

by Ani
Nampak macam hal kecil. Tapi sebenarnya, susunan fail temuduga adalah first impression yang kita bagi dekat panel HR. Fail yang kemas dan tersusun boleh jadi faktor penentu sama ada awak diingati atau dilupakan.
Bayangkan HR tengah penat interview ramai orang. Masuk turn awak, dia nampak fail teratur, mudah selak, semua dokumen penting tersusun cantik. Itu dah cukup untuk beri gambaran awal yang awak ni seorang yang serius, profesional, dan bersedia.
Benda simple je, tapi impak dia besar.

Kalau selama ni main sumbat je semua dokumen dalam satu fail, sekarang masa untuk upgrade. Ini susunan paling ideal dan mesra HR:
Gunakan helaian A4 dan tulis secara ringkas tapi jelas:
Tujuannya, bila HR pegang fail, dia terus tahu ini fail siapa dan untuk jawatan kerja apa. Jangan biarkan kosong, nanti fail nampak tak siap.
Letak senarai kandungan supaya fail awak nampak tersusun dan mudah dirujuk. Contohnya:
Nak lagi kemas, guna tab divider dengan label. Senang HR nak selak satu-satu tanpa tercari-cari.
Resume adalah ‘highlight’ awak sebagai calon. Pastikan:
Kalau belum pasti resume awak power ke tak, boleh guna ATS Resume Checker dari Maukerja untuk semak sama ada resume awak mesra ATS ataupun tidak.
> Cari kerja paling ngam dengan korang di sini <
Senarai dokumen wajib ada:
Pastikan semua salinan ini disahkan oleh pegawai bertauliah. Salinan yang tak sah akan nampak tak formal dan kurang meyakinkan.
HR suka calon yang aktif dan ada soft skills. Jadi, masukkan:
Ini semua tunjukkan yang awak seorang yang aktif, komited dan boleh bekerjasama.
Kalau ada surat sokongan daripada bekas majikan, pensyarah atau individu berautoriti, inilah masa untuk shining. Masukkan dalam fail. Surat ini beri gambaran luar yang kukuhkan siapa diri awak dari pandangan orang lain.
Fail juga memainkan peranan penting. Gunakan fail jenis bertali atau folder keras. Warna seperti hitam, kelabu atau navy nampak lebih profesional.
Jangan guna fail plastik biasa atau fail lusuh. Benda kecil tapi boleh rosakkan keseluruhan presentation awak.
Kalau awak pernah buat salah satu ni sebelum ni, jangan risau. Sekarang dah tahu cara betul, jadi boleh terus betulkan dan bersedia dengan lebih baik.
Tak semua orang ada berpuluh sijil. Jangan risau. Yang penting, susun apa yang ada dengan baik. Kalau tiada sijil kerja, tapi pernah bantu keluarga berniaga, jadi ketua projek masa belajar, atau pernah jadi sukarelawan...itu semua boleh jadi nilai tambah dalam fail.
Jangan malu dengan apa yang awak ada. Highlight cara awak belajar dari pengalaman tu. Itu yang buat awak unik.
Ramai yang mohon kerja ikut suka atau sebab terdesak. Tapi kalau kerja tu tak sesuai, akhirnya awak akan rasa stuck atau burnout. Gunakan AI Job Matcher dari Maukerja. Sistem ni bantu padankan awak dengan kerja yang betul-betul sesuai ikut:
Masukkan maklumat dan resume, sistem akan cari kerja yang match dengan awak. Mudah dan tepat. Tak perlu lagi main agak-agak.
1. Fail jenis apa yang sesuai untuk temuduga?
Fail bertali atau folder keras yang nampak profesional paling sesuai. Elakkan fail plastik biasa.
2. Perlu ke letak semua sijil dalam fail temuduga?
Tak perlu semua. Letakkan yang relevan dengan jawatan dipohon. Tapi pastikan ada sijil akademik utama dan dokumen penting.
3. Perlu ke dokumen disahkan?
Ya, salinan seperti IC dan sijil perlu ada cop pegawai pengesah untuk kelihatan sah dan formal.
4. Saya tiada pengalaman kerja, fail saya kosong ke?
Tak. Masukkan pengalaman tidak formal seperti projek semasa belajar, aktiviti sukarelawan, atau pengalaman bantu perniagaan keluarga.
5. Perlu ke bawa dokumen asal semasa temuduga?
Ya. Dokumen asal perlu untuk verification, walaupun salinan dah disediakan dalam fail.