Career Break Bagus Atau Tidak? Ini Panduan Untuk Pekerja Yang Nak Pause Kerjaya
# Pengetahuan Pekerja

Career Break Bagus Atau Tidak? Ini Panduan Untuk Pekerja Yang Nak Pause Kerjaya

post by Ani

by Ani

Aug 20, 2025
pada 9:57 AM

Career Break Bagus Atau Tidak? Ini Panduan Untuk Pekerja Yang Nak Pause Kerjaya

Pernah tak awak rasa penat sangat dengan kerja sampai terfikir nak “pause” sekejap dari dunia kerjaya? Itulah yang orang panggil career break. Dalam dunia kerja sekarang, especially lepas pandemik, makin ramai pekerja di Malaysia yang mula berani ambil career break sama ada untuk jaga kesihatan mental, luangkan masa dengan keluarga, sambung belajar atau kejar passion sendiri.

Tapi soalan besar yang selalu timbul, Career break ni bagus ke tak sebenarnya? Adakah ia langkah bijak atau nanti menyesal bila susah nak dapat kerja balik? Dalam artikel ni, kita akan kupas habis-habisan pasal career break, termasuk kelebihan, risiko, dan panduan lengkap untuk pekerja Malaysia yang nak buat keputusan.


Career Break Itu Apa? Maksud & Contoh Untuk Pekerja Malaysia

Career break bermaksud tempoh seseorang berhenti seketika daripada kerjaya profesional mereka untuk fokus pada perkara lain. Ia bukan berhenti kerja terus tanpa arah, tapi lebih kepada rehat sementara. Contoh situasi:

  • Seorang pekerja ambil cuti panjang tanpa gaji untuk jaga anak kecil.
  • Fresh grad sambung master selepas 2 tahun bekerja.
  • Seorang dah ada tanda burnout atau yang tengah burnout nak rehat beberapa bulan sebelum cari kerja baru.
  • Ada yang travel untuk dapat pengalaman hidup baru.

Di Malaysia, career break masih dianggap sesuatu yang “rare”, tapi trend ni semakin diterima terutama dalam kalangan generasi muda.

Baca Juga: Bila Masa Sesuai Untuk Lompat Kerja? Ini Petanda Dah Sampai Masanya!


Kenapa Ramai Pekerja Ambil Career Break Sekarang?

Ada beberapa sebab utama kenapa pekerja memilih career break:

  1. Burnout & Kesihatan Mental – Ramai pekerja muda rasa tekanan kerja terlalu berat, sampai perlukan rehat untuk jaga kesejahteraan diri.
  2. Keluarga & Tanggungjawab Peribadi – Contohnya nak jaga ibu bapa yang sakit atau fokus pada anak kecil.
  3. Upgrade Skill / Sambung Belajar – Career break jadi peluang untuk ambil kursus baru, tingkatkan kemahiran, atau sambung degree/master.
  4. Cari Arah Hidup Baru – Kadang-kadang orang perlukan masa untuk fikir balik sama ada kerja sekarang betul-betul sesuai dengan minat.
  5. Travel & Pengalaman Hidup – Ada yang nak “reset” minda dengan pengalaman travel panjang sebelum kembali ke dunia kerja.

Kelebihan Career Break: Dari Rehat Mental Sampai Peluang Baru

Walaupun ramai takut career break boleh ganggu kerjaya, hakikatnya ada juga banyak kelebihan:

  • Jaga Kesihatan Mental & Fizikal – Rehat daripada stress boleh buat kita lebih produktif bila kembali kerja.
  • Masa Dengan Keluarga – Banyak pekerja rasa puas hati bila dapat habiskan masa dengan anak atau ibu bapa.
  • Belajar Kemahiran Baru – Career break boleh jadi masa terbaik untuk upgrade diri dengan skill digital, bahasa baru, atau soft skills.
  • Refleksi Diri & Kerjaya – Dapat masa untuk fikir hala tuju kerjaya yang lebih sesuai.
  • Networking Luar Kerja – Jumpa orang baru melalui travel, kursus atau projek peribadi.

Nak cari kerja baru? Jom, apply je mana-mana jawatan dekat sini


Risiko & Kekurangan Career Break Yang Pekerja Perlu Fikirkan

Tak semua manis. Career break juga ada risiko yang awak kena consider:

  1. Resume Gap – HR biasanya akan tanya kenapa ada ‘kosong’ dalam timeline kerja.
  2. Kewangan – Tanpa gaji tetap, awak kena ada simpanan yang cukup untuk survive.
  3. Susah Cari Kerja Baru – Sesetengah industri lebih pilih calon yang konsisten kerja tanpa break.
  4. Rasa Ketinggalan – Industri bergerak laju, bila berehat lama mungkin awak rasa kurang update.

Baca Juga: Patut Ke Tukar Kerja Untuk Gaji Lebih Tinggi Walaupun Baru Setahun? Baca Info Ni


Cara Bijak Rancang Career Break Supaya Tak Ganggu Kerjaya

Kalau awak serius nak ambil career break, jangan main hentam je. Ini beberapa tips penting:

  • Simpan Duit Cukup – At least 6 bulan simpanan untuk tampung kos hidup.
  • Bincang Dengan Majikan – Kalau boleh, minta unpaid leave atau arrangement khas.
  • Plan Aktiviti – Jangan biar career break kosong, guna masa untuk belajar atau projek baru.
  • Update Skill – Ambil kursus online supaya bila nak kerja balik, skill masih relevan.
  • Jaga Network – Jangan putus hubungan dengan circle kerja, LinkedIn atau networking event tetap join.

Career Break Sesuai Ke Untuk Awak? Panduan Buat Keputusan

Sebelum buat keputusan besar, cuba tanya diri sendiri:

  • Adakah saya ambil career break sebab betul-betul perlu atau sekadar ikut trend?
  • Adakah saya ada simpanan cukup untuk tempoh rehat ni?
  • Apa yang saya nak capai sepanjang career break? (Rehat, belajar, jaga keluarga?)
  • Adakah industri kerja saya fleksibel menerima gap kerja?

Kalau jawapan kepada soalan-soalan ni jelas, mungkin career break memang sesuai untuk awak.


Macam Mana Nak ‘Comeback’ Kerja Lepas Career Break?

Lepas career break, cabaran utama adalah nak dapatkan kerja balik. Beberapa cara yang boleh bantu:

  1. Jujur Dalam Resume & Interview – Terangkan career break awak dengan positif (contoh: upgrade skill, jaga keluarga).
  2. Highlight Skill Baru – Kalau belajar atau buat projek masa break, letakkan dalam resume.
  3. Networking – Gunakan contact lama untuk dapat peluang kerja baru.
  4. Kerja Freelance / Part-Time – Sebelum masuk full-time, boleh mula dengan kerja fleksibel.

Career Break vs Resign: Apa Bezanya & Mana Lebih Baik?

  • Career Break → rehat sementara, masih ada peluang sambung kerja (kalau majikan benarkan unpaid leave).
  • Resign → putus terus dengan syarikat, tiada jaminan boleh kembali.

Untuk pekerja Malaysia, career break lebih fleksibel kalau syarikat support. Tapi kalau tak ada pilihan, resign mungkin jadi jalan terakhir.


Adakah Career Break Bagus Untuk Pekerja Di Malaysia?

Jawapannya: bergantung pada situasi awak sendiri. Kalau ada simpanan cukup, tujuan jelas, dan awak ada plan selepas career break, ia boleh jadi langkah bijak. Tapi kalau ambil tanpa persediaan, risiko kewangan dan kerjaya memang tinggi.


Highlight Penting Tentang Career Break

  • Career break = rehat sementara dari kerjaya.
  • Kelebihan: rehat mental, masa dengan keluarga, upgrade skill.
  • Risiko: resume gap, kewangan terjejas, susah dapat kerja baru.
  • Cara selamat: ada simpanan, plan aktiviti, jaga network.
  • Sesuai kalau ada tujuan jelas & backup plan.

Kesimpulan

Career break bukanlah pilihan yang salah. Malah, untuk sesetengah pekerja, inilah jalan terbaik untuk recharge dan cari hala tuju baru. Tapi kuncinya ialah perancangan bijak. Jangan ambil career break hanya sebab penat sehari dua, pastikan awak ada matlamat dan persediaan.

Dan bila awak dah ready nak kembali ke dunia kerja, jangan bazir masa apply satu-satu kerja manual. Gunakan je tool Drop Resume Maukerja...resume awak akan dihantar kepada majikan yang sesuai dengan profil kerja awak. Lagi cepat, lagi mudah, dan peluang dapat kerja pun lebih tinggi.

Klik sini untuk mula: Drop Resume Maukerja

1. Berapa lama career break yang sesuai untuk pekerja di Malaysia?
Biasanya 3 – 12 bulan. Bergantung pada tujuan dan simpanan kewangan awak.

2. Adakah majikan akan terima alasan career break masa interview?
Ya, asalkan awak explain dengan positif (contoh: upgrade skill, jaga keluarga, rehat mental).

3. Perlu ke masukkan career break dalam resume?
Ya, tulis dengan jelas. Highlight apa yang awak capai sepanjang career break.

4. Adakah career break akan jejaskan peluang kenaikan pangkat?
Kemungkinan ada, tapi kalau awak kembali dengan skill baru, ia boleh jadi kelebihan.

5. Career break ni sama ke dengan cuti tanpa gaji (unpaid leave)?
Tidak semestinya. Unpaid leave biasanya dapat approval majikan. Career break pula boleh jadi resign sementara atau cuti panjang ikut syarat syarikat.


Penat Cari Kerja Tak Jumpa? Jom, Mohon Di Bawah:

Pekerjaan Terkenal: