

by Ani
Bayangkan, awak datang kerja macam biasa, tengah siapkan tugas, tiba-tiba HR panggil dan hulurkan satu surat. Bila buka… “Warning Letter”. Masa tu rasa nak gugur jantung. Macam-macam soalan mula berlegar, “Aku buat salah besar ke? Nanti kena buang kerja ke?”.
Hakikatnya, warning letter ni bukan sekadar kertas tapi satu dokumen rasmi yang boleh menentukan masa depan kerja awak. Tapi jangan panik. Kalau awak tahu hak dan langkah yang betul, situasi ni boleh dihandle dengan lebih tenang dan profesional.
Dalam artikel ni, kita akan kupas:
Baca Juga: Dapat Warning Letter? Ini Punca dan Contoh Warning Letter
Dalam konteks kerja di Malaysia, warning letter adalah dokumen rasmi yang majikan keluarkan bila pekerja langgar peraturan atau buat kesalahan tertentu. Ia boleh berkait dengan:
Mengikut Akta Kerja 1955, majikan tak boleh terus pecat pekerja tanpa prosedur betul. Warning letter ni salah satu langkah tatatertib yang jadi bukti sebelum tindakan lebih serius diambil.
Kalau kita tengok kes di Malaysia, antara punca popular pekerja terima surat amaran termasuk:
Kadang-kadang, puncanya nampak kecil tapi bila berulang, ia jadi alasan sah majikan keluarkan surat amaran.
Nak cari kerja baru? Jom, drop resume je di sini dan tunggu majikan contact awak untuk ke next step!
Ramai pekerja tak sedar, awak ada hak untuk tahu sebab jelas kenapa dapat surat tu. Hak awak termasuk:
Biasanya di Malaysia, prosesnya macam ni:
Walaupun begitu, tidak semua majikan ikut format tiga peringkat ni. Ada yang terus ke amaran kedua atau terus buat tindakan lebih berat jika kesalahan besar (contoh: pecah amanah).
Surat tunjuk sebab biasanya datang sebelum warning letter atau sebagai lampiran. Cara jawab:
Baca Juga: 10 Contoh Surat Tunjuk Sebab, Boss Confirm Terima!
“Saya mengesahkan telah menerima surat amaran bertarikh 12 Ogos 2025 berkenaan ketidakhadiran saya pada 10 Ogos 2025. Untuk makluman, saya tidak dapat hadir kerana kecemasan keluarga dan telah menghantar mesej kepada penyelia pada pagi tersebut. Bersama ini dilampirkan bukti mesej WhatsApp dan surat pengesahan hospital.”
Akta Kerja menetapkan majikan perlu jalankan siasatan dalaman sebelum kenakan tindakan disiplin serius. Kalau awak rasa proses tu tak adil:
Kalau tak respon:
Dapat warning letter memang buat jantung laju tapi bukan penamat kerjaya awak. Yang penting, faham hak awak, respon secara profesional, dan gunakan saluran betul untuk pertahankan diri.
Kalau awak rasa kerja sekarang dah tak sesuai atau majikan terlalu menekan, mungkin masa untuk cari peluang baru. Daripada penat apply satu-satu, awak boleh drop resume sekali je dan biar majikan yang cari awak. Senang kan?
Klik sini & Drop Resume di Maukerja sekarang! Lepas tu tunggu je call interview masuk.
1. Adakah majikan boleh buang saya tanpa beri warning letter?
Tidak, kecuali kesalahan besar seperti pecah amanah atau jenayah di tempat kerja.
2. Berapa kali amaran sebelum dibuang kerja?
Biasanya tiga kali, tapi bergantung polisi syarikat & kesalahan.
3. Kalau saya tak setuju dengan warning letter, apa patut buat?
Boleh hantar jawapan bertulis & buat aduan ke JTK.
4. Adakah warning letter akan kekal dalam rekod kerja saya?
Ya, biasanya direkod dalam fail HR dan boleh beri kesan pada penilaian prestasi.
5. Kalau saya berhenti kerja, warning letter masih relevan?
Tidak memberi kesan pada kerja baru, tapi majikan baru mungkin rujuk HR lama untuk rekod disiplin.
Pekerjaan Terkenal:
Lokasi: