

by Ani
Bayangkan ni, awak dah masuk bilik interview, HR senyum dan tanya soalan paling legendary “Boleh awak perkenalkan diri?”. Nampak simple kan, tapi inilah soalan yang ramai calon gagal tackle. Sama ada jawab terlalu panjang sampai HR hilang fokus, atau terlalu pendek sampai nampak tak bersedia. Padahal, inilah peluang emas untuk bagi first impression yang HR akan ingat sampai bila-bila.
So, dalam artikel ni kita akan kupas cara jawab “Perkenalkan diri awak” dengan penuh yakin, siap dengan contoh jawapan untuk fresh graduate dan yang ada pengalaman kerja. Bukan tu je, kita juga akan bincang kesilapan yang ramai buat, tips bonus, dan cara nak bagi jawapan awak betul-betul stand out.
Ramai sangka soalan ni sekadar nak tahu nama, umur, dan alamat. Tapi sebenarnya, HR tanya ni sebab mereka nak:
Dekat Malaysia, HR biasanya suka calon yang boleh simpulkan diri mereka secara ringkas, jelas, dan relevan dengan kerja. Bukan sekadar cerita biodata macam dalam IC.
Baca Juga: Why Do You Want This Job? Panduan Lengkap Lulus Interview Tanpa Nervous
Berdasarkan feedback HR dekat Malaysia, antara kesalahan paling common adalah:
Kalau nak jawapan awak teratur, cuba ikut formula mudah ni:
Dengan struktur ni, HR akan nampak awak bukan saja pandai bercakap, tapi juga tahu positioning diri.
Nak cari kerja baru? Jom, apply je mana-mana jawatan dekat sini
Ramai fresh grad rasa insecure sebab tak ada pengalaman kerja. Tapi sebenarnya, awak boleh fokus pada soft skills dan pengalaman internship/part-time.
Contoh:
“Saya Aina, fresh graduate dari UiTM dalam bidang Business Management. Semasa belajar, saya aktif dalam persatuan pelajar dan pernah handle projek event kampus dengan 300 peserta. Internship saya di sebuah syarikat retail banyak ajar saya tentang customer service dan teamwork. Saya percaya pengalaman ni boleh bantu saya perform dalam jawatan Customer Service Executive di syarikat ini.”
Baca Juga: Cara Susun Resume Supaya Lepas ATS, Tips HR Tak Pernah Bagitahu
Kalau dah ada pengalaman, fokuskan pada track record dan pencapaian.
Contoh:
“Saya Khairul, berpengalaman 5 tahun dalam bidang digital marketing. Di syarikat sebelum ni, saya berjaya tingkatkan engagement media sosial sebanyak 200% dalam masa 6 bulan. Saya juga biasa uruskan campaign berbayar untuk klien besar. Saya yakin kemahiran ni boleh bantu syarikat ni capai growth target dalam online marketing.”
Selain isi jawapan, cara awak sampaikan pun penting. Beberapa tips yang boleh buat HR terus impressed:
Soalan “Perkenalkan diri awak” mungkin nampak simple, tapi sebenarnya inilah peluang besar untuk tonjolkan diri. Kalau awak boleh jawab dengan tersusun, relevan, dan penuh keyakinan, confirm HR akan ingat awak berbanding calon lain.
Dan kalau awak tengah cari kerja sekarang, jangan buang masa apply satu-satu job manual. Lagi senang awak terus drop resume dekat Maukerja. Nanti sistem akan matchkan awak dengan kerja yang sesuai tanpa perlu pening.
Klik sini untuk mula: Drop Resume di Maukerja. Percayalah, kadang satu klik ni boleh jadi turning point untuk kerjaya awak.
1. Perlu ke perkenalkan diri dengan nama penuh masa interview?
Tak wajib, cukup guna nama panggilan profesional. Contoh: “Saya Nur Aina”.
2. Kalau nervous sampai blank, macam mana nak jawab?
Tarik nafas dalam-dalam, senyum, dan ikut struktur jawapan yang dah awak practice.
3. Boleh ke sebut hobi masa jawab perkenalkan diri?
Boleh, tapi hanya kalau relevan dengan kerja. Contoh: suka photography → apply kerja content creator.
4. Berapa lama patut ambil masa untuk jawab soalan ni?
Idealnya 1-2 minit. Cukup untuk bagi highlight tanpa drag panjang.
5. Apa beza cara jawab fresh graduate dengan experienced worker?
Fresh grad fokus pada skills & internship, manakala yang berpengalaman highlight pencapaian kerja & projek besar.
Pekerjaan Terkenal:
Lokasi: