

by Ani
Kalau awak seorang pekerja yang setiap hari ulang-alik ke tempat kerja naik kereta atau motor, mesti awak faham betapa peritnya kos minyak sekarang. Kadang-kadang, rasa macam separuh gaji habis untuk isi tangki je. Tapi berita baiknya, kerajaan dah perkenalkan BUDI95.
Subsidi petrol terbaru khas untuk rakyat Malaysia. Dengan buat semakan BUDI95, awak boleh tahu kelayakan dan mula nikmati harga RON95 serendah RM1.99 seliter dengan kuota sehingga 300 liter sebulan.
Kalau awak salah seorang pekerja yang setiap hari ulang-alik kerja naik kereta atau motor, mesti awak perasan kan kos minyak sekarang pun dah makan duit gaji bulanan kita. Kadang-kadang gaji rasa tak cukup sebab banyak habis dekat minyak je.
Inilah sebab kenapa semakan BUDI95 jadi topik hangat sekarang. BUDI95, atau nama rasminya BUDI MADANI RON95, adalah subsidi petrol terbaru yang kerajaan perkenalkan khas untuk rakyat Malaysia. Mulai 30 September 2025, awak boleh isi RON95 dengan harga lebih murah iaitu cuma RM1.99 seliter berbanding harga biasa.
Dan berita baiknya, pekerja yang layak akan dapat kuota minima 300 liter sebulan. Maksudnya, awak boleh berjimat banyak kalau tahu cara guna dan semak baki kuota dengan betul.
Ringkasnya, BUDI95 ni program subsidi petrol bersasar. Kerajaan nak pastikan subsidi minyak ni betul-betul sampai kepada rakyat Malaysia, bukan terbazir kepada mereka yang tak layak.
Beberapa poin penting yang awak perlu tahu:
So, kalau awak ada lesen sah, memang automatik boleh semak kelayakan BUDI95. Senang kan?
Sekarang masuk bab paling penting iaitu macam mana nak buat semakan BUDI95 untuk tahu sama ada awak layak atau tak. Ada tiga cara utama:

Kalau ada masalah, boleh call hotline BUDI95 untuk bantuan.
Lepas akaun awak disahkan (verified), boleh check melalui apps:
Contoh kalau guna Setel:
Tak perlu lagi tunjuk MyKad setiap kali nak isi minyak. Jimat masa, jimat tenaga.
Untuk pekerja biasa macam kita, subsidi minyak ni memang “life saver”. Bayangkan:
Untuk pekerja yang hari-hari ulang-alik kerja, semakan BUDI95 ni bukan sekadar info, tapi peluang besar untuk jimat belanja bulanan. Dengan harga RON95 turun ke RM1.99/liter dan kuota subsidi 300 liter, memang rugi kalau tak manfaatkan.
So, pastikan awak dah tahu cara semak kelayakan. Jangan tunggu last minute, sebab bila dah start isi minyak nanti, lebih mudah kalau semuanya dah ready.
Tip penting untuk pekerja: Gunakan apps macam Setel atau TNG eWallet, sebab lagi senang nak track baki kuota BUDI95 setiap kali isi minyak.
Penat ulang-alik kerja hari-hari? Dengan peluang kerja WFH, awak boleh jimat masa, minyak, dan tenaga. Lagi best, boleh balance antara kerja dengan masa untuk diri sendiri & keluarga.
Jom tengok senarai kerja WFH yang tengah available dekat Maukerja. Jangan tunggu lama, sebab ramai yang tengah cari peluang macam ni.
Cari Kerja WFH Sekarang!
1. Bila harga RON95 jadi RM1.99 seliter?
Bermula 30 September 2025.
2. Berapa kuota subsidi BUDI95?
Setiap pengguna layak dapat 300 liter sebulan.
3. Perlu daftar ke untuk layak?
Tak perlu. Semua rakyat Malaysia berlesen sah layak automatik.
4. Kat mana boleh check semakan BUDI95?
Melalui portal rasmi BUDI95, hotline pelanggan, atau apps seperti Setel & Touch ‘n Go.
5. Kalau baki kuota habis sebelum hujung bulan?
Awak masih boleh isi minyak, tapi dengan harga pasaran biasa (tanpa subsidi).