

by Ani
Dunia kerja zaman sekarang tak macam dulu. Kalau dulu kita kena jalan satu-satu kedai, bawa resume, dan tanya "ada kerja kosong tak?", sekarang semuanya boleh dibuat online dengan satu klik je. Tapi... kalau awak baru je nak mula, memang boleh rasa lost dan tak tahu nak start dari mana.
Kalau awak tengah baca ni, besar kemungkinan awak tengah cari panduan lengkap macam mana nak mohon kerja secara online. Don’t worry, blog ni memang ditulis khas untuk bantu first timer macam awak! Kita akan jalan sama-sama dari A sampai Z.
Sebelum terus tekan "Apply", ada beberapa benda penting yang kena siap dulu:
Resume ni ibarat tiket masuk dunia kerja. Pastikan maklumat diri, pengalaman (kalau ada), pendidikan, dan kemahiran semua tersusun kemas. Kalau tak sure format, boleh try guna Resume Builder di Maukerja.
Tak semua kerja minta, tapi kalau syarikat ada minta, jangan skip. Cover letter bantu HR nampak minat & kesungguhan awak. Kalau tak s
Elakkan guna email pelik-pelik macam princessgurlz94@email.com. Gunakan nama sebenar untuk nampak lebih matang & serius.
Contohnya: Maukerja. Register awal-awal supaya senang nak apply nanti.
Sekarang kita masuk ke part yang paling penting: macam mana nak apply kerja online satu persatu?
Masuk ke laman web kerja pilihan awak. Contoh: www.maukerja.my. Buat akaun & lengkapkan profil.
Masukkan maklumat lengkap termasuk pengalaman, pendidikan, dan skills. Bila profil lengkap, lebih tinggi peluang untuk dipanggil interview.
Guna filter ikut lokasi, jenis pekerjaan, industri, atau gaji. Jangan lupa baca deskripsi kerja betul-betul!
Bila dah yakin, klik "Apply" dan pastikan resume yang dihantar adalah versi terkini.
Kadang-kadang kita nak compare. Jadi save dulu, nanti baru decide nak apply yang mana.
Ramai yang tak sedar, tapi benda-benda ni boleh jadi punca permohonan kerja ditolak:
Tips: Sebelum tekan "Apply", baca balik semua maklumat. Bayangkan diri awak sebagai HR. Adakah awak akan pilih diri sendiri?
Biasanya, syarikat akan ambil masa 1 - 2 minggu untuk hubungi calon. Tapi ada juga yang ambil masa lebih lama.
Kalau lepas 2 minggu tak ada khabar, boleh mula fikir untuk:
Subjek: Susulan Permohonan Jawatan [Nama Jawatan] di [Nama Syarikat]
Tuan/Puan,
Saya ingin membuat susulan berkenaan permohonan saya bagi jawatan [Nama Jawatan] yang telah dihantar pada [Tarikh].
Saya amat berminat untuk menyertai syarikat Tuan/Puan dan berharap mendapat maklum balas tidak lama lagi.
Sekian, terima kasih.
[Nama Penuh]
Bila follow up, pastikan nada awak sopan & ringkas. Elakkan nampak terdesak ya!
| Kategori | Mohon Online | Walk-In Interview |
|---|---|---|
| Masa | Fleksibel | Terhad (ikut waktu) |
| Proses | Mudah & cepat | Perlu standby CV, penampilan |
| Peluang | Boleh apply banyak sekaligus | Fokus satu tempat |
| Sesuai Untuk | Semua jenis kerja | Retail, hotel, kilang |
Kesimpulan? Kalau awak jenis pemalu dan tak suka face-to-face awal-awal, better mulakan dengan online. Bila dah biasa, boleh try walk-in untuk pengalaman.
Maukerja faham perasaan tu. Sebab tu kami ada Drop Resume Tool. Awak cuma perlu drop resume sekali je, sistem akan carikan kerja yang sesuai untuk awak secara automatik. Tak perlu apply satu-satu pun!
Klik sini untuk Drop Resume sekarang. Lagi cepat, lagi senang!
Boleh! Ramai kerja sekarang memang terbuka untuk fresh grad. Cuma pastikan resume kemas & highlight kemahiran lain macam soft skills.
Paling selamat: PDF. Format ni takkan lari bila HR buka dokumen.
Kalau job post ada minta, better buat. Tapi kalau tak, ikut suka. Tapi cover letter tetap bantu tingkatkan peluang.
Tak ada limit, tapi cuba target 5 - 10 jawatan sehari. Yang penting, pastikan semua relevan dengan kelayakan awak.
Review balik resume, update info, dan mungkin dapatkan feedback dari kawan atau gunakan resume checker.