

by Ani
Baru masuk kerja tapi rasa tak serasi? Ramai yang terfikir nak berhenti terus tanpa tunggu habis probation. Tapi… boleh ke sebenarnya berhenti kerja tanpa notis masa probation?
Jom kita kupas jawapan dan risiko dia sebelum awak buat keputusan besar ni.
Tempoh probation atau percubaan ni ibarat fasa ‘dating’ antara pekerja dan majikan. Biasanya antara 3 – 6 bulan, tapi ada juga syarikat tetapkan tempoh lebih pendek atau panjang. Masa ni, majikan nak nilai sama ada pekerja sesuai atau tidak dengan budaya kerja, tugas, dan prestasi.
Artikel Berkaitan: Tempoh Percubaan Kerja Berapa Lama? Baca Jawapan Di Sini!
Jawapannya: bergantung pada kontrak kerja awak. Kebanyakan kontrak di Malaysia letak syarat notis semasa probation lebih pendek daripada pekerja tetap contohnya 1 minggu atau 2 minggu.
Tapi kalau awak cabut terus tanpa notis, itu dikira melanggar syarat kontrak. Dalam Akta Kerja 1955 (pindaan 2023), majikan ada hak untuk tuntut pampasan atau potong gaji sebulan mengikut tempoh notis yang sepatutnya.
Kalau awak decide nak terus keluar tanpa cakap apa-apa, beberapa perkara boleh jadi:
Tak semua syarikat sama. Ada syarikat tetapkan:
Bezanya dengan pekerja tetap? Notis boleh jadi lebih panjang, kadang sampai 2 – 3 bulan. Jadi probation nampak mudah, tapi tetap ada syarat yang perlu dipatuhi.
Kadang-kadang tempat kerja langsung tak sesuai. Kalau awak rasa nak keluar cepat, ada beberapa cara:
Ya, boleh. Tapi secara praktikal, kebanyakan majikan cuma akan potong gaji terakhir awak ikut tempoh notis. Jarang yang sampai saman pekerja sebab kos guaman lebih tinggi daripada kerugian sebenar.
Kalau nak keluar, keluar dengan baik. Beberapa tips mudah:
Ramai pekerja risau kalau keluar tiba-tiba, nama kena blacklist. Jawapan: tak ada kaitan dengan CCRIS atau rekod bank.
Tapi… HR ada network mereka sendiri. Nama awak mungkin ‘dibawa’ secara informal antara recruiter. Jadi reputasi tu lebih penting jaga daripada blacklist rasmi.
Berhenti kerja masa probation memang tak salah kalau awak ada sebab kukuh. Tapi cara awak buat tu yang tentukan imej profesional. Kalau awak cabut macam tu je, risiko reputasi dan kewangan tetap ada.
Kalau awak rasa tempat sekarang bukan untuk awak, jangan buang masa. Cari kerja yang sesuai dengan kemahiran dan minat awak. Lagi mudah kalau guna Drop Resume di Maukerja. Awak tak perlu apply satu-satu job, biar sistem carikan padanan kerja terbaik untuk awak.
Klik sini sekarang untuk hantar resume: Drop Resume Maukerja
1. Boleh ke saya berhenti kerja 24 jam masa probation?
Boleh, tapi gaji terakhir mungkin dipotong ikut notis yang tak diberi.
2. Berhenti kerja tanpa notis masa probation akan kena blacklist?
Tak ada blacklist rasmi, tapi reputasi dalam HR network boleh terjejas.
3. Berapa lama notis berhenti kerja semasa probation?
Biasanya 1 – 2 minggu, ikut kontrak syarikat.
4. Kalau majikan marah saya berhenti tanpa notis, boleh saman saya?
Secara teori boleh, tapi praktikalnya jarang berlaku. Potong gaji lebih common.
5. Ada beza tak notis probation dengan notis pekerja tetap?
Ya, pekerja tetap biasanya lebih lama notisnya — 1 hingga 3 bulan, manakala probation lebih pendek.