

by Ani
Bayangkan awak dah sampai awal pagi kat bangunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), baju siap gosok, fail temuduga lengkap dalam tangan, tapi... jantung berdegup laju. Bila giliran awak masuk bilik temuduga, soalan pertama yang keluar dari mulut panel:
“Baiklah, sila perkenalkan diri awak.”
Masa ni lah ramai calon freeze.
Jadi macam mana nak jawab dengan yakin, tanpa nampak kaku dan terlalu ‘skema’? Dalam artikel ni, kita akan kupas cara kenalkan diri semasa temuduga kerajaan khas untuk jawatan bawah SPA, JPA, PDRM, KKM dan lain-lain. Siap dengan contoh jawapan, struktur ayat, dan tips elak nampak awkward.
Kalau awak rasa ini soalan ‘icebreaker’ biasa, sebenarnya tak. Soalan ni penemuduga guna untuk:
Jawapan awak akan bagi ‘first impression’ yang sangat besar kesannya.
Nak Cari Kerja Kosong? Jom, Tengok Senarai Kerja Kosong Dekat Sini
Berikut contoh format yang boleh dijadikan rujukan semasa jawab soalan ni:
"Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama saya Nur Aina binti Zainal, berasal dari Ipoh, Perak. Saya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik dari Universiti Malaya. Minat saya dalam bidang pentadbiran awam bermula sejak saya menyertai program Parlimen Belia. Saya aktif dalam aktiviti kampus dan pernah menjadi Exco Perhubungan Luar. Saya berminat dengan jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik ini kerana saya percaya ia bertepatan dengan latar belakang akademik dan minat saya dalam membantu pembangunan dasar negara."
Nak nampak yakin dan tersusun masa bercakap? Guna struktur ni:
Struktur ni bantu awak kekal tenang dan fokus semasa bercakap.
Ramai calon tak sedar mereka ulang kesalahan ni:
Temuduga swasta mungkin lebih santai, tapi temuduga kerajaan perlukan:
Nak buat panel ingat awak? Cuba selit ayat macam ni:
Nak masuk bilik temuduga, make sure awak dah:
Bila awak masuk temuduga, yang panel nak tengok bukan siapa paling pandai, tapi siapa paling bersedia, jujur dan yakin. So next time bila disoal "Sila perkenalkan diri awak," awak dah tak gelabah. Sebaliknya, awak dah ready dengan jawapan padu yang mencerminkan potensi dan kesungguhan awak nak kerja kerajaan.
Dan kalau awak tengah struggle apply satu-satu kerja secara manual, jujurnya memang penat kan? Lagi senang, awak boleh terus drop resume kat Maukerja. Satu klik je, lepas tu biar team kami bantu padankan kerja yang sesuai dengan awak: Drop Resume Sekarang
Tak perlu stress fikir nak apply satu-satu. Biar kami tolong. Awak fokus je untuk prepare temuduga nanti, okay?
Fokus pada nama, asal, latar belakang pendidikan, pengalaman relevan, minat, dan kenapa mohon jawatan tersebut.
Biasanya guna Bahasa Melayu, tapi ada sesetengah jawatan atau panel akan uji dalam BI juga. Jadi bersedia untuk kedua-duanya.
1-2 minit dah cukup. Jangan terlalu panjang. Pastikan isi padat dan jelas.
Elak guna bahasa pasar, terlalu merendah diri atau terlalu over confident. Jangan cerita benda tak relevan.
Berlatih sebanyak mungkin, tarik nafas sebelum bercakap dan fokus pada mesej yang nak disampaikan, bukan pada rasa gugup tu.
Pekerjaan Terkenal:
Lokasi: