

by Ani
Cuti tanpa gaji nampak macam penyelamat bila ada masalah peribadi atau nak ambil masa rehat panjang. Tapi, ramai pekerja tak sedar ia boleh beri kesan besar macam gaji hilang, caruman KWSP & SOCSO terhenti, bonus tahunan dipotong, sampai ada yang struggle nak dapat loan bank. Sebelum buat keputusan, pastikan awak faham betul-betul risiko ni supaya tak menyesal kemudian hari.
Kalau ikut istilah mudah, cuti tanpa gaji (unpaid leave) adalah tempoh cuti yang pekerja ambil tanpa bayaran daripada majikan. Ia bukan hak automatik macam cuti tahunan atau cuti sakit, tapi lebih kepada budi bicara majikan.
Dalam konteks Malaysia, cuti tanpa gaji sering dipohon bila:
Nampak simple, tapi implikasinya besar sebab setiap hari yang awak tak dibayar, ada banyak kesan sampingan pada kewangan & kerjaya.
Ramai pekerja confuse, ingat semua orang ada hak automatik cuti tanpa gaji. Hakikatnya, tak semua.
Majikan boleh tolak permohonan cuti tanpa gaji kalau dirasakan tak sesuai dengan operasi syarikat. Jadi sebelum mohon, semak dulu HR policy syarikat.
> Nak Cari Kerja? Meh, mohon & cari kerja yang bersesuai dengan korang disini <
Bila nama pun cuti tanpa gaji, logiknya memang tiada bayaran akan masuk. Tapi kesan dia bukan setakat gaji semata-mata:
Awak mungkin rasa, “tak apa la, saya dah bajet simpanan.” Tapi bila sampai hujung bulan, banyak pekerja terkejut sebab elaun lain pun hilang.
Jawapannya: Ya. Sebab caruman KWSP & SOCSO berdasarkan gaji yang dibayar. Bila cuti tanpa gaji, gaji = RM0 → caruman juga = RM0.
Untuk pekerja swasta, ini antara risiko paling besar sebab simpanan hari tua & perlindungan sosial terus kosong.
Ini point yang ramai pekerja terlepas pandang. Bila awak ambil cuti tanpa gaji, ada syarikat yang:
Contoh: Kalau ambil cuti tanpa gaji sebulan, mungkin bonus akhir tahun akan kurang 1/12 daripada sepatutnya.
Cuti tanpa gaji yang lama boleh beri kesan domino:
So, kalau nak ambil cuti panjang, pastikan awak dah buat plan kewangan yang solid.
Cuti tanpa gaji tak salah, malah kadang-kadang memang perlu. Tapi ada situasi yang lebih sesuai, contohnya:
Kalau sekadar nak travel lama, fikir masak-masak dulu. Adakah berbaloi risiko kewangan berbanding pengalaman tu?
Kalau rasa cuti tanpa gaji terlalu berat kesannya, awak boleh pertimbangkan alternatif ni:
Alternatif ni boleh kurangkan risiko hilang pendapatan sambil tetap selesaikan urusan awak.
Ya, boleh. Majikan ada kuasa penuh untuk luluskan atau tolak berdasarkan:
Sebab tu penting buat surat rasmi & bincang baik-baik dengan HR supaya peluang lulus lebih tinggi.
Sebelum awak buat keputusan, cuba check list ni:
Cuti tanpa gaji nampak macam solusi cepat, tapi kesannya boleh jadi panjang. Dari gaji, KWSP, SOCSO, sampai career gap – semua ni boleh menjejaskan masa depan kerja & kewangan awak.
Kalau awak rasa stuck dengan kerja sekarang dan cuti bukanlah jawapannya, mungkin dah tiba masa cari kerja yang lebih sesuai dengan skill & minat.
Cuba je AI Job Matcher Maukerja – Klik sini untuk cuba percuma. Dalam beberapa minit, awak boleh tahu senarai kerja yang betul-betul matching dengan pengalaman & kemahiran. Senang, cepat & tak perlu stress.
1. Adakah cuti tanpa gaji wajib diberi oleh majikan di Malaysia?
Tidak, ia bergantung pada budi bicara majikan & polisi syarikat.
2. Kalau saya ambil cuti tanpa gaji, bonus saya automatik hilang ke?
Tak semestinya hilang, tapi biasanya bonus akan dikira semula ikut jumlah hari bekerja.
3. Berapa lama maksimum cuti tanpa gaji boleh ambil?
Tiada tempoh standard, ikut kelulusan majikan & kontrak kerja.
4. Kalau cuti tanpa gaji sebulan, caruman KWSP saya macam mana?
Bulan tu tak ada gaji, jadi tiada caruman masuk.
5. Adakah cuti tanpa gaji boleh jadi alasan majikan untuk tamatkan kontrak saya?
Boleh, jika majikan rasa awak gagal penuhi tanggungjawab kerja atau cuti terlalu lama tanpa justifikasi kukuh.
Pekerjaan Terkenal:
Lokasi: