by Ani
Maal Hijrah bukan sekadar tarikh cuti umum. Ia sebenarnya lebih daripada itu. Ia satu titik mula, satu peluang untuk kita reset semula hati dan niat, bukan hanya dalam ibadah, tapi juga dalam pekerjaan. Tahun ini, tema Maal Hijrah 2025 / 1447H adalah "Membangun Ummah Madani", dan percayalah, tema ni sangat dekat dengan apa yang kita lalui hari-hari di tempat kerja.
Dalam artikel ni, kita akan sembang pasal maksud sebenar Maal Hijrah, tema tahun ini dan paling penting, macam mana kita boleh hayati semangat hijrah ni dalam kerjaya kita.
Maal Hijrah merujuk kepada peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah. Tapi secara simboliknya, hijrah bermaksud perubahan dari keadaan lama ke sesuatu yang lebih baik.
Artikel Berkaitan: 1 Muharram Cuti Umum Ke Tak? Ramai Pekerja Masih Keliru!
Untuk tahun 2025 / 1447H, tema Maal Hijrah 2025 ialah Membangun Ummah Madani. Ia seolah-olah membawa maksud membina masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi teknologi atau ekonomi, tapi juga kaya dengan nilai murni, saling hormat, amanah, dan berintegriti.
Dan ya, semua tu bermula dari kita sebagai individu termasuk waktu kita bekerja.
Tarikh Maal Hijrah 2025 jatuh pada 27 Jun 2025 (Jumaat) iaitu bersamaan 1 Muharam 1447H. Dan ia merupakan cuti umum untuk seluruh negeri di Malaysia.
Perfect timing untuk muhasabah diri dan rehat sekejap dari tekanan kerja harian.
Untuk yang suka tengok sambutan rasmi atau nak rasa semangat kebersamaan:
Kalau tak dapat pergi, buka je TV1 atau Facebook JAKIM. Dapat juga hayati suasana sambutan.
Kadang kita fikir, "Hijrah tu bab agama je kot, apa kaitan dengan kerja?" Tapi sebenarnya, tempat kerja adalah antara platform paling besar untuk kita buat perubahan diri.
Bayangkan kalau setiap pekerja:
Tak ke itu contoh "ummah madani" yang sebenar?
Kalau korang tengah fikir, "Macam mana nak mula hayati tema ni kat tempat kerja?", nah ni antara idea yang simple tapi meaningful:
Take 5 minit setiap pagi untuk refleksi diri. Tanya diri sendiri, "Hari ni aku kerja sebab apa? Duit je ke, atau nak beri manfaat?"
Tak perlu panjang. 5-10 minit pun cukup. Jadikan ia rutin mingguan boleh rotate siapa nak sampaikan.
Dekorasi ringkas kat meja kerja atau notice board. Bagi aura baru yang positif dan semangat tahun baru Islam.
Letak tabung infak di pantry atau sumbangkan makanan lebih. Kecil je, tapi impak besar.
Buat slot mingguan: siapa-siapa nak share kisah peribadi bagaimana dia berubah jadi versi diri yang lebih baik.
Hijrah bukan tunggu tahun baru je. Kadang perubahan besar bermula dengan benda kecil:
Nilai hijrah tu sebenar-benarnya live dalam cara kita buat kerja.
Nak sambutan yang feel dia lain daripada biasa? Try aktiviti ni:
Majikan yang support aktiviti macam ni biasanya ada workplace culture yang power
Bukan semua orang boleh ubah diri serta-merta. Tapi niat tu langkah pertama. Contoh doa mudah yang boleh amalkan: "Ya Allah, berkatilah rezekiku hari ini, jadikanlah kerjaku satu ibadah, dan bimbinglah aku menjadi hamba Mu yang lebih baik."
Baca doa sebelum mula kerja. Biar kerja bukan sekadar tugas, tapi satu ibadah.
Berikut adalah doa awal tahun yang awak boleh baca:
Berikut adalah doa akhir tahun yang awak boleh baca:
Hijrah bukan perlumbaan. Ia tentang kemahuan untuk jadi lebih baik daripada semalam. Tempat kerja kita bukan sekadar tempat cari makan tapi juga tempat kita bina jati diri. Tahun ni, ambil peluang Maal Hijrah untuk upgrade diri. Kita semua ada potensi jadi insan yang bawa perubahan dalam team, syarikat, malah ummah.
Dan kalau korang rasa stuck kat kerja sekarang, atau nak cari kerja yang lebih sesuai dengan minat dan skill korang jangan risau.
Korang tak perlu susah payah scroll satu-satu job. Guna je AI Job Matcher kat Maukerja. Hanya isi maklumat dan nanti sistem akan padankan kerja yang sesuai dan tinggal mohon terus je nanti. Klik sini sekarang: Cari kerja dengan Job Matcher dari Maukerja.
Let’s hijrah to a better workplace & better version of you.
Maal Hijrah adalah sambutan tahun baru Islam yang menandakan peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah.
Kerana ia mengingatkan kita tentang semangat perubahan ke arah lebih baik bukan hanya dalam agama, tapi juga dalam kehidupan seharian.
Maal Hijrah 2025 jatuh pada 27 Jun 2025 (Jumaat), bersamaan 1 Muharam 1447H.
Secara literal, ia bermaksud "permulaan hijrah" atau langkah untuk berubah ke arah lebih baik, lahiriah dan batiniah.
Sebenarnya, dua-dua merujuk pada tarikh yang sama iaitu 1 Muharam. Tapi "Maal Hijrah" merujuk kepada peristiwa hijrah, manakala "Awal Muharram" merujuk kepada permulaan tahun baru Hijrah.