Ada lagi tak kenaikan tahunan 2% untuk pesara?
Tiada lagi mulai 2025, diganti dengan kaedah penyelarasan pencen baru.
Pekerjaan Terkenal:
Lokasi: