Berapa Lama Tempoh Percubaan Kerja? Pekerja Patut Tahu Ni
# Pengetahuan Pekerja

Berapa Lama Tempoh Percubaan Kerja? Pekerja Patut Tahu Ni

post by Ani

by Ani

Sep 25, 2025
pada 9:58 AM

Berapa Lama Tempoh Percubaan Kerja? Pekerja Patut Tahu Ni

Awak pernah tak rasa nervous masa first day kerja, sebab masih dalam “tempoh percubaan kerja”? Rasa macam semua mata tertumpu dekat awak. Boss nak tengok prestasi, team nak nilai sikap, HR pula tunggu masa nak confirm atau tak confirm.

Hakikatnya, tempoh percubaan kerja (probation period) ni adalah fasa paling penting untuk pekerja baru. Masa ni lah kita diuji bukan je dari segi skill, tapi juga disiplin, attitude dan kesesuaian dengan budaya syarikat. Ramai yang risau “Berapa lama tempoh percubaan ni sebenarnya? Kalau gagal, apa jadi?”

Jangan risau, artikel ni akan terangkan dengan bahasa mudah, berapa lama probation period di Malaysia, hak-hak awak sebagai pekerja, dan macam mana nak survive tempoh mencabar ni sampai dapat surat confirmation. Kita kupas sampai habis, siap dengan tips & FAQ khas untuk pekerja Malaysia.


Ringkasan Pantas: Tempoh Percubaan Kerja di Malaysia

Kalau awak nak jawapan cepat, ini intipatinya:

  • Tempoh percubaan kerja biasanya 3–6 bulan (ikut kontrak & polisi syarikat).
  • Undang-undang buruh Malaysia tak tetapkan fixed probation, tapi pekerja tetap dilindungi Employment Act 1955.
  • Hak pekerja probation: gaji, KWSP, SOCSO, cuti (ikut kontrak, kadang pro-rata).
  • Kalau gagal, majikan boleh sambung probation atau tamatkan dengan notis.
  • Cara nak lulus: disiplin, proaktif belajar, teamwork, elak ponteng.

Nak tahu details penuh? Jom kita deep dive.


Apa Maksud Tempoh Percubaan Kerja?

Tempoh percubaan kerja atau probation period ialah satu fasa di mana majikan nak nilai pekerja sebelum sahkan jawatan. Masa ni, awak masih dianggap pekerja “on trial” tapi bukan bermaksud tak ada hak langsung.

Tujuan probation ni:

  • Majikan nak tengok prestasi & kemahiran sebenar.
  • Nilai attitude & keupayaan adaptasi.
  • Pastikan awak sesuai dengan budaya syarikat.

Boleh baca lebih lanjut di sini Perkara Penting Tentang Probation.


Berapa Lama Tempoh Percubaan Kerja di Malaysia?

Ini soalan paling ramai orang Google. Jawapan mudahnya:

  • Kebiasaannya 3 bulan (standard banyak syarikat).
  • Ada juga yang letak 6 bulan untuk jawatan penting.
  • Sesetengah syarikat besar boleh sampai 9–12 bulan, tapi jarang.

Penting: tempoh ni bergantung pada kontrak kerja. Kalau awak sign offer letter 6 bulan probation, maka itulah tempoh sah.

Nak kerja dari rumah tanpa stress jalan jem? Mohon terus kat sini


Adakah Tempoh Percubaan Kerja Wajib Ikut Undang-Undang?

Tidak ada undang-undang Malaysia yang tetapkan fixed probation. Mengikut Employment Act 1955, pekerja probation tetap tertakluk pada syarat kontrak kerja. Majikan bebas tetapkan 2, 3, 6 bulan asalkan jelas dalam kontrak.

Tapi jangan risau, walaupun masih probation, awak tetap:

  • Layak dapat gaji penuh.
  • Dicarumkan KWSP & SOCSO.
  • Dilindungi dari dismissal sewenang-wenangnya (perlukan notis ikut kontrak).

Nak tahu detail tentang hak pekerja probation? Klik sini Hak Pekerja Dalam Tempoh Percubaan.


Hak Pekerja Semasa Tempoh Percubaan

Ramai sangka probation = tiada hak. Salah tu. Awak tetap ada hak sebagai pekerja Malaysia. Antaranya:

  • Gaji: Sama macam dalam kontrak, bukan kurang sebab probation.
  • Cuti: Ada syarikat beri penuh, ada yang pro-rata.
  • Caruman: KWSP & SOCSO tetap wajib.
  • Notis berhenti: Kalau nak resign, ikut kontrak. Tak boleh “cabut” suka hati.

Kalau nak tahu isu berhenti kerja masa probation, baca Berhenti Kerja Tanpa Notis Probation.


Boleh Ke Ambil Cuti Masa Probation?

Ya, boleh sahaja kalau nak ambil cuti masa probation tapi bergantung pada polisi syarikat.

  • Ada syarikat bagi cuti tahunan penuh walaupun masih probation.
  • Ada yang pro-rata (contoh: kalau cuti setahun 12 hari, probation 6 bulan = 6 hari je).
  • Cuti sakit (MC) biasanya tetap sah.

Apa Jadi Kalau Tak Lulus Tempoh Percubaan?

Dua kemungkinan:

  1. Probation disambung – boss nak bagi peluang lagi.
  2. Contract ditamatkan – tapi wajib ikut notis dalam kontrak.

Jangan putus asa, kadang majikan sambung probation sebab nak pastikan awak lebih stabil.


Tips Lulus Tempoh Percubaan Kerja

Nak confirm cepat? Kena tunjuk usaha lebih. Antara tips berkesan:

  • Datang awal & jaga disiplin.
  • Belajar cepat dan jangan malu tanya.
  • Komunikasi baik dengan team & boss.
  • Elak ponteng & MC kerap.
  • Tunjuk inisiatif – buat lebih dari yang disuruh.

Lihat panduan penuh di sini: Tips Lulus Probation Dengan Jayanya.


Kesimpulan

Tempoh percubaan kerja memang boleh buat kita rasa serba tak kena. Tapi kalau awak tahu hak sendiri, ikut tips, dan tunjuk prestasi konsisten, confirm kerja tu jadi lebih mudah capai. Jangan biarkan probation jadi penghalang. Anggap ia sebagai peluang buktikan nilai diri awak.

Kalau awak tengah cari kerja baru dan tak nak pening apply satu-satu, guna je Drop Resume Maukerja. Senang gila. Sekali submit, sistem akan matchkan dengan kerja yang sesuai. Macam shortcut untuk capai kerja idaman awak! Klik sini untuk drop resume sekarang

Jawatan Kosong


Soalan Lazim Tentang Tempoh Percubaan Kerja di Malaysia

1. Kalau majikan tak confirm lepas probation, apa jadi?
Biasanya probation disambung, atau kontrak ditamatkan ikut notis.

2. Adakah gaji naik lepas confirm kerja?
Tak wajib. Bergantung pada polisi syarikat, tapi ramai majikan beri increment kecil.

3. Boleh ke minta pengesahan awal sebelum probation habis?
Boleh, kalau prestasi awak memang terbukti cemerlang.

4. Adakah pekerja kontrak ada probation juga?
Ada. Biasanya lebih singkat (1–3 bulan).

5. Boleh ke negotiate tempoh probation masa sign offer letter?
Ya, boleh bincang dengan HR sebelum sign especially kalau ada pengalaman kerja sebelum ni.


Nak Cari Kerja? Jom Guna Tools Kerjaya Ni: