

by Ani
Kalau awak tengah baca ni, mungkin awak tengah rasa penat. Letih. Atau mungkin awak baru lepas menangis diam-diam dalam toilet office sebab dah tak tahan dengan semua benda. Jangan risau, awak bukan seorang. Ramai antara kita yang struggle nak handle stress, tapi tak tahu pun nak mula dari mana.
Dalam dunia sekarang yang serba laju dan penuh tekanan, stress bukan lagi perkara luar biasa. Tapi cara kita handle stress tu yang menentukan sama ada kita akan okay atau makin teruk.
Dalam artikel ni, kita akan sembang pasal punca sebenar stres, cara handle stress yang berkesan tapi ramai tak tahu dan kenapa penting sangat untuk jaga kesihatan mental especially bila kerja makin mencabar.
First things first: Kenapa kita rasa stres sebenarnya? Antara punca stres paling biasa dekat Malaysia:
Kalau awak rasa satu atau semua benda kat atas ni tengah jadi dalam hidup awak sekarang... deep breath, okay? Awak tak keseorangan.
Baca Juga: Jenis Stress Dan Cara Tangani Stress Di Tempat Kerja
Kadang-kadang kita rasa “okay je” tapi sebenarnya badan dan emosi kita dah lama bagi signal.
Antara simptom stres yang selalu kita abaikan:
Benda-benda ni nampak remeh, tapi kalau dibiarkan boleh jadi burnout. Jadi penting untuk awak tahu tanda-tanda dan tangani burnout.
Okay, sekarang kita masuk part penting. Macam mana nak handle stress dengan cara yang berkesan?
Tulis semua benda yang serabut dalam kepala atas kertas. Serius, ini macam "buang sampah" dalam otak. Bila awak nampak semua tu hitam putih, otak jadi lebih clear.
Kadang-kadang kita terlalu panik sampai lupa... nak bernafas. Cuba teknik 4-7-8: tarik nafas 4 saat, tahan 7 saat, hembus 8 saat. Ulang 3-4 kali.
Lagi banyak kita banding hidup kita dengan orang lain kat Instagram, lagi cepat stres datang. Cuba puasa media sosial sehari dua. Otak awak akan rasa lebih ringan.
Pergi jalan sorang-sorang, dengar lagu, buat journaling, atau duduk diam 10 minit tanpa gangguan. Otak kita perlukan "me-time" untuk recharge.
Lepas workout 10-15 minit je pun badan akan keluarkan hormon "happy" macam endorphin. Tak perlu gym mahal, buka YouTube dan follow je workout ringan.
Tempat kerja memang antara punca stres utama. Tapi ada cara nak handle:
Kadang kita perlukan bantuan teknologi sikit. Ni antara apps yang boleh bantu:
Kalau:
...please, jangan tangguh lagi. Dapatkan bantuan dari:
Kesihatan mental bukan benda main-main. Tak salah pun nak minta tolong.
Stress memang tak dapat dielakkan. Tapi kita boleh kawal cara kita hadap dan uruskannya. Kalau kerja sekarang buat awak rasa lost, drained dan tak dihargai... mungkin dah sampai masa awak cari peluang baru yang lebih sesuai dengan jiwa dan tahap kesihatan awak. Jangan tunggu sampai burnout baru nak berubah.
Nak kerja yang lebih tenang dan fulfilling? Drop je resume awak kat sini. Lepas tu biar sistem yang carikan kerja sesuai untuk awak. Senang kan? Tak payah apply satu-satu lagi.
Ya, stres adalah respon badan yang normal. Tapi kalau berpanjangan dan tak terkawal, ia boleh jejaskan kesihatan mental dan fizikal.
Ikut tahap stres masing-masing. Kadang 5 minit break pun cukup. Tapi kalau dah burnout, cuti beberapa hari mungkin diperlukan.
Ya, boleh. Tapi kalau stres terlalu berat atau berlarutan, sebaiknya jumpa kaunselor atau therapist.
Coklat gelap, teh hijau, kekacang, buah-buahan, dan makanan tinggi omega-3 macam ikan salmon.
Ada! Klinik Kesihatan (KKM), Pusat Kaunseling Universiti, dan NGO macam Befrienders atau MIASA sediakan perkhidmatan kaunseling yang affordable.
Pekerjaan Terkenal: