

by Ani
31 Ogos tarikh yang kita sambut setiap tahun dengan penuh semangat patriotik. Tapi bagi sesetengah orang, Hari Merdeka bukan sekadar cuti untuk tengok perarakan atau rehat di rumah. Ada yang tetap perlu bekerja seperti biasa. Persoalannya, kalau kerja waktu cuti umum Merdeka ni, gaji double ke? Atau sama je macam hari biasa?
Kalau awak pernah tertanya soalan ni dan tak berani nak tanya HR, artikel ni memang untuk awak. Jom kita bongkar betul-betul hak pekerja ikut Akta Kerja 1955 supaya awak tahu.
Yes, Hari Merdeka adalah salah satu daripada cuti umum wajib di Malaysia yang diperuntukkan bawah Akta Kerja 1955. Semua pekerja berhak untuk menikmati cuti ini sama ada secara cuti rehat atau dibayar jika bekerja.
Senarai cuti umum wajib termasuk:
So kalau awak kerja masa Hari Merdeka memang ada hak untuk tuntut lebih dari gaji biasa.
Baca Juga: Cuti Umum, Tahunan dan Lain-Lain di Bawah Akta Kerja 1955
Ni dia topik utama yang paling ramai nak tahu. Jawapan ringkas dia YA, tapi ada syarat. Kalau awak seorang pekerja yang dilindungi bawah Akta Kerja 1955 dan awak bekerja pada hari cuti umum, awak layak untuk:
Dibayar dua kali ganda (2x) gaji harian untuk tempoh waktu kerja biasa.
Contoh:
Dan kalau kerja lebih masa, tunggu dulu ada tambahan lagi tau!
Kalau dah kerja hari cuti umum tapi lepas tu kena sambung OT pula good news, bayaran lagi tinggi ye!
Bayaran OT pada cuti umum = 3x kadar gaji sejam biasa
Contoh:
Kalau awak kerja 4 jam lebih masa, awak patut dapat: 4 x RM28.83 = RM115.32
So total untuk kerja 12 jam pada Merdeka:
Baca Juga: Cara Kira OT, Ini Cara Senang Untuk Pekerja Faham Dan Kira
Jawapannya: YA, kalau awak bekerja mengikut jadual majikan dan dibayar gaji mengikut jam/hari, awak tetap layak untuk bayaran cuti umum. Asalkan ada bukti awak dijadualkan untuk kerja pada Hari Merdeka, majikan tetap perlu bayar gaji ikut kadar cuti umum.
Tak kira:
Semua ada hak yang sama bawah Akta Kerja.
Kalau kerja awak tak kritikal contoh bukan perkhidmatan perlu macam polis/hospital, sebenarnya awak boleh pilih untuk ambil cuti dan tak kerja pun.
Tapi kalau majikan dah aturkan awak bekerja, pastikan:
Kalau rasa dipaksa kerja tanpa bayaran khas? Boleh buat aduan terus ke Jabatan Tenaga Kerja (JTK).
Kadang-kadang, gaji tak masuk ikut kadar. Tapi jangan terus give up. Guna tips ni:
Kalau lepas tu takde tindakan, boleh terus rujuk JTK. Jangan biarkan hak awak dipijak.
Tak semua majikan ikut undang-undang. Tapi awak boleh ambil tindakan:
Info lanjut: https://jtksm.mohr.gov.my/
Katakan:
Kalau kerja 8 jam:
Kalau kerja OT 2 jam:
Total = RM275 untuk 10 jam kerja sehari pada Merdeka
Ramai pekerja di Malaysia masih tak tahu hak mereka terutamanya bila bekerja pada hari cuti umum macam Hari Merdeka. Jangan rasa serba salah nak tuntut apa yang patut awak kerja keras, awak berhak dapat bayaran setimpal.
Daripada susah-susah apply kerja satu-satu, jimatkan masa dan usaha dengan Drop Resume kat Maukerja dan nanti sistem akan matchkan dengan kerja yang sesuai, awak tinggal tunggu call interview je! Klik Sini Untuk Drop Resume Sekarang. Jangan lepaskan peluang untuk kerja yang lebih terjamin, gaji ikut undang-undang dan hak terjaga.
1. Adakah semua pekerja wajib dibayar double kalau kerja Hari Merdeka?
Kalau awak bekerja di bawah majikan swasta dan dilindungi Akta Kerja 1955, ya awak wajib dapat gaji 2x untuk hari tersebut.
2. Kalau saya part-time, masih boleh dapat bayaran khas ke?
Ya. Asalkan awak dijadualkan untuk kerja pada hari tersebut, awak berhak dapat bayaran khas.
3. Boleh tak saya tolak untuk kerja masa cuti umum?
Kalau bukan kerja kritikal, boleh. Tapi bergantung pada kontrak dan persetujuan awal.
4. Macam mana kalau majikan tak bayar ikut kadar public holiday?
Boleh buat aduan ke Jabatan Tenaga Kerja dan bawa bukti kukuh seperti jadual kerja dan slip gaji.
5. Kadar OT pada cuti umum sama macam hari biasa ke?
Tak. OT masa cuti umum dibayar 3x gaji sejam biasa lebih tinggi dari OT hari biasa.
Pekerjaan Terkenal:
Lokasi: