

by Ani
Graduan baru biasanya penuh semangat, tapi bila masuk bilik interview nervous tu datang tak kira kuat mana pun kita cuba sembunyikan. Tambah pula kalau tiada pengalaman kerja langsung, memang lagi rasa tak yakin.
Tapi percayalah, majikan tak semestinya cari pengalaman semata-mata, mereka nak lihat potensi dan attitude awak. Dalam artikel ni, jom kita kupas tips interview untuk fresh graduate yang boleh bantu awak stand out walaupun resume masih kosong dengan pengalaman kerja tetap.
Kalau awak rasa berdebar nak masuk bilik interview itu normal. Ramai fresh graduate rasa:
Sebenarnya, semua ni boleh diatasi bila awak tahu apa yang majikan nak dengar dan macam mana nak persembahkan diri dengan cara yang lebih meyakinkan.
> Nak Cari Kerja? Meh, mohon & cari kerja yang bersesuai dengan korang disini <
Ramai salah faham ingat majikan cuma nak orang berpengalaman. Padahal, untuk fresh graduate, majikan lebih pentingkan:
Jadi, walaupun awak tiada pengalaman kerja penuh, awak boleh buktikan nilai awak melalui pengalaman belajar atau aktiviti universiti.
Keyakinan bukan datang dari pengalaman semata, tapi cara awak bawa diri. Beberapa tips praktikal:
Ini antara soalan paling ‘killer’ untuk fresh graduate. Cara paling mudah:
Formula ESG (Education – Skill – Goal)
Nak contoh resume fresh grad yang power? Boleh rujuk sini: Contoh Resume Terbaik Untuk Fresh Graduate
Jangan pandang rendah pengalaman semasa belajar sebab semua tu boleh jadi point interview:
Highlight semua ni untuk tunjuk awak bukan kosong pengalaman.
1. Kenapa kami patut ambil awak?
Jawab dengan highlight skills & attitude, bukan pengalaman semata.
2. Apa kekuatan awak?
Fokus pada soft skills: komunikasi, cepat belajar, fleksibel.
3. Apa kelemahan awak?
Pilih kelemahan kecil tapi explain macam mana awak usaha improve.
4. Berapa gaji yang awak harapkan?
Elak letak terlalu tinggi, rujuk pasaran fresh grad Malaysia.
Nak senarai soalan lengkap? Rujuk artikel ni: Soalan Temuduga Kerja & Cara Nak Jawab & Soalan Interview Kerja Yang Biasa Ditanya.
Di akhir interview, biasanya HR akan tanya: “Ada soalan?” – jangan jawab “tak ada”. Cuba tanya:
Soalan bijak menunjukkan awak serius nak bina kerjaya, bukan sekadar nak gaji.
Jangan risau kalau awak tiada pengalaman kerja sebab interview bukan sekadar pengalaman, tapi tentang potensi, sikap, dan cara awak persembahkan diri. Dengan preparation yang betul, fresh graduate pun boleh impress HR dan majikan.
Kalau awak nak mudahkan proses cari kerja tanpa perlu apply satu-satu, terus je drop resume kat sini. Drop Resume Maukerja. Mudah je, awak hantar sekali, biar sistem padankan dengan kerja kosong yang sesuai. Reward paling best? Kerja terus datang pada awak, bukan awak yang kena kejar.
Jom tengok peluang Kerja Kosong Fresh Graduate 2025.
1. Macam mana nak jawab kalau ditanya “kenapa tak ada pengalaman kerja”?
Jawab dengan highlight internship, projek, atau aktiviti universiti yang relevan.
2. Adakah perlu bawa resume hardcopy kalau dah email awal?
Ya, tetap bawa 2–3 salinan untuk tunjuk professional.
3. Apa tips untuk interview online (Zoom/Google Meet)?
Pastikan background kemas, test mic & kamera awal, dan pakai pakaian formal.
4. Patut ke fresh graduate minta gaji tinggi?
Tak salah bincang gaji, tapi pastikan selari dengan standard pasaran fresh grad.
5. Kalau gagal interview, apa langkah seterusnya?
Jangan putus asa. Analisa kelemahan, improve jawapan, dan cuba lagi di interview seterusnya.