Semakan STR Dah Dibuka! Cepat Semak Dekat Sini
# Trending Semasa

Semakan STR Dah Dibuka! Cepat Semak Dekat Sini

post by Ani

by Ani

Jan 7, 2026
pada 11:34 AM

Semakan STR Dah Dibuka! Cepat Semak Dekat Sini

Kerajaan melalui Kementerian Kewangan telah mengumumkan bahawa bayaran Fasa 1 STR 2026 akan dikreditkan pada 20 Januari 2026 (Selasa).


 

Apa Itu STR?

STR (Sumbangan Tunai Rahmah) ialah bantuan tunai tahunan yang disalurkan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia. Sebelum ni, bantuan ni dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM tapi kini ia diteruskan di bawah nama STR dengan penambahbaikan dari segi kelayakan dan jumlah bantuan.

Tujuan utama STR adalah untuk bantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana menghadapi tekanan kos sara hidup yang makin meningkat. Dalam erti kata lain, STR ni adalah tanda prihatin kerajaan untuk meringankan beban rakyat.

Semakan STR


Tarikh Bayaran STR 2026

Bayaran STR dibuat secara empat fasa:

  • Fasa 1: 20 Januari 2026
  • Fasa 2: Akan dikemas kini
  • Fasa 3: Akan dikemas kini
  • Fasa 4: Akan dikemas kini

Tarikh Bayaran STR Fasa 1 2026

Baca Juga: STR 2026 Dah Dibuka! Ini Cara Mohon STR & Syarat Yang Ramai Tak Tahu!


Siapa Layak Terima STR 2026?

1. Isi Rumah

  • Warganegara Malaysia yang tinggal dan bekerja di Malaysia sahaja.
  • Ketua keluarga berpendapatan kasar bulanan ≤ RM5,000.

2. Pasangan

  • Warganegara Malaysia (MyKad) atau pemegang MyPR/MyKAS, atau bukan warganegara (selain MyPR/MyKAS).

3. Anak

  • Hubungan mesti anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat berdaftar JPN.
  • Warganegara Malaysia dengan MyKad/MyKid sahaja.
  • Tidak bekerja atau tiada pendapatan, berumur:
  • ≤18 tahun, atau
  • 19 tahun ke atas jika masih belajar sepenuh masa di IPTA/IPTS

4. Warga Emas Tiada Pasangan

  • Warganegara Malaysia, tinggal dan bekerja di Malaysia.
  • Berumur 60 tahun ke atas dengan pendapatan kasar bulanan ≤ RM5,000.

5. Bujang / OKU Bujang

  • Warganegara Malaysia berumur 21–59 tahun, OKU 19–59 tahun.
  • Pendapatan kasar bulanan ≤ RM2,500.
  • Bukan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa.

Kerja Dari Rumah


Kategori Penerima STR 2026

Kategori Pendapatan Bulanan Maklumat Tambahan
Isi Rumah < RM2,500 Tiada had umur
Isi Rumah RM2,501 – RM5,000 Semua isi rumah
Warga Emas Tiada Pasangan ≤ RM5,000 60 tahun ke atas
Bujang / OKU ≤ RM2,500 Bujang 21–59 / OKU 19–59

Jumlah Bayaran STR 2026 Mengikut Kategori

1. Isi Rumah (Tiada Had Umur)

Pendapatan ≤ RM2,500 sebulan

Anak STR SARA Jumlah
0 RM700 RM1,200 RM1,900
1–2 RM1,200 RM1,200 RM2,400
3–4 RM1,700 RM1,200 RM2,900
≥5 RM2,200 RM1,200 RM3,400

Pendapatan RM2,501 – RM5,000 sebulan

Anak STR SARA Jumlah
0 RM200 RM1,200 RM1,400
1–2 RM450 RM1,200 RM1,650
3–4 RM700 RM1,200 RM1,900
≥5 RM950 RM1,200 RM2,150

2. Warga Emas Tiada Pasangan

  • Pendapatan ≤ RM5,000
  • STR: RM600
  • SARA: RM600
  • Jumlah: RM1,200 setahun

3. Bujang / OKU Bujang

  • STR: Dibayar melalui SARA
  • SARA: RM600
  • Jumlah: RM600 setahun

Jumlah Bayaran STR 2026 Mengikut Kategori


Cara Semak Status STR

Untuk semak status anda:

  1. Pergi ke portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di sinibantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Pilih Log Masuk MySTR / Semakan Status
  3. Masukkan No. Kad Pengenalan & Kata Laluan
  4. Sahkan kunci keselamatan dan tekan “YA”
  5. Klik “Maklumat Bayaran” ia akan paparkan status serta jumlah bayaran

Sumbangan Tunai Rahmah


Lupa Kata Laluan STR? Ini Caranya

  1. Buka portal rasmi STR di sini 
  2. Klik “Lupa Kata Laluan”
  3. Masukkan No. MyKad → sahkan frasa keselamatan
  4. Masukkan emel yang anda daftarkan
  5. Jika emel ada, kata laluan sementara akan dihantar ke situ
  6. Jika tiada emel, jawablah soalan keselamatan → tetapkan kata laluan baru
  7. Log masuk semula dan tukar kata laluan melalui menu “Tukar Kata Laluan”

Sementara Tunggu Bayaran STR, Ambil Peluang Cari Kerja

Sambil tunggu bayaran STR ni, ini masa terbaik untuk fikir peluang kerja baru. Cara paling cepat? Drop resume awak sekarang di Maukerja  dan tunggu majikan call kalau awak calon yang mereka cari.

Dah ramai pencari kerja guna kaedah ni sebab lebih cepat dapat peluang kerja!

Pekerjaan Terkenal:

Lokasi: