Macam Mana Nak Tulis Resume Yang Boleh Tarik Majikan? Baca Tips Ni
# Pengetahuan Pekerja

Macam Mana Nak Tulis Resume Yang Boleh Tarik Majikan? Baca Tips Ni

post by Ani

by Ani

Aug 6, 2025
pada 2:46 PM

Macam Mana Nak Tulis Resume Yang Boleh Tarik Majikan? Baca Tips Ni

Dalam dunia kerja sekarang ni, nak dapat kerja bukan semudah dulu. Bukan sebab awak tak cukup hebat, tapi kadang-kadang resume kita tak berjaya tarik perhatian majikan. Sayang kan? Dah penat cari kerja, tapi satu pun tak sangkut. Mungkin... resume awak perlukan sentuhan baru.

Kalau awak tengah baca artikel ni, maknanya awak dah buat langkah yang betul. Jom kita bongkar cara sebenar nak tulis resume yang boleh buat HR pause dan baca!


Apa Itu Resume Dan Kenapa Penting Untuk Dapat Kerja?

Resume bukan sekadar kertas maklumat peribadi. Ia adalah "tiket pertama" awak untuk masuk ke dunia pekerjaan. Resume yang baik boleh jadi faktor penentu sama ada awak dipanggil temuduga... atau terus kena skip.

Majikan di Malaysia biasanya hanya ambil masa 6 ke 10 saat je untuk tengok resume. Kalau dalam masa tu tak menarik perhatian? Maaf cakap, resume tu mungkin terus masuk folder recycle bin.

ATS Resume Checker


Format Resume Terbaik Di Malaysia Tahun 2025

Bukan semua format sesuai untuk semua industri. Tapi secara asasnya, resume yang kemas, ringkas & padat adalah yang paling selamat.

Struktur cadangan:

  • Maklumat peribadi ringkas (elak letak IC penuh)
  • Ringkasan diri (career objective)
  • Pendidikan
  • Pengalaman kerja / Latihan industri
  • Kemahiran (soft & technical)
  • Pencapaian (kalau ada)

Pilih design yang minimal dan senang dibaca. Guna warna neutral. Kalau nak guna template Canva pun boleh, tapi pastikan info senang HR baca.

Baca Juga: Contoh Resume Terbaik! HR Confirm Tertarik Tengok Ni!


7 Perkara Yang Wajib Ada Dalam Resume Untuk Tarik Perhatian Majikan

  1. Objective yang jelas & kena dengan kerja yang dipohon
  2. Highlight pengalaman yang relevan
  3. Skill yang related dengan jawatan tu
  4. Result atau pencapaian kuantitatif (contoh: naikkan jualan 20%)
  5. Susunan kemas & tidak berserabut
  6. Tiada typo atau grammar error
  7. Guna kata kunci (keyword) daripada iklan kerja

Contoh Ayat Power Untuk Objective Resume

Elakkan ayat generik macam:

"Saya ingin mendapatkan pekerjaan yang mencabar..."

Cuba ayat macam ni:

"Graduan Kejuruteraan Mekanikal yang berpengalaman dalam projek reka bentuk automasi, mencari peluang untuk menyumbang dalam industri pembuatan pintar di syarikat inovatif."

Simple, jelas, terus kena pada industri yang dipohon.


Cara Tulis Pengalaman Kerja Walaupun Tiada Pengalaman

Kalau awak fresh grad atau lepasan SPM, jangan risau. Highlight pengalaman lain seperti:

  • Projek semasa belajar
  • Latihan industri
  • Sukarelawan
  • Kerja part time
  • Skill yang dipelajari sendiri (contoh: Canva, Excel, Shopee Live)

Gunakan format STAR:

  • Situation: Apa masalah?
  • Task: Apa peranan awak?
  • Action: Apa tindakan?
  • Result: Apa hasilnya?

Baca Juga: Contoh Resume Lepasan SPM Tanpa Pengalaman [Format Terkini]


Skill Yang Majikan Di Malaysia Paling Cari Dalam Resume 2025

Berdasarkan trend semasa, berikut skill yang sangat dicari:

Untuk bidang pentadbiran / HR:

  • Microsoft Office
  • Communication skill
  • Problem solving

Untuk bidang teknologi / digital:

  • Data analysis
  • Digital marketing
  • Python / SQL / HTML

Untuk bidang retail / customer service:

  • Customer handling
  • Cashiering
  • Sales pitching

Masukkan skill ni dalam bentuk bullet points, senang dibaca & scan.


Kesalahan Resume Yang Buat Majikan Terus Skip!

  • Resume lebih 3 muka surat (melainkan awak ada pengalaman >10 tahun)
  • Letak gambar selfie atau filter
  • Email tak profesional (contoh: sayangmanja95@gmail.com)
  • Ayat terlalu umum & tiada bukti
  • Format tak seragam (font lain-lain, spacing serabut)

Kalau ada salah satu ni dalam resume awak, it's time to refresh.


Resume Kena Guna Bahasa Melayu Atau English? Ini Jawapannya!

Kalau kerja kerajaan, guna Bahasa Melayu. Kalau syarikat swasta / antarabangsa, English adalah pilihan utama.

Tapi awak boleh juga buat dua versi resume:

  • BM: Untuk jawatan kerajaan / GLC
  • BI: Untuk syarikat swasta / startup

Yang penting, jangan campur dua bahasa dalam satu resume.


Resume ATS Friendly: Penting Ke Di Malaysia?

ATS (Applicant Tracking System) ni sistem yang digunakan oleh syarikat besar untuk tapis resume secara automatik. 

Tips buat resume ATS friendly:

  • Elak gambar / grafik berlebihan
  • Guna font standard (Arial, Calibri)
  • Simpan dalam format PDF
  • Gunakan keyword dari iklan kerja (contoh: "customer service", "sales", "admin")

Bukan semua syarikat guna ATS, tapi kalau apply kat company besar macam Shopee, Grab, GLC...resume ATS friendly memang bantu sangat. Nak senang baik awak check dulu resume awak guna ATS Resume Checker dari Maukerja.

ATS Resume Checker


Kesimpulan

Resume bukan sekadar dokumen tetapi ia adalah refleksi siapa diri awak secara profesional. Bila awak luangkan masa untuk buat resume yang menarik, awak bukan sekadar "nak kerja", tapi tunjuk yang awak bersungguh nak bina kerjaya.

Ingat, resume yang menarik bukan resume yang penuh warna-warni, tapi resume yang cerita dengan jelas siapa awak & apa yang awak boleh sumbang.

So...Jangan tunggu lama-lama. Dah tahu tips semua ni, sekarang masa untuk bertindak! Klik sini & Drop Resume di Maukerja Sekarang!

Drop resume


Soalan Lazim (FAQs)

1. Berapa panjang resume yang ideal?

Resume yang ideal biasanya 1 hingga 2 muka surat sahaja, bergantung kepada pengalaman. Elakkan resume terlalu panjang kerana HR tak akan baca semua.

2. Perlu ke letak gambar dalam resume?

Tak wajib. Tapi kalau nak letak, guna gambar formal (bukan selfie atau gambar bercuti). Gambar membantu untuk kerja yang perlukan imej profesional macam PR atau customer-facing roles.

3. Resume perlu disimpan dalam format apa?

Gunakan PDF format. Ia kekalkan susunan & format asal bila HR buka.

4. Boleh ke guna resume template dari Canva?

Boleh sangat! Tapi pastikan pilih template yang simple, clean & mudah dibaca. Elakkan design terlalu fancy atau banyak warna.

5. Perlu ke hantar resume dalam dua bahasa?

Kalau apply banyak jenis kerja (kerajaan & swasta), ya – sediakan dua versi resume dalam Bahasa Melayu dan English.


Nak Cari Kerja? Jom Guna Tools Kerjaya Ni: