

by Ani
Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang baharu membawa beberapa perubahan penting, termasuk penstrukturan semula gred jawatan.
Ramai tertanya-tanya sama ada perubahan ini akan memberi kesan kepada gaji atau sekadar penjenamaan semula. Artikel ini menghuraikan perubahan terkini secara terperinci supaya lebih mudah difahami oleh para penjawat awam dan calon yang berminat memasuki sektor kerajaan.
Sebanyak 21 klasifikasi perkhidmatan di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) dikekalkan. Setiap klasifikasi masih mengekalkan peranan dan fungsi utama seperti sebelum ini.
Senarai klasifikasi dan kod:
| Klasifikasi Perkhidmatan | Kod |
|---|---|
| Pengangkutan | A |
| Bakat dan Seni | B |
| Sains | C |
| Pendidikan | D |
| Ekonomi | E |
| Sistem Maklumat | F |
| Pertanian | G |
| Kemahiran | H |
| Kejuruteraan | J |
| Keselamatan dan Pertahanan Awam | K |
| Perundangan dan Kehakiman | L |
| Tadbir dan Diplomatik | M |
| Pentadbiran dan Sokongan | N |
| Pencegahan | P |
| Penyelidikan dan Pembangunan | Q |
| Sosial | S |
| Penguatkuasaan Maritim | T |
| Perubatan dan Kesihatan | U |
| Kewangan | W |
| Polis | Y |
| Tentera | Z |
Selaras dengan perubahan dasar pendidikan negara, kelayakan minimum ke perkhidmatan awam kini ditetapkan pada tahap SPM. Sebanyak 11 skim perkhidmatan yang sebelum ini memerlukan PT3/PMR kini dinaik taraf kepada kelayakan SPM.
Antara skim yang terlibat:
| Skim Perkhidmatan | Gred Jawatan SSM |
|---|---|
| Pengawas Hutan | G11, G14 |
| Pembantu Hidupan Liar | G11, G14 |
| Pemandu Kenderaan | H11, H14, H16, H18 |
| Pemandu/Operator Jentera Pemunggah | H11, H14, H16, H18 |
| Pembantu Awam | H11, H14, H16, H18 |
| Operator Loji | H11, H14, H16, H18 |
| Pengawal Keselamatan | KP11, KP14, KP16, KP18 |
| Bentara Parlimen | N11, N14, N16, N18 |
| Penghantar Notis | N11, N14, N16, N18 |
| Pembantu Operasi | N11, N14, N16, N18 |
| Pembantu Perawatan Kesihatan | U11, U14, U16, U18 |
Bagi memastikan keseragaman antara skim perkhidmatan, SSPA memperkenalkan penamaan gred yang lebih tersusun. Penyeragaman ini bertujuan memudahkan pemahaman orang awam serta menyelaraskan perjawatan antara agensi.
Kelayakan Ijazah
| Kelayakan Masuk | Gred SSM | Gred SSPA |
|---|---|---|
| Ijazah | 55/56 | 15 |
| Ijazah | 53/54 | 14 |
| Ijazah | 51/52 | 13 |
| Ijazah | 47/48 | 12 |
| Ijazah | 45/46 | 11 |
| Ijazah | 43/44 | 10 |
| Ijazah | 41/42 | 9 |
Kelayakan Diploma / STPM
| Kelayakan Masuk | Gred SSM | Gred SSPA |
|---|---|---|
| Diploma/STPM | 39/40 | 8 |
| Diploma/STPM | 37/38 | 7 |
| Diploma/STPM | 36** | 7 |
| Diploma/STPM | 35/36* | 6 |
| Diploma/STPM | 33/34 | 6 |
| Diploma/STPM | 31/32 | 6 |
| Diploma/STPM | 29/30 | 5 |
Kelayakan SPM
| Kelayakan Masuk | Gred SSM | Gred SSPA |
|---|---|---|
| SPM | 27/28 | 4 |
| SPM | 25/26 | 3 |
| SPM | 24 | 2 |
| SPM | 21/22 | 2 |
| SPM | 19/20 | 1 |
Nak apply kerja yang boleh WFH? Jom, tengok senarai kerja WFH di sini
Berikut ialah ringkasan perubahan gred bagi memudahkan rujukan:
| Gred SSM Lama | Nama Jawatan | Gred SSPA Baharu | Kelayakan |
|---|---|---|---|
| 11 / 14 | Pembantu Awam / Am | SSPA 1 | Tiada SPM / PMR |
| 17 / 18 / 19 | Pembantu Tadbir / Penguat Kuasa | SSPA 3 / 4 | SPM |
| 27 / 29 / 32 | Penolong Pegawai | SSPA 6 | Diploma / STPM |
| 41 / 42 | Pegawai (Ijazah) | SSPA 9 | Ijazah |
| 43 / 44 | Pegawai Kanan | SSPA 10 | Ijazah + pengalaman |
| 45 / 48 / 52 | Pegawai Tinggi / Ketua Unit | SSPA 12 – 14 | Ijazah + pengalaman kerja |
| 54 / 56 | Timbalan Pengarah / Pengarah | SSPA 15 | Pengurusan kanan |
| JUSA C/B/A | Pengarah / Ketua Jabatan | SSPA 18 – 20 | Jawatan tinggi |
| Turus 1 / KSN | Ketua Setiausaha Negara | SSPA 22 | Jawatan tertinggi negara |
Perubahan gred SSPA ini lebih kepada penyeragaman dan penstrukturan semula. Tiada perubahan pada tangga gaji buat masa ini. Namun, pemetaan gred baharu ini dijangka memudahkan pengurusan sumber manusia, kenaikan pangkat, dan kefahaman umum terhadap hierarki jawatan.
Tujuan utama penjenamaan semula ini adalah untuk meningkatkan ketelusan dan memudahkan penyelarasan antara jabatan kerajaan.
Perubahan gred SSPA baharu ini mungkin membuatkan awak terfikir semula tentang hala tuju kerjaya.
Kalau awak perlukan cadangan kerja yang lebih cepat dan tepat, awak boleh terus drop resume. Nanti sistem akan terus padankan awak dengan kerja yang sesuai dengan skill yang awak ada tanpa perlu habiskan masa awak untuk scroll banyak iklan.
Serius, banyak peluang kerja menarik tengah open sekarang ni! Kalau korang nak kerja cepat, grab je peluang ni.