

by Ani
Kalau awak tengah baca ni, besar kemungkinan awak tengah risau pasal interview yang makin dekat. Dan soalan pertama yang confirm akan keluar ialah "Tell me about yourself." Kedengarannya senang, tapi ramai yang tergagap, panik, dan blank terus bila disoal.
Sebenarnya, ni bukan sekadar soalan perkenalan. Ini peluang untuk "jual diri" dalam masa kurang 2 minit. Tapi macam mana nak buat tanpa bunyi macam hafalan skrip atau terlebih cerita sampai interviewer pun pening?
Let’s go deep sikit dan kita bongkar cara paling best, santai tapi penuh impak untuk jawab soalan ni.
Okay first things first, majikan di Malaysia yang tengah cari pekerja tanya soalan ni bukan sebab dia nak tahu semua sejarah hidup awak dari tadika sampai sekarang. Tapi dia nak tengok:
So bila majikan tanya soalan ni, dia sebenarnya nak tengok sama ada awak ni boleh bawa diri dengan confident ke tak.
Nak cari kerja? Jom, tengok peluang kerja dekat sini dan tinggal apply je
Jujur je, ramai yang terus:
Realitinya, awak tak perlu bagi jawapan power macam TED Talk pun. Yang penting, struktur dan mesej tu jelas.
Guna formula PPP ni:
Cerita ringkas latar belakang awak contohnya belajar kat mana, kerja kat mana sebelum ni.
Apa awak tengah buat sekarang contohnya kerja/graduate/menganggur & apa yang awak tengah fokus.
Kenapa awak apply kerja ni & apa awak nak capai.
Contoh Ringkas:
"Saya merupakan graduan Komunikasi Massa dari UiTM. Lepas grad, saya kerja sebagai content creator selama 2 tahun. Sekarang saya tengah explore peluang yang lebih mencabar & sesuai dengan minat saya dalam digital marketing, sebab tu saya sangat berminat dengan posisi ni."
"Saya baru tamat pengajian dalam bidang Kejuruteraan Elektrik di UTeM. Sepanjang belajar, saya aktif dalam projek kelab robotik dan internship saya di TNB bantu saya faham dunia kerja sebenar. Saya sekarang sedang mencari peluang untuk kembangkan pengetahuan saya dalam bidang teknikal sambil menyumbang kepada syarikat yang proaktif macam ni."
Tips:
Baca Juga: "Saya fresh graduate takde pengalaman kerja, nak isi apa dalam resume?'' Tips Ini Akan Bantu Anda!
"Saya ada pengalaman selama 4 tahun dalam bidang customer service, bermula di syarikat e-dagang tempatan dan kini di syarikat telekomunikasi. Saya suka berinteraksi dengan pelanggan dan membantu mereka selesaikan isu. Sekarang saya mencari cabaran baru dalam industri yang lebih dinamik seperti syarikat Tuan/Puan ini."
Tips:
Majikan biasanya akan tanya:
So make sure jawapan awal awak "set the tone" untuk sambungan soalan-soalan ni.
Apa yang paling penting masa jawab soalan ni? Jadi diri sendiri. Confident datang dari preparation, bukan bakat semulajadi. Lagi banyak awak praktis, lagi mudah awak boleh jawab tanpa gugup.
Kalau awak betul-betul nak majikan nampak potensi awak, pastikan bukan setakat jawab soalan ni je yang padu tapi awak juga kena apply kerja yang betul. Tapi nak apply satu-satu memang makan masa dan kadang-kadang kita pun missed peluang. Nak shortcut dia?
Daripada apply satu-satu, apa kata awak drop je resume di Maukerja? Mudah gila:
Tak perlu risau kena cari kerja siang malam let employers find YOU. Jangan tunggu lama, drop je sekarang!
Tak semestinya, tapi kalau interview dengan syarikat antarabangsa, ada kemungkinan besar. Practice dua-dua versi.
Tak semestinya. Tapi preparation boleh bantu kurangkan nervous & bagi impression positif.
Tak perlu. Cerita yang relevan je dengan posisi yang awak mohon.
Boleh sangat! Itu salah satu cara tunjukkan kemahiran & minat dalam bidang yang awak apply.
Soalan pertama nak tengok cara awak perkenalkan diri, yang kedua lebih kepada kronologi kerjaya.