by Ani
Awak pernah tak… pagi-pagi, baru nak gerak kerja, tiba-tiba baru teringat pas My50 dah tamat tempoh? Hati dah cuak, fikir kena singgah stesen, beratur panjang, tunggu giliran. Semua tu memang boleh spoil mood seharian.
Tapi sekarang, berita baik untuk semua pengguna setia pengangkutan awam. Awak dah boleh perbaharui pas My50 terus dalam TNG eWallet je! Yes, tak perlu dah susah payah turun stesen. Segalanya boleh buat dari tempat kerja, sambil tunggu makan tengah hari, atau waktu rehat. Jimat masa, jimat tenaga, dan jimat emosi juga.
Kalau awak jenis yang memang rely sepenuhnya pada pas My50 untuk ulang-alik kerja setiap hari, awak kena tahu cara ni. Tenang je, kita guide step by step:
First thing first, buka App Store atau Play Store dan update aplikasi TNG eWallet ke versi paling terkini. Kalau tak update, nanti banyak function tak keluar atau error.
Lepas buka app, scroll bahagian bawah, cari ikon “More”, tekan je situ.
Kat ruangan carian, terus je taip “My50” atau “Travel Pass”. Nanti akan keluar pilihan dan tekan yang berkaitan.
Ada checkbox untuk terma dan syarat. Baca sikit-sikit pun tak apa, janji tahu apa yang awak setuju. Lepas tu, tick box tu dan teruskan.
Kat sini, awak akan nampak maklumat kad awak. Kalau belum link kan, klik “Select an enhanced TNG card” dan sahkan kad tersebut. Kalau awak ada lebih dari satu kad (contohnya kad untuk diri sendiri dan kad pasangan atau anak), boleh add sehingga 15 kad. Banyak kan?
Sekarang, imbas kad NFC dekat telefon dan nanti sistem akan sahkan kad tu secara automatik. Senang je, tak sampai seminit.
Nak pas My50 aktif bila? Awak boleh pilih ikut tarikh yang sesuai. Masukkan tarikh, tick semula terma & syarat, dan tekan Confirm RM50.
Lepas tu, tekan je Pay – dan settle! My50 dah aktif, ready untuk digunakan.
Jujur cakap, kita semua ada rutin yang padat. Bangun awal, bersesak dalam tren, kerja 8-9 jam, balik pun dah penat. Bila semua benda boleh diselesaikan online, rasa lega sangat, kan?
Antara sebab pekerja patut guna cara ni:
Kalau awak guna tren/LRT/MRT untuk ulang-alik kerja, cuba sekarang! My50 memang sangat jimat dan sekarang lagi senang nak urus. Buka je TNG eWallet, ikut langkah tadi, dan settle semua tanpa stres.
Kalau rasa artikel ni bermanfaat, jangan lupa share dengan kawan-kawan satu pejabat. Mana tahu, awak jadi penyelamat hari diorang hari ni.
Kalau awak tengah cari kerja yang dekat dengan public transport atau nak upgrade kerjaya, boleh juga drop resume kat Maukerja, ada banyak peluang yang boleh bantu permudahkan hidup awak, sama macam TNG eWallet ni!
Credit: Vocket