

by Ani
Kalau awak pernah hantar berpuluh resume tapi senyap saja jangan risau, awak bukan seorang je alami tu. Ramai calon kerja sebenarnya bukan tak layak, tapi cara mereka tulis pengalaman kerja tu tak “menjual” diri sendiri.
Hakikatnya, bahagian pengalaman kerja adalah antara bahagian paling penting dalam resume sebab inilah tempat HR tengok sama ada awak benar-benar ada kemahiran dan pengalaman yang sesuai dengan jawatan yang dipohon.
Masalahnya, ramai yang buat silap sama ada tulis terlalu ringkas, terlalu panjang, atau langsung tak kaitkan dengan posisi yang dimohon. Jadi sebelum awak hantar resume, jom kita tengok macam mana nak tulis pengalaman kerja yang nampak profesional, padat, dan menarik perhatian majikan.
Secara mudah, pengalaman kerja bermaksud semua tugasan, tanggungjawab, dan pencapaian yang awak pernah lakukan dalam kerja sebelum ini.
Tak kisah sama ada kerja tu tetap, kontrak, part time, internship, atau freelance semuanya boleh dikira, asalkan relevan dengan kerja yang awak mohon sekarang.
Kalau awak mohon kerja “Admin Executive” dan pernah jadi kerani sebelum ini, pengalaman tu sangat berharga. Tapi kalau awak mohon kerja “Graphic Designer” dan pengalaman sebelum ni cuma sebagai pelayan restoran, awak kena fokus pada kemahiran yang boleh dipindahkan, seperti komunikasi, teamwork, dan multitasking.
Sebab inilah bahagian pertama yang HR akan perhatikan bila buka resume awak. Dalam masa 6 hingga 10 saat pertama, mereka nak tahu tiga perkara:
Kalau tiga perkara ni jelas, peluang awak untuk dipanggil interview memang tinggi. Tapi kalau bahagian pengalaman kerja nampak kosong, tak tersusun, atau terlalu umum, HR akan terus abaikan.
Baca Juga: Pengalaman Kerja Admin Yang Patut Ditulis Dalam Resume
Ini bahagian paling penting. Cara awak susun dan tulis boleh tentukan sama ada resume awak nampak profesional atau tidak.
Kerani Akaun
ABC Sdn Bhd, Kuala Lumpur | Jan 2022 – Dis 2024
Kenapa contoh ini bagus:
Ayatnya ringkas, terus kepada point, dan menunjukkan hasil kerja yang jelas seperti pengurangan kesilapan sebanyak 20 peratus. Ini yang HR suka tengok.
Customer Service Executive
XYZ Telecommunication, Pulau Pinang | Mei 2021 – Ogos 2023
Kenapa contoh ini bagus:
Ada angka dan bukti kejayaan yang jelas. HR boleh nampak impak kerja awak.
Intern (Pemasaran Digital)
ABC Agency, Shah Alam | Mac 2024 – Ogos 2024
Tip tambahan:
Kalau awak tak ada pengalaman kerja formal, highlight pengalaman internship, projek universiti, atau kerja sukarela yang relevan. Itu juga dikira sebagai pengalaman kerja.
Baca Juga: Contoh Resume Lengkap Mohon Kerja, Tips & Format Yang HR Confirm Tertarik!
Ramai yang terlepas pandang beberapa kesilapan kecil yang sebenarnya boleh jadi punca resume ditolak.
Nak apply kerja yang boleh WFH? Jom, tengok senarai kerja WFH di sini
Tak semestinya. Awak cuma perlu senaraikan pengalaman yang paling relevan dengan kerja yang dipohon.
Kalau awak dah bekerja lebih 10 tahun dan pernah pegang banyak posisi, pilih tiga atau empat yang paling berkaitan. Resume yang padat dan fokus lebih menarik daripada resume panjang yang tiada isi penting.
Baca Juga: Waktu Terbaik Hantar Resume
Semua orang bermula dari kosong. Kalau awak fresh graduate atau baru nak mula kerja pertama, fokus pada:
Contoh penulisan:
Projek Universiti (Final Year Project)
Tajuk: Kajian Kepuasan Pelanggan Terhadap Servis Online Banking
Walaupun bukan kerja sebenar, tapi tetap menunjukkan kebolehan dan kemahiran analitik awak.
Kalau awak nak resume yang bukan sekadar cantik tapi betul-betul mampu menarik perhatian majikan, kuncinya terletak pada cara awak tulis pengalaman kerja.
Jangan biarkan usaha awak sia-sia hanya sebab kesilapan kecil. Semak resume awak sekarang dengan ATS Resume Checker dan pastikan setiap maklumat disusun kemas, padat, dan menarik. Resume yang berkualiti tinggi boleh jadi tiket pertama untuk dapat panggilan interview dan kerja impian awak.
1. Apakah pengalaman kerja yang perlu dimasukkan dalam resume?
Masukkan pengalaman yang paling relevan dengan jawatan yang dipohon. Kalau ada banyak, pilih tiga atau empat yang paling berkaitan.
2. Bagaimana nak tulis pengalaman kerja jika tiada pengalaman langsung?
Fokus pada internship, projek universiti, kerja sukarela, atau kemahiran teknikal yang boleh dikaitkan dengan kerja tersebut.
3. Bolehkah saya masukkan kerja part-time atau freelance?
Boleh, selagi kerja tu beri nilai tambah dan menunjukkan kemahiran yang berguna, ia tetap dikira sebagai pengalaman.
4. Perlukah tulis sebab berhenti kerja lama?
Tak perlu tulis dalam resume. Kalau HR nak tahu, mereka akan tanya semasa sesi interview.
5. Apakah format terbaik untuk bahagian pengalaman kerja?
Susun dari yang terbaru ke yang lama, guna bullet points, dan nyatakan hasil kerja atau pencapaian. Pastikan nampak kemas dan mudah dibaca.