

by Ani
Pernah tak awak rasa tempat kerja tu macam "perangkap" senyap? Luaran nampak okay, tapi ada je benda-benda kecil yang boleh undang risiko besar. Lagi-lagi kalau kerja dekat kilang, tapak pembinaan, atau kerja fizikal yang aktif.
Realitinya, ramai antara kita ambil ringan bab keselamatan sebab fikir "Ala, biasa lah tu…" tapi bila dah jadi kemalangan, baru semua ternganga. Artikel ni bukan nak takutkan awak, tapi nak bagi pencerahan yang real supaya kita sama-sama lebih alert dan jaga diri.
Jom kita tengok 10 cara elak risiko & bahaya di tempat kerja yang ramai orang selalu terlepas pandang.

SOP tu bukan sekadar kertas tampal dinding. Itu panduan hidup kita masa kerja. SOP (Standard Operating Procedure) ni lah yang bantu elak benda-benda tak diingini dari berlaku. Jangan main hafal je, fahamkan betul-betul setiap langkah dan tanya kalau ada tak jelas.
Helmet, sarung tangan, goggles, ear plug semua tu bukan sekadar pelengkap uniform. Itu pelindung utama awak. Jangan culas pakai, walaupun rasa rimas. Ingat, PPE (Personal Protective Equipment) ni boleh selamatkan nyawa awak dan dapat hindari hazard di tempat kerja.
Kadang bila dah biasa buat kerja, kita mula shortcut sana sini. Tapi shortcut ni lah yang selalu bawa padah. Buat kerja ikut prosedur walaupun ambil masa lebih. Lambat sikit takpe, janji selamat.
Tempat kerja yang berselerak boleh undang macam-macam risiko macam jatuh, tergelincir, terlanggar barang berat. Ambil inisiatif kemas workstation lepas guna. Sikit-sikit lama-lama kawasan kerja pun selamat.
Awak nampak kabel terjulur tengah laluan, nampak mesin berbunyi pelik, atau nampak rakan sekerja tak pakai PPE, jangan diam! Laporkan terus kepada supervisor. Kita semua bertanggungjawab untuk jaga satu sama lain.
Penat bekerja kadang buat kita tak fokus. Bila otak dah letih, silap kecil boleh jadi tragedi besar. Pastikan dapat rehat cukup, jangan paksa diri. Kalau rasa tak larat, speak up.
Setiap tempat kerja ada risiko berbeza. Ada tempat banyak bahan kimia, ada tempat guna jentera berat. Sentiasa alert dengan apa yang berlaku sekeliling awak. Jangan main telefon masa kerja ya!
Baca Juga: Cara Claim SOCSO Dan Jenis-Jenis Tuntutan PERKESO
Latihan kebakaran, latihan penggunaan alat pemadam api, latihan kecemasan, semua ni bukan main-main. Ambil serius setiap latihan, sebab masa kecemasan sebenar nanti, itulah yang akan selamatkan kita.
Kalau mesin rosak atau alat tak berfungsi, jangan sesekali cuba baiki sendiri kecuali awak memang ada kelayakan. Laporkan je cepat-cepat. Salah tekan satu butang pun boleh undang bahaya besar.
Yes, ini part yang selalu orang lupa. Bila kita stress, burnout, atau emosi tak stabil, kita jadi lebih cuai. Lagi-lagi burnout. Jadi penting juga untuk awak tahu tanda-tanda burnout. Keselamatan bukan fizikal je, tapi mental pun penting. Cari bantuan kalau perlu, bercakap dengan HR atau supervisor.
Sebenarnya, menjaga keselamatan ni tanggungjawab semua pihak bukan majikan je, bukan safety officer je. Awak, saya, dan semua rakan sekerja kena saling ingat-mengingatkan. Lagi satu, kalau awak rasa tempat kerja tak sediakan langkah keselamatan yang sepatutnya, awak ada hak untuk bersuara.
Kalau sekarang awak tengah cari kerja, pastikan syarikat tu ambil serius soal keselamatan. Tak berbaloi kerja gaji sedap tapi nyawa terancam. Nak mudah cari kerja yang sesuai dan selamat? Gunakan je fungsi Drop Resume Maukerja!
Tak payah susah-susah apply satu-satu kerja. Awak just drop resume dan tunggu majikan call untuk sesi seterusnya. Cepat, selamat dan lagi berbaloi!
Klik sini untuk Drop Resume sekarang
Keselamatan di tempat kerja merujuk kepada langkah-langkah dan SOP yang ditetapkan untuk melindungi pekerja daripada sebarang risiko atau bahaya semasa bekerja.
PPE (Personal Protective Equipment) lindungi awak dari kecederaan serius, bahan kimia berbahaya, dan kemalangan semasa kerja.
Semua orang – dari majikan, supervisor, sampai lah ke pekerja sendiri. Keselamatan adalah tanggungjawab bersama.
Jangan diam! Laporkan segera kepada penyelia atau pihak yang bertanggungjawab. Lagi cepat dilapor, lagi cepat boleh dicegah.
Tengok dari SOP mereka, latihan yang disediakan, PPE lengkap, dan cara mereka respon bila ada aduan keselamatan.
Pekerjaan Terkenal:
Lokasi: