Belum Konvo Tapi Dah Secure Gaji RM4,200! 18 Pelajar UUM Buktikan Boleh

Belum Konvo Tapi Dah Secure Gaji RM4,200! 18 Pelajar UUM Buktikan Boleh

post by Ani

by Ani

Oct 9, 2025
pada 10:18 AM

Belum Konvo Tapi Dah Secure Gaji RM4,200! 18 Pelajar UUM Buktikan Boleh

Belum sempat konvo tapi 18 pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) dah berjaya dapat kerja tetap dengan gaji permulaan RM4,200 sebulan! 

Tawaran hebat ni datang melalui Program Elite Management Trainee (EMT) iaitu hasil kerjasama antara Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML) UUM dan PKT Logistics Group Sdn. Bhd.


Program Intensif Yang Buka Laluan Ke Dunia Kerja

Program EMT ni bukan program biasa-biasa tetapi ia ambil masa hampir setahun dengan latihan industri yang padat dan realistik. Daripada beratus pelajar, hanya 18 orang terbaik dipilih selepas melalui ujian dan temu duga bersama pihak PKT. Antara kursus yang terlibat:

  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Logistik & Pengangkutan)
  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Operasi
  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi

Artikel Berkaitan: Pekerjaan Yang Diperlukan di Malaysia 2025, Ini List Kerja HOT!


Pengalaman Yang Ubah Perspektif Dunia Kerja

Pelajar, Nurhanis Azman, 23, kata pengalaman EMT banyak mengajarnya tentang dunia sebenar pekerjaan.

“Program ni mencabar tapi sangat berbaloi. Ia ubah cara saya lihat industri logistik dengan lebih luas dan praktikal,” ujarnya.

Seorang lagi peserta, Ooi Jun Wei, 23, pula rasa lebih yakin dan bersedia menyumbang idea baharu selepas bekerja dengan pasukan pelbagai budaya.

“Saya sedar kepimpinan dan disiplin tu kunci utama kejayaan organisasi besar. Sekarang saya tahu apa yang perlu ada untuk jadi pengurus masa depan,” katanya.

Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Foad Sakdan, menjelaskan pelajar melalui beberapa fasa penting termasuk:

  • Latihan industri di cawangan PKT seluruh negara semasa cuti semester
  • Praktikum sepenuh masa di semester akhir
  • Pertukaran jabatan bagi faham operasi logistik secara menyeluruh

Katanya, tempoh latihan Januari 2024 hingga Ogos 2025 tu direka khas supaya pelajar bukan sekadar ada ilmu, tapi juga kemahiran pengurusan sebenar.

Pelajar UUM


Gaji RM4,200 Sebagai Pengiktirafan Prestasi

Disebabkan prestasi luar biasa mereka, CEO PKT Logistics, Datuk Seri Dr. Michael Tio, berbesar hati menaikkan gaji permulaan daripada RM4,000 ke RM4,200 sebulan. 

Langkah ni membuktikan bahawa pelajar yang bersungguh dan berkemahiran tinggi memang jadi rebutan dalam pasaran kerja.


Pengajaran Untuk Fresh Grad: Jangan Tunggu Peluang, Cipta Peluang

Kisah ni bukti jelas yang peluang kerja bagus datang bila kita bersedia. Kalau 18 pelajar ni boleh dapat kerja tetap dengan gaji RM4,200 sebelum konvo, awak pun boleh capai benda yang sama asalkan rajin cari peluang dan terus improve diri.

Nak tahu senarai kerja fresh grad terkini dengan gaji lumayan? Lihat kerja fresh grad terkini di Maukerja

Atau, kalau nak cepat dapat peluang macam mereka, hantar je resume awak di Maukerja hari ini!

Kerja Kosong Fresh Grad

1. Adakah program seperti EMT terbuka untuk semua universiti?
Tidak semestinya. Setiap universiti ada kolaborasi tersendiri dengan industri. Tapi peluang macam ni banyak cuma kena rajin cari.

2. Berapa gaji purata fresh grad di Malaysia?
Secara umum antara RM2,500 – RM3,000, tapi dalam bidang tertentu seperti logistik & teknologi, boleh mencecah RM4,000 ke atas.

3. Macam mana nak tingkatkan peluang dapat kerja sebelum konvo?
Sertai internship berkualiti, aktif dalam projek universiti & polish resume guna Resume Builder Maukerja.

4. Adakah logistik antara bidang terbaik untuk fresh grad?
Ya! Permintaan tinggi dan peluang kenaikan gaji cepat terutama kalau ada pengalaman praktikal.

5. Kat mana boleh cari kerja fresh grad sekarang?
Awak boleh semak portal Kerja Fresh Grad Maukerja yang sentiasa dikemas kini setiap minggu.


Penat Cari Kerja Tak Jumpa? Jom, Mohon Di Bawah:

Pekerjaan Terkenal:

Lokasi: