Adakah Majikan Wajib Carum PERKESO? Ramai Pekerja Tak Tahu Jawapan Ni!
# Pengetahuan Pekerja

Adakah Majikan Wajib Carum PERKESO? Ramai Pekerja Tak Tahu Jawapan Ni!

post by Ani

by Ani

Sep 14, 2025
pada 9:21 AM

Adakah Majikan Wajib Carum PERKESO? Ramai Pekerja Tak Tahu Jawapan Ni!

Bila sebut tentang PERKESO, ramai pekerja di Malaysia cuma tahu ia satu potongan kecil dalam slip gaji setiap bulan. Tapi persoalan yang selalu timbul, adakah majikan benar-benar wajib mencarum untuk pekerja? Ramai yang masih keliru, malah ada yang langsung tak tahu hak mereka dalam hal ini.

Sebenarnya, caruman PERKESO bukan sekadar kewajipan undang-undang, tetapi juga perlindungan penting untuk pekerja dan keluarga jika berlaku perkara yang tidak dijangka seperti kemalangan, hilang upaya atau kematian. Dalam artikel ini, kita akan rungkaikan dengan jelas siapa yang wajib dicarum, berapa kadar caruman PERKESO tahun 2025, serta apa tindakan yang boleh diambil sekiranya majikan culas dalam mencarum.


Ringkas Padat Mengenai Artikel Ini

  • Ya, majikan wajib carum PERKESO untuk pekerja bergaji di Malaysia mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
  • Caruman meliputi pekerja tetap, kontrak, part time, termasuk pekerja asing dengan syarat tertentu.
  • Pekerja boleh semak caruman PERKESO online melalui portal ASSIST atau aplikasi PERKESO.
  • Faedah perlindungan termasuk rawatan perubatan, pencen ilat, faedah pengurusan mayat & bantuan untuk tanggungan.

 


Apa Itu PERKESO dan Kenapa Ia Penting Untuk Pekerja?

Kalau awak kerja makan gaji, mesti pernah dengar pasal PERKESO atau nama glamornya, SOCSO. Tapi jujur, ramai yang tahu nama je, tak tahu fungsi sebenar.

Sebenarnya, PERKESO ni ibarat ‘payung keselamatan’ untuk pekerja. Bila berlaku perkara tak dijangka contohnya macam kemalangan kerja, hilang upaya atau kematian, caruman inilah yang jadi penyelamat. Ia bukan sekadar potongan kecil dalam slip gaji tapi satu bentuk jaminan masa depan kalau sesuatu yang buruk berlaku.

Artikel Berkaitan: Apa Itu PERKESO dan Fungsinya? Ini Jawapan Senang Faham


Adakah Majikan Wajib Carum PERKESO Untuk Semua Pekerja?

Jawapannya: Ya, wajib! Menurut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Malaysia), setiap majikan mesti mencarum PERKESO untuk pekerja mereka. Tak kisah pekerja tetap, pekerja kontrak, atau part time, selagi mereka bekerja di bawah majikan, caruman kena dibuat.

Majikan yang tak patuh boleh dikenakan hukuman berat. Jadi kalau awak pekerja, awak berhak tahu dan semak sama ada caruman PERKESO awak aktif atau tidak.


Siapa Yang Layak Dicarum Dalam PERKESO?

Ramai pekerja keliru, sebab tak semua kategori kena carum. Ini ringkasnya:

Wajib Carum PERKESO

Tidak Layak Carum PERKESO

  • Freelancer (boleh pilih skim sukarela)
  • Usahawan / bekerja sendiri
  • Pekerja yang sudah berumur lebih 60 tahun (pengecualian tertentu)

Artikel Berkaitan: Jadual Caruman PERKESO 2025 untuk Majikan di Malaysia


Berapa Potongan Gaji Untuk Caruman PERKESO 2025?

Soalan ni memang ramai cari kat Google. Tahun 2025, kadar caruman masih ikut Jadual Caruman PERKESO:

  • Pekerja bayar: 0.5% daripada gaji bulanan
  • Majikan bayar: 1.75% daripada gaji bulanan

Contoh mudah:
Kalau gaji awak RM2,000

  • Majikan carum RM35
  • Awak carum RM10

= Total RM45 sebulan untuk perlindungan PERKESO.


Apa Jadi Kalau Majikan Tak Carum PERKESO?

Inilah part penting yang ramai pekerja tak tahu. Kalau majikan culas tak buat caruman, kesannya besar:

  1. Majikan boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara maksimum 2 tahun.
  2. Pekerja terjejas sebab hilang perlindungan. Kalau berlaku kemalangan kerja, pekerja mungkin tak dapat faedah PERKESO.
  3. Rekod buruk majikan yang akhirnya jejaskan reputasi syarikat.

Jadi kalau awak rasa caruman tak dibuat, jangan diam. Ada cara nak semak online.


Cara Semak Caruman PERKESO Secara Online

Cara semak caruman PERKESO secara online mudah sahaja:

1. Pergi ke laman web rasmi PERKESO di http://esemak.perkeso.gov.my/ atau www.perkeso.gov.my, kemudian klik pada ikon e-Semak.

2. Untuk semak status pendaftaran atau caruman:

  • Pilih menu Majikan dan masukkan Nama Majikan atau Nombor Kod Majikan,
  • Atau pilih menu Pekerja dan masukkan Nombor Kad Pengenalan tanpa tanda sempang (–).

3. Status pendaftaran dan caruman akan dipaparkan untuk semakan.

Selain itu, caruman juga boleh disemak melalui slip gaji yang biasanya dipaparkan nombor PERKESO, atau dengan menghubungi hotline PERKESO di 1-300-22-8000 untuk bantuan lanjut.

Tips: Rajin-rajin semak setiap beberapa bulan. Kadang ada majikan potong gaji tapi tak carum.


Apa Faedah Yang Pekerja Dapat Daripada PERKESO?

Bila dah tahu majikan wajib carum, mesti awak tertanya, “Apa sebenarnya saya dapat?”

Antara faedah utama:

  • Faedah Perubatan → rawatan & hospitalisasi ditanggung.
  • Faedah Hilang Upaya → bayaran bulanan kalau hilang upaya kekal.
  • Pencen Ilat → bayaran seumur hidup jika hilang upaya total.
  • Faedah Orang Tanggungan → bantuan bulanan untuk keluarga jika pekerja meninggal.
  • Faedah Pengurusan Mayat → kos pengurusan jenazah ditanggung.

Dengan kata lain, PERKESO bukan sekadar potongan kecil, tapi perlindungan besar untuk awak & keluarga.


Kesimpulan: Hak Awak Sebagai Pekerja, Jangan Pandang Remeh!

Sekarang awak dah tahu jawapannya iaitu YA, majikan wajib carum PERKESO. Caruman ni bukan sekadar formaliti tapi perlindungan yang boleh selamatkan kewangan awak bila berlaku perkara tak dijangka. Jangan ambil ringan. Semak caruman awak, faham hak pekerja, dan pastikan majikan jalankan tanggungjawab mereka.

Dan kalau awak tengah cari kerja lebih secure, jangan buang masa apply satu-satu. Drop je resume kat Maukerja dan biar sistem match kan awak dengan kerja sesuai. Senang, cepat, dan peluang lebih besar untuk dapat panggilan interview.

Klik sini sekarang untuk drop resume dan cari kerja yang bersesuaian dengan awak → Drop Resume Maukerja

Job Matcher

Nak Cari Kerja? Jom Guna Tools Kerjaya Ni:


Soalan Lazim Tentang Caruman PERKESO

1. Adakah pekerja part time wajib dicarm PERKESO?
Ya, pekerja part time pun layak dicarm jika ada kontrak dengan majikan.

2. Adakah caruman PERKESO sama dengan KWSP?
Tak sama. KWSP untuk simpanan persaraan, PERKESO untuk perlindungan sosial bila berlaku musibah.

3. Saya freelancer, perlu carum PERKESO ke?
Tak wajib, tapi awak boleh pilih skim sukarela PERKESO untuk perlindungan.

4. Bila caruman PERKESO bermula?
Hari pertama awak mula bekerja dengan majikan.

5. Bagaimana nak buat aduan kalau majikan tak carum?
Awak boleh lapor terus kepada pejabat PERKESO terdekat atau guna talian hotline.


Penat Cari Kerja Tak Jumpa? Jom, Mohon Di Bawah:

Pekerjaan Terkenal:

Lokasi: