Contoh Email Follow Up Dalam Bahasa Melayu Yang Ramai Guna & Dapat Kerja Cepat!

Contoh Email Follow Up Dalam Bahasa Melayu Yang Ramai Guna & Dapat Kerja Cepat!

post by Ani

by Ani

Oct 20, 2025
pada 10:44 AM

Contoh Email Follow Up Dalam Bahasa Melayu Yang Ramai Guna & Dapat Kerja Cepat!

Kalau awak pernah hantar berpuluh resume tapi senyap tanpa jawapan, percayalah awak bukan sorang. Ramai calon kerja kat Malaysia hadap situasi yang sama. Dah siap resume cantik, dah tulis cover letter kemas, tapi lepas tu… senyap. 

Sebenarnya, kadang-kadang bukan sebab majikan tak suka awak tapi sebab mereka terlepas pandang atau belum sempat semak semua permohonan.

Sini lah pentingnya email follow up. Dengan follow up yang betul, awak boleh ingatkan majikan tentang permohonan awak, tunjuk inisiatif dan minat sebenar pada kerja tu, dan tingkatkan peluang dapat panggilan interview!

Dalam artikel ni, kita akan kupas:

  • Bila masa terbaik nak follow up
  • Apa nak tulis dalam email
  • Contoh-contoh email follow up dalam Bahasa Melayu
  • Kesilapan biasa yang ramai buat
  • Dan tips bonus supaya follow up awak nampak profesional

Bila Waktu Sesuai Hantar Email Follow Up?

Waktu terbaik nak hantar follow up email adalah 3 hingga 7 hari selepas awak hantar permohonan atau 2 hingga 3 hari lepas interview.

Kenapa bukan hari yang sama? Sebab awak nak bagi ruang pada HR untuk semak semua permohonan dulu. Kalau terlalu cepat, nampak macam terdesak. Tapi kalau terlalu lambat, dia mungkin dah buat keputusan tanpa pertimbangkan awak.

Tips: Kalau awak hantar pada hari Isnin, timing terbaik follow up ialah hari Khamis. HR biasanya lebih free masa pertengahan minggu.

Baca Juga: Contoh Email Mohon Kerja Terkini! Confirm Majikan Akan Baca


Apa Tujuan Sebenar Email Follow Up Ni?

Simple je iaitu nak kekal dalam radar majikan. Email follow up bukan sekadar nak “tanya status”, tapi nak bina impression positif.

Antara tujuan utama:

  1. Tunjuk inisiatif & minat kerja: Majikan suka calon yang proactive.
  2. Ingatkan mereka tentang awak: Kadang nama awak dah tenggelam dalam 200+ permohonan lain.
  3. Tanya status dengan sopan: Bukan mendesak, tapi beradab dan profesional.

Bayangkan HR tengah semak inbox, nampak email awak yang sopan dan yakin, confirm terus buka dulu. 


Macam Mana Nak Tulis Email Follow Up Yang Nampak Profesional?

Okay, ni bahagian paling penting sebab ramai yang silap masa ni. Ada yang terlalu ringkas (“Hi, ada update tak?”), ada pula yang terlalu panjang sampai HR pun confused nak baca.

So, cara paling senang ialah dengan guna struktur ni:

Struktur Email Follow Up Yang Disyorkan:

1. Subjek Email (Subject Line):

“Follow Up Permohonan Jawatan [Nama Jawatan] – [Nama Penuh Awak]”

2. Pembukaan Mesra:

“Assalamualaikum / Hi [Nama HR kalau tahu],”

3. Pengenalan Ringkas:

“Saya [Nama Penuh], baru-baru ni ada hantar permohonan untuk jawatan [Nama Jawatan] di [Nama Syarikat].”

4. Tujuan Follow Up:

“Saya ingin bertanya sekiranya ada sebarang perkembangan terkini berkenaan permohonan saya.”

5. Penutup Profesional:

“Terima kasih atas masa dan pertimbangan pihak tuan/puan. Saya amat berminat untuk menyertai pasukan [Nama Syarikat].”

6. Tandatangan:

Nama penuh, no. telefon & email awak.

Kerja dari rumah

Nak apply kerja yang boleh WFH? Jom, tengok senarai kerja WFH di sini


Contoh Email Follow Up Dalam Bahasa Melayu Selepas Hantar Resume

Ni contoh paling basic tapi sangat berkesan yang ramai calon kerja guna dan dapat respon cepat:


Subjek: Follow Up Permohonan Jawatan Customer Service – Aisyah Rahman

Isi Email:
Hi Puan Nurul,

Saya Aisyah Rahman dan saya ada hantar permohonan untuk jawatan Customer Service Executive di [Nama Syarikat] pada [Tarikh].

Saya sangat berminat dengan peluang ni sebab saya yakin pengalaman saya dalam bidang khidmat pelanggan boleh bantu meningkatkan kepuasan pelanggan di syarikat tuan/puan.

Saya cuma nak tahu kalau ada sebarang perkembangan atau tarikh temuduga yang telah ditetapkan.

Terima kasih atas pertimbangan pihak tuan/puan.

Sekian,
Aisyah Rahman
012-3456789
aisyahrahman@email.com

Contoh Email Follow Up Dalam Bahasa Melayu Selepas Hantar Resume


Contoh Email Follow Up Bahasa Melayu Selepas Interview

Kalau awak dah pergi interview, follow up ni boleh bantu tunjuk rasa hormat dan semangat nak sertai syarikat tu.


Subjek: Terima Kasih & Susulan Temuduga Jawatan Marketing Executive – Amirul Hakim

Isi Email:
Hi Encik Farid,

Terima kasih kerana beri peluang untuk saya ditemu duga bagi jawatan Marketing Executive pada [Tarikh Interview]. Saya sangat hargai masa dan pengalaman yang saya dapat masa sesi tersebut.

Selepas berbual dengan pasukan tuan, saya makin yakin bahawa nilai dan objektif syarikat ini sangat sepadan dengan matlamat kerjaya saya.

Saya ingin bertanya sekiranya ada maklumat lanjut mengenai keputusan temuduga tersebut.

Sekali lagi, terima kasih atas pertimbangan pihak tuan.

Yang benar,
Amirul Hakim
013-4445678
amirulhakim@email.com

Contoh Email Follow Up Bahasa Melayu Selepas Interview


Macam Mana Nak Pastikan Email Follow Up Tak Nampak Desperate?

Ni antara kesilapan paling ramai orang buat iaitu follow up dengan nada mendesak.

Contohnya macam ni:

  • “Boleh bagitahu bila nak tahu keputusan?”
  • “Saya dah tunggu lama, bila boleh mula kerja?”

Nada macam ni boleh buat HR terus tolak tepi.

Tips Supaya Tak Nampak Terdesak:

  • Guna ayat sopan & positif (“Saya faham pihak tuan masih dalam proses menilai calon.”)
  • Jangan ulang follow up lebih dari 2 kali.
  • Elak guna tanda seru atau emoji berlebihan.
  • Akhiri dengan ucapan terima kasih bukan tekanan.

Apa Kesilapan Biasa Dalam Email Follow Up Yang Perlu Dielak?

  1. Hantar terlalu cepat (sehari lepas hantar resume)
  2. Ayat terlalu panjang & berbelit
  3. Guna email tak formal (contoh: “babycute99@gmail.com”)
  4. Tak nyatakan jawatan yang dipohon
  5. Tak sertakan nama penuh & no. telefon

Tip:

Sebelum tekan “Send”, baca semula dengan nada HR. Kalau awak rasa “aku pun malas baca ni”, ubah sampai jadi padat & mesra.


Perlukah Sertakan Resume Semula Dalam Email Follow Up?

Kalau follow up selepas hantar permohonan kerja, boleh attach resume sekali lagi, just in case HR nak semak cepat. Tapi kalau lepas interview, tak perlu dah. Fokus pada ucapan terima kasih dan minat berterusan terhadap kerja tu.


Contoh Email Follow Up Bahasa Melayu Kalau Tak Dapat Respon Langsung

Kalau dah seminggu follow up tapi masih senyap, boleh cuba satu follow up terakhir yang lembut tapi profesional.


Subjek: Susulan Permohonan Jawatan Admin Executive – Nur Izzati

Isi Email:
Hi Puan Aina,

Saya Nur Izzati, ada hantar permohonan untuk jawatan Admin Executive pada [Tarikh]. Saya faham mungkin pihak tuan masih dalam proses menilai calon.

Saya masih sangat berminat dengan peluang ini dan sudi beri sebarang maklumat tambahan jika diperlukan.

Terima kasih kerana luangkan masa membaca email ini. Saya hargai usaha dan perhatian pihak HR.

Sekian,
Nur Izzati
016-2228899
nurizzati@email.com

Contoh Email Follow Up Bahasa Melayu Kalau Tak Dapat Respon Langsung


Macam Mana Nak Nampak Lebih Yakin Dalam Email Follow Up?

Nak tahu rahsia calon yang dapat panggilan interview walaupun bukan result terbaik? 

Nada yakin dan positif.

Cuba masukkan ayat macam ni:

  • “Saya yakin dengan kemahiran komunikasi dan pengalaman saya dalam industri ini boleh menyumbang kepada pasukan syarikat tuan/puan.”

Ayat macam ni bukan riak, tapi tunjuk awak tahu nilai diri.


Bagaimana Kalau Majikan Dah Bagi Jawapan ‘Masih Dalam Pertimbangan’?

Kalau HR reply macam tu, jangan terus kecewa. Balas dengan nada positif, contohnya:

“Terima kasih atas maklum balas. Saya akan tunggu keputusan lanjut. Apa pun, saya sangat menghargai peluang ini.”

Itu dah cukup tunjuk awak profesional, matang, dan tahu cara jaga hubungan baik. Kadang HR simpan nama calon yang sopan macam ni untuk jawatan lain nanti.


Perlukah Follow Up Kalau Dah Dapat Jawapan ‘Tak Berjaya’?

Ramai yang terus diam bila dapat email “kami menyesal memaklumkan…”. Tapi sebenarnya, awak masih boleh follow up dengan cara bijak.

Contoh:

“Terima kasih kerana pertimbangkan permohonan saya. Saya hargai peluang untuk mencuba. Kalau ada peluang lain di masa akan datang, saya amat berminat untuk dipertimbangkan semula.”

Trust me, ayat sopan macam ni boleh buat HR ingat nama awak bila ada jawatan baru buka nanti. 


Apa Perlu Buat Kalau Nak Follow Up Tapi Tak Jumpa Email HR?

Ha, ni pun ramai tanya. Kalau tak jumpa contact HR, boleh cuba cara ni:

  1. Check website rasmi syarikat. Kadang ada ruangan “Career” atau “Contact Us”.
  2. LinkedIn. Cari nama syarikat dan tengok siapa yang handle HR atau recruiter.
  3. Call reception. Tanya dengan sopan: “Boleh saya dapat email HR untuk follow up permohonan kerja saya?”

Kerja Dekat Public Transport

Ayat penutup ni penting sebab ia beri last impression.
Ni antara contoh ayat yang sesuai:

  • “Saya hargai masa dan pertimbangan pihak tuan/puan.”
  • “Saya sangat berharap dapat menjadi sebahagian daripada pasukan [Nama Syarikat].”
  • “Terima kasih atas perhatian dan peluang yang diberikan.”

Sopan, simple, tapi berkesan.


Kesimpulan: Jangan Takut Follow Up Tapi Buat Dengan Gaya Betul

Email follow up bukan tindakan terdesak, tapi tanda awak betul-betul serius nak kerja tu. Ramai yang dah berjaya dapat panggilan interview lepas hantar follow up dengan ayat yang sopan dan profesional.

Kalau selama ni awak rasa macam tak tahu nak mula, guna je contoh dalam artikel ni, ubah ikut gaya awak sendiri, dan send dengan yakin!


Struggle Nak Cari Kerja? Jom, Guna Job Matcher Untuk Cari Kerja Yang Ngam

Ramai yang masih struggle nak dapat kerja walaupun dah hantar banyak permohonan, betul tak? Sebenarnya, ada cara senang untuk cari kerja yang betul-betul match dengan minat dan pengalaman awak.

Dengan AI Job Matcher di Maukerja, sistem akan tolong cari kerja yang paling sesuai untuk awak. Tak payah scroll lama-lama lagi. Jom drop resume awak sekarang di Maukerja Job Matcher! Biar sistem bantu awak jumpa kerja impian sebelum orang lain sapu dulu.

Job Matcher


FAQ: Soalan Lazim Tentang Email Follow Up

1. Apakah tujuan utama email follow up kerja?

Tujuannya untuk tunjuk minat berterusan dan ingatkan majikan tentang permohonan awak. Ia juga beri peluang untuk bangunkan hubungan profesional dengan HR.

2. Bila masa terbaik nak hantar email follow up?

Waktu sesuai ialah 3–7 hari lepas hantar permohonan, atau 2–3 hari lepas interview. Jangan terlalu cepat sebab HR perlukan masa untuk semak calon.

3. Bolehkah saya follow up lebih dari sekali?

Boleh, tapi maksimum dua kali je. Kalau lepas tu masih tak ada respon, move on dengan kerja lain. Jangan nampak terlalu mendesak.

4. Perlu ke saya guna Bahasa Inggeris untuk follow up?

Kalau syarikat guna Bahasa Melayu dalam iklan kerja, guna BM. Tapi kalau syarikat multinasional, boleh guna English. Yang penting, nada awak sopan dan profesional.

5. Apa patut saya buat kalau tak dapat apa-apa balasan selepas follow up?

Teruskan cari peluang lain. Kadang HR ambil masa lama, tapi jangan gantung harapan pada satu tempat. Gunakan masa tu untuk mohon kerja lain yang sesuai.


Nak Cari Kerja? Jom Guna Tools Kerjaya Ni:


Penat Cari Kerja Tak Jumpa? Jom, Mohon Di Bawah:

Pekerjaan Terkenal:

Lokasi: