by Ani
Kalau awak kerja sebagai penjawat awam, pernah tak dengar istilah "Cuti Rehat Khas" atau CRK? Mungkin ada yang tahu, tapi tak semua benar-benar faham hakikat sebenar cuti ni. Lagi sedih, ada yang tak pernah langsung guna cuti ni sepanjang kerja bertahun-tahun.
Padahal, CRK ni sebenarnya adalah salah satu faedah paling best untuk penjawat awam. Tapi sebab tak ramai yang highlight, ia jadi macam “harta karun yang terlindung”. So hari ni, jom kita kupas habis pasal Cuti Rehat Khas dari A sampai Z, supaya awak tak terlepas hak sendiri.
Cuti Rehat Khas adalah cuti tahunan yang diberikan kepada guru-guru dan sesetengah kategori penjawat awam tertentu, sebagai gantian kerana mereka tak layak terima Cuti Rehat biasa (macam staf pentadbiran).
Jumlah CRK ni bukan sama macam cuti rehat biasa tau, tapi tetap ada tempoh tahunan yang boleh dikumpul dan digunakan ikut keperluan.
Nak mohon kerja dalam bidang pendidikan? Klik sini untuk mohon
Biasanya, CRK ni dikhaskan untuk guru-guru yang bekerja di sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan juga beberapa perkhidmatan pendidikan lain.
Tapi! Selain guru, pegawai pendidikan, pensyarah IPG/IPT, dan sesetengah jawatan khas di sektor awam juga ada hak dapat CRK ni. Kena semak surat lantikan dan pekeliling perkhidmatan masing-masing untuk pengesahan.
Okay ni soalan famous iaitu berapa hari cuti sebenar?
Secara umum:
Baca Juga: Deskripsi Tugas Guru
CRK bukan sekadar cuti suka-suka. Ada beberapa kelebihan yang buat cuti ni sangat berharga:
Jadi, jangan sia-siakan cuti ni. Bila betul guna, ia sangat membantu dari segi fizikal, mental, dan kewangan.
Ramai confuse pasal cara nak mohon CRK. Senang je, ikut flow ni:
Tip: Pastikan awak mohaon awal, sebab CRK bukan jenis boleh mohon on-the-spot kecuali ada alasan kukuh.
Kadang-kadang orang confuse antara Cuti Rehat Khas dan Cuti Rehat Biasa.
CRK:
Cuti Rehat Biasa:
Jadi guru atau penjawat awam ni bukannya kerja mudah. Tekanan kerja, beban tugas, expectation masyarakat semua ni boleh makan dalam. Sebab tu CRK bukan saja hak, tapi satu bentuk self care.
Gunakan cuti bukan sebab malas, tapi sebab anda manusia yang perlukan rehat. Bila cukup rehat, baru boleh perform di tempat kerja dengan lebih baik.
Cuti Rehat Khas bukan sekadar angka dalam sistem HR – ia adalah hak, kelebihan dan juga reward kepada penjawat awam. Sama ada nak guna untuk rehat, urusan keluarga, atau simpan untuk bersara, semua bergantung pada strategi dan perancangan masing-masing.
So lepas ni, jangan biarkan CRK korang expired atau burn macam tu je. Rehat bila perlu, simpan bila sesuai, dan kenali hak anda sebagai penjawat awam.
Korang tengah cari kerja yang lebih fleksibel, gaji lebih baik, atau nak lari dari burnout? Tak payah pening cari satu-satu iklan kerja.
Guna je AI Job Matcher di Maukerja. Hanya masukkan maklumat korang dan sistem AI kami akan pada tempat yang padan dengan kemahiran, minat dan kelayakan korang.
Klik sekarang, kerja idaman awak mungkin dah menunggu!
Kebanyakan guru, pensyarah IPG, dan pegawai perkhidmatan pendidikan dalam sektor awam layak. Rujuk pekeliling untuk sahkan.
Boleh dikumpul sehingga maksimum 120 hari dan digunakan/tebus masa bersara.
Boleh, tapi perlu mendapat kelulusan dan ikut syarat-syarat tertentu dari pihak atasan.
Ya, CRK boleh dibawa ke tahun berikutnya jika tidak digunakan. Tapi jumlah simpanan tak boleh lebih dari 120 hari.
Ada. CRK dikhaskan untuk jawatan tertentu (terutama guru) manakala cuti tahunan biasa untuk staf pentadbiran & lain-lain.
Pekerjaan Terkenal:
Lokasi: